Monday, March 28

'Park & Ride' di empat stesen LRT @NajibRazak @azmiaziz60 @liowtionglai @myrapidKL


Pembukaan empat stesen baru Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL di sini mulai 1 April ini dijangka menarik lebih ramai penumpang berikutan kemudahan 'park & ride'.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA), Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, buat masa ini laluan LRT Ampang merekodkan 195,000 penumpang sehari dan pembukaan empat stesen iaitu IOI Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong serta Bandar Puteri dijangka menambah 130,000 penumpang baharu.


Katanya, stesen IOI Puchong mempunyai 470 parkir kereta dan 95 parkir motosikal, stesen Pusat Bandar Puchong mempunyai 122 parkir kereta dan 90 parkir motosikal, stesen Taman Perindustrian Puchong mempunyai 350 parkir kereta dan 164 parkir motosikal manakala stesen Bandar Puteri hanya memiliki kemudahan 'drop off' disebabkan kekurangan tempat.


"Perjalanan antara lapan stesen baru (termasuk empat stesen terdahulu iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alan Sutera dan Kinrara BK5) dan stesen Sri Petaling akan menggunakan perkhidmatan tren enam gerabak, iaitu AMY.


"Sehingga peralihan penuh sistem isyarat, pengguna perlu menukar tren di stesen Sri Petaling," katanya dalam sidang media sempena pembukaan stesen LRT IOI Puchong Jaya di sini, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albar.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive