Saturday, February 27

PRASARANA MELEBARKAN SAYAP RAPID BAS DI KAMUNTING @NajibRazak @azmiaziz60 @MyRapidKL


Warga Taiping bakal berpeluang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam baharu iaitu bas Rapid Kamunting yang dijangka akan mula beroperasi awal Mac depan.


Hari ini rakan-rakan media berpeluang menaiki Bas Rapid Kamunting semasa majlis perkenalan perkhimatan Rapid Kamunting. Rapid Kamunting direalisasikan oleh Prasarana Malaysia Berhad, Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Majlis Perbandaran Taiping.


Dengan kerjasama yang jitu dan padu ianya bertepatan dengan Perancangan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan Bandar dan luar Bandar dalam Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy – NBOS).


Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS merupakan langkah bersepadu Kerajaan merangka dasar dan inisiatif melalui perkongsian pintar antara Kementerian dan agensi. Strategi ini adalah pelengkap kepada Dasar Transformasi Nasional.


Perjalanan bas berkenaan akan dibahagikan kepada dua laluan  iaitu yang  melibatkan Kamunting-Taiping dan laluan Jejak Warisan.


Bagi laluan Kamunting-Taiping, bas tersebut akan melalui 21 hentian sekitar bandar Taiping dan Kamunting.Perjalanan terbabit melibatkan jarak sejauh 25 kilometer dalam tempoh 45 minit.

Selain itu, sebanyak empat buah bas akan beroperasi, manakala baki tiga buah bas lagi akan melalui laluan Jejak Warisan.Terdapat 39 buah hentian dan perjalanan sejauh 12 kilometer itu dijangka akan mengambil masa sekitar 45 minit.

Orang ramai boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam untuk ke mana sahaja destinasi yang mereka ingin tuju.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive