Friday, September 18

BAJU MERAH Sedia Bayar RM50,000 @mariachin @tonypua @dyanasmd


Awal bulan ini, DBKL menghantar bil kos pembersihan kepada penganjur perhimpunan Bersih 4 sebanyak RM65,000 namun mendapat pelbagai alasan kerana pihak penganjur tidak mahu membayar. Namun ianya berbeza sama sekali dengan penganjur Baju Merah.

Pihak penganjur ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ sedia membayar kos pembersihan berjumlah RM50,000 bagi perhimpunan itu, yang diadakan di ibu negara, Rabu lalu.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.

“Sebelum penganjuran kami memang sedia maklum tentang perkara ini dan saya rasakan jumlah ini adalah munasabah,” katanya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Abd Aziz berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjumlahkan bil kos pembersihan sebanyak RM50,000 kepada penganjur Himpunan Rakyat Bersatu.

“Jumlah ini termasuk kos pembersihan daripada Alam Flora sebanyak RM38,000 dan pembersihan oleh DBKL pula RM12,000,” katanya.

Mhd Amin berkata tiada kos kerosakan yang dikenakan dan bil ini dijangka akan diserahkan kepada penganjur dalam masa seminggu.

Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Datuk Jamal Md Yunos juga menyatakan hasratnya untuk turut sama memikul tanggungjawab bagi membayar kos pembersihan tersebut.

“Kami bersikap profesional dan tidak akan lari daripada tanggungjawab dan kami tidak mempunyai masalah dan isu untuk membayarnya,” katanya.

Berlangsung di Padang Merbok, di sini, himpunan yang diterajui Pesaka itu dianjurkan sebagai tindak balas membantah perhimpunan Bersih 4 di kawasan sekitar Dataran Merdeka pada 29 dan 30 Ogos lepas.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau Bershit tak nak bayar, humbankan ketua2 Bershit masuk penjara. Tegas sikit macam negara2 lain bila berurusan dengan lahanat2 macam maria chin dan Ambabigashit.
Kalau negara China, dah kena hukum tembak dah pengkhianat2 macam babi dan pariah 2 ekor tu.

Anonymous said...

Puak Bershit tu memang dari baka LAHANAT HARAM JADAH dan tidak ada maruah diri. Mereka adalah golongan setan dan anjing kurap.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive