Tuesday, May 16

RAPID KL PERKENAL BAS PERANTARA KHAS SOKONG PERKHIDMATAN MONOREL


Rapid KL hari ini memulakan perkhidmatan bas perantara khas bagi pada waktu puncak bagi menyokong perkhidmatan monorel, yang beroperasi dengan menggunakan tren dua-gerabak sejak Jumaat lepas.

Bermula seawal 7 pagi, bas perantara berkenaan menyediakan perkhidmatan untuk tiga laluan sementara – Perantara 1 antara Stesen Monorel KL Sentral dan Stesen Monorel Raja Chulan; Perantara 2 antara Stesen Monorel Hang Tuah dan Stesen Monorel Raja Chulan, dan Perantara 3 antara Stesen Monorel Chow Kit ke Stesen Monorel Raja Chulan.

Tambang nominal RM1 dikenakan, kecuali di stesen integrasi Hang Tuah untuk para penumpang yang menggunakan perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling di mana tambang adalah dikecualikan.

Dengan tren 4-gerabak monorel digantung sementara untuk pemeriksaan keselamatan oleh pihak pembekal, Scomi Engineering, perkhidmatan Rapid KL Laluan Monorel, yang dikendalikan oleh Rapid Rail Sdn Bhd, kini beroperasi menggunakan tren 2-gerabak dengan kekerapan lapan minit.

“Bagi memastikan perjalanan para penumpang tidak terganggu pada waktu puncak, Rapid Rail telah mendapatkan sokongan daripada Rapid Bus bagi menyediakan perkhidmatan khas bas perantara ini. Kami berharap ini akan membantu para penumpang dalam mengejar masa untuk destinasi masing-masing khususnya ke tempat kerja dan sekolah.

“Alhamdulillah, kami dimaklumkan bahawa perjalanan waktu puncak pagi berjalan lancar dengan lebih 1,300 orang penumpang menggunakan bas perantara ini. Kami akan terus mempromosi perkhidmatan ini melalui media sosial bagai memastikan ia akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna Rapid KL,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir Zohari Sulaiman.

Tambah beliau, bagi memastikan keberkesanan ketiga-tiga laluan ini, Rapid KL akan sentiasa memantau trend perjalanan para penggunakan dan membuat perubahan-perubahan kecil bagi memastikan prestasi yang optima.

Semantara operasi waktu puncak pagi adalah antara pukul 7 pagi dan 9 pagi, perkhidmatan bas perantara khas untuk waktu puncak petang adalah antara 5 petang hingga 7 petang.

Selain perkhidmatan bas perantara ini, para penumpang juga boleh menggunakan perkhidmatan bas percuma Go KL khususnya Laluan Biru Go KL antara Chow Kit dan Bukit Bintang, dan Go KL Laluan Hijau antara KLCC dan Bukit Nanas.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive