Wednesday, October 12

SIC Berharap Peminat #MOTOGP2016 Menggunakan @MyRapidkl Elakkan Kesesakan.


Sepang International Circuit (SIC) menasihatkan orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan bas RapidKL dari bandar raya ke Litar Antarabangsa Sepang untuk menonton Grand Prix Motosikal Malaysia 2016 (MOTOGP) pada 28 hingga 30 oktober 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali berkata litar itu melantik RapidKL sebagai Pengangkutan Awam Rasmi untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap.

"Keutamaan diberi kepada perkhidmatan bas perantara RapidKL bagi acara ini. Kami mengesyorkan peminat supaya menggunakan pengangkutan awam untuk menikmati kelancaran perjalanan untuk pergi dan pulang dari Sepang.

"Tiket perlumbaan begitu laris dan kami menjangka jumlah penonton tahun ini mencatat rekod, kami rasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke Sepang adalah langah bijak bagi menikmati keseronokan acara ini," katanya

Perkhidmatan bas itu boleh didapati mulai 28 oktober 2016 di stesenTransit Aliran Ringan (LRT) di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Masjid Jamek dan KL Sentral.

"Tempat mengambil dan menurunkan penumpang ialah di pintu masuk KL Sentral (berhampiran Sooka Central) dan KLCC (di hab bas GoKL bertentangan Avenue K) dengan tiket berharga RM18 untuk satu perjalanan atau RM30 untuk perjalanan pergi-balik.

"Perkhidmatan bas perantara juga disediakan dari KLIA 2 dengan tempat mengambil dan menurunkan penumpang di Aras 1 terminal bas, manakala harga tiket ditetapkan RM10 untuk satu perjalanan," katanya.

Selain perkhidmatan bas perantara dari bandar raya ini, RapidKL juga mengadakan perkhidmatan pengangkutan perantara di sekitar litar menggunakan 30 bas.

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive