Monday, September 28

MMMSL Berakhir, Prasarana Puas Hati @NajibRazak @azmiaziz60 @AKaprawi @myrapidkl


Perkhidmatan 12 tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) yang dikendalikan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) untuk musim Haji 1436H di tanah suci, berakhir pada Ahad.

Pengarah Projek MMMSL, Haji Khairani Mohamed turun padang membantu.

Timbalan Pengarah Operasi MMMSL (Tenaga Kerja dan Pentadbiran), Zaki Mohamad berkata, pada hari terakhir operasi itu, perkhidmatan MMMSL yang bermula pada 4 pagi menyediakan perkhidmatan di stesen-stesen Arafat 3, Muzdalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Mina 3 semasa ibadat haji berakhir dengan jemaah melakukan lontaran di Jamarat.

Hamdan Isa Ketua Pemandu 

Beliau berkata Prasarana juga amat berpuas hati dengan prestasi setiap kakitangannya yang menjalankan tugas mereka bagi melancarkan MMMSL.

"Saya amat berbangga dengan pasukan kami dan apa yang telah mereka capai.

Ini bukan tugasan kecil. Ini adalah tugasan antarabangsa pertama bagi Prasarana Malaysia Berhad dan pada keseluruhannya, Prasarana sangat gembira," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Namun, katanya Prasarana akan menambah baik perkhidmatan itu, yang beroperasi hanya untuk tempoh tujuh hari mulai 7 Zulhijjah.

Prasarana ditawarkan kontrak untuk mengendali dan menyelenggara MMMSL pada Mei tahun ini selepas mengambilalihnya daripada China Railway Construction Consortium (CRCC) yang mengendali perkhidmatan itu sejak ia beroperasi pada 2010.


Perkhidmatan sepanjang 18.1 kilometer itu menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Kira-kira 370,000 jemaah menggunakan perkhidmatan itu pada musim haji ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive