Wednesday, September 27

RAKYAT PULAU PINANG PERLU TANGGUNG DEFISIT RM 200 JUTA MBPP....?


Rakyat Pulau Pinang akan terbeban dengan peningkatan kadar saman atau apa sahaja dirasakan perlu untuk menambah sumber pendapatan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Majlis Pembandaran Pulau Pinang mengalami defisit sebanyak RM 200 juta.

Defisit belanjawan atau kurangan belanjawan berlaku apabila suatu entiti membelanjakan lebih duit berbanding dengan pendapatan yang diperolehinya. Lawan kurangan belanjawan ialah lebihan belanjawan. Itu penjelasan  mudah mengenai Difisit.

Gambar dibawah memberikan gambaran bahawa terdesaknya MBPP mencari sumber kewangan untuk menampung Defisit. MBPP menaikan kadar saman dari RM10 naik Rm15. Kemudian naik pulak ke RM 30. Sekarang RM50 sekali saman MBPP.

MKP pecaya selepas ini sudah pasti kadar tempat letak kereta di sekitar Georgetown akan dinaikan. Yang bakal menerima kesan daripada kenaikan ini adalah warga Georgetown atau mereka yang berurusan di Georgetown. Jumlah penduduk 10km radius sekitar Georgetown yang kini mencecah 1.6 juta. Itu tidak termasuk pelancung atau rakyat Malaysia yang membawa kenderaan yang ke Georgetown.  

Terima kasih kerajaan DAP. Anda memang prihatin kepada kami Rakyat Pulau Pinang. Pembelanjaan untuk kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk bagi projek terowong sebanyak RM305 juta boleh pulak dibenjankan oleh Kerajaan DAP. Ianya tidak membawa faedah jangka pendek kepada Warga Pulau Pinang. 

Pengurusan yang gagal !!!!!!!

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive