Friday, July 31

RAKYAT MALAYSIA BERJAYA DIPERDAYAKAN #SarawakReport #1MDB



Semalam kecoh bagaikan Malaysia dilanda Tsunami sekali lagi. bukan betul pun akan tetapi didalam alam maya ajelah. Tak senang duduk Ketua Polis Negara Tan sri Khalid abu Bakar dan Peguam Negara apabila portal Sarawak Report kononnya mendedahkan satu kertas pertuduhan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat Malaysia yang rata-rata suka menghadam benda tanpa melakukan sebarang siasatan atau homework melompat-lompat sampai ke bumbung kegembiraan kononnya terbukti Najib bersalah dan charge sheet itulah punca mengapa Tan Sri Abdul Ghani Patail kononnya dipencenkan awal sebagai Peguam Negara.

Sebenarnya, apa yang terbukti hanyalah penipuan sekali lagi oleh Sarawak Report.

Jika dahulu mereka menyiarkan dokumen berkaitan urus niaga 1MDB dengan PetroSaudi yang telah diubah-suai, semalam mereka menyiarkan kertas pertuduhan atau charge sheet
palsu pula.

Gelombang fitnah dan berita rekaan untuk menjatuhkan kerajaan nampaknya tidak kunjung putus.

Sepanjang menjadi wartawan, semalam adalah kali pertama penulis melihat charge sheet siap untuk sebuah kes yang masih dalam siasatan.

Bayangkan, belum ada sesiapa yang dibawa ke mahkamah atau didakwa, charge sheet sudah siap. Umpama kita menuduh orang tanpa bukti.

Kenyataan Najib pun belum lagi direkodkan tapi charge sheet dah siap.

Sayangnya… begitu cepat rakyat kita makan benda-benda fitnah.

Charge sheet yang digunakan tu pun kalau benarlah, sangat memalukan untuk sebuah negara macam Malaysia.

Macam budak sekolah buat asignment aje rupanya. Kertas A4 yang ditaip ikut kesesuaian gigi sendiri.

Format semua tak ikut langsung charge sheet mahkamah di Malaysia.

Charge sheet sebenar yang dipakai adalah seperti yang di bawah;



Bila siasatan dah selesai, orang yang didakwa akan dibawa ke mahkamah dan kertas pertuduhan atau charge sheet seperti ini yang akan digunakan sepanjang proses oleh semua pihak termasuk peguam bela dan pendakwa raya.

Yang Sarawak Report tunjuk semalam tu entah apa benda.

Kat sini sahaja kalau anda berakal sudah boleh nampak permainan jahat yang cuba dimainkan oleh Sarawak Report untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini.

Entah la pompuan mat salleh mana kat United Kingdom tu yang merasakan bangsa dia masih menjajah kita duk perbodohkan kita semua.

Sekali lagi… punyalah beza kan kertas pertuduhan rasmi yang dipakai dengan yang kononnya melibatkan Perdana Menteri itu?

Saturday, July 25

The Edge Telah Melanggar Etika Kewartawanan Malaysia @MpKotaBelud

Seperti biasa yang melompat bila kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pengarah Komunikasi dan Strategi Barisan Nasional adalah golongan serta pentabsub pembangkang yang tertekan dengan dedahan yang telah dibuat.

Tony Puah sejak awal lagi memang tertekan MKP yakin beliau terlibat didalam komplot menjatuhkan Kerajaan Malaysia, Memang itu pun tujuan sebagai pembangkang di Malaysia. Bagi MKP sudah pastinya serangan tertumpu pada kreditbiliti sumber yang mendedahkan. Biasalah rakyat Malaysia sekarang sudah bijak menilai namun ada jugak yang mempercayai tomahan dari pihak pemimpin DAP ini.

Isu The Edge ini boleh disimpulkan disifatkan sebagai melanggar Etika Kewartawanan Malaysia.

Akta Fitnah 1957: Bertujuan melindungi masyarakat daripada menjadi bahan fitnah orang yang tidak bertanggungjawab. Fitnah adalah kata-kata dusta mengenai orang lain dan dihebahkan atau disiarkan kepada pihak ketiga. Akta fitnah merupakan undang-undang sivil. Jika fitnah itu mengandungi unsur jenayah, tuduhan boleh dikenakan di bawah Kanun Keseksaan (S.449) dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau denda. Dalam kes fitnah, tanggungjawab membuktikan sesuatu (burden of proof) terletak pada yang dituduh membuat fitnah. Pihak yang tertuduh perlu membuktikan bahawa kenyataan/ keterangannya itu adalah benar dan merupakan berita atau ulasan yang adil (fair  comment) dan dibuat untuk kepentingan orang ramai.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960: Bertujuan membendung kegiatan subversif yang boleh membahayakan keselamatan negara, sama ada kegiatan komunis, ahli politik atau orang yang terlibat dengan kegiatan komunis (setelah tamat Darurat pada 31 Julai, 1960). Akta ini mempunyai peruntukan menyeluruh. Jika sesuatu kegiatan itu boleh membahayakan keselamatan negara Menteri Dalam Negeri berkuasa menahan orang yang melakukannya hingga dua tahun tanpa perbicaraan. Ketua Polis Negara juga boleh menahan seseorang hingga 60 hari.

Baca selanjutnya mengenai Etika Kewartawanan http://mpi.my/etika-kewartawanan-malaysia

The Edge telah mengelirukan rakyat Malaysia supaya beranggapan bahawa kumpulan media itu mendapat maklumat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara terhormat daripada sumber yang dipercayai, kata Pengarah Komunikasi dan Strategi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Berdasarkan pengakuan pemilik kumpulan itu Datuk Tong Kooi Ong bahawa mereka telah memperdayakan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo berhubung bayaran untuk mendapatkan bukti, katanya: "Rakyat Malaysia tidak boleh menerima apa yang dikatakan oleh The Edge pada nilai lahirnya."

"Jika The Edge boleh menipu seorang penjenayah lick seperti Justo, saya tidak akan terkejut jika mereka boleh turut menipu rakyat biasa.

"Memang, organisasi berita yang berwibawa tidak akan membayar untuk mendapatkan maklumat dan mereka juga dijangka tidak menipu untuk memperolehnya. Jika tidak, reputasi mereka juga menjadi taruhan apabila mereka menipu untuk mencuri maklumat yang dicuri," katanya dalam tulisan di Facebooknya hari ini.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata adalah memalukan apabila The Edge tidak muncul 'bersih' dari awal lagi dan 'cuba menutup perbuatan mereka' selepas Justo mendedahkan maklumat mengejutkan dalam wawancara dengan akhbar The Straits Times dari Singapura.

"The Edge berkata dokumen-dokumen curi itu tidak dipinda sama sekali tetapi pakar forensik komputer antarabangsa serta pihak berkuasa Thailand menyatakan sebaliknya.

"Mereka mengembar-gemburkan laporan ini untuk beberapa bulan untuk tujuan politik manakala berharap tiada siapa akan mengetahui siapa itu sebenarnya Justo," katanya.

Abdul Rahman berkata penerbit akhbar Financial Daily itu telah mendakwa menerbitkan maklumat yang diragui dan dicuri merupakan perkara yang paling terhormat untuk dilakukan.

"Jangan cuba untuk mencari jalan keluar dengan mendakwa sebagai tindakan yang mulia, Mr Ho (Kay Tat) dan Mr Tong," katanya.

Terdahulu, Tong dalam kenyataan hari ini mengakui memperdayakan Justo berhubung bayaran kepadanya untuk memperoleh dokumen 1MDB yang didakwa dicuri oleh warga Switzerland itu daripada bekas majikannya.

Bagaimanapun, Tong berlaia itu sahaja cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil warga Malaysia dan asing menipu rakyat Malaysia membabitkan jumlah wang US$1.83 bilion (RM6.97 bilion).

Friday, July 24

LETUPAN JUSTO!!!! KENA KENCING KE DER.........?


Kali pertama bercakap dengan media... Warga Swiss Xavier Andre Justo - yang kini ditahan di penjara di Thailand kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi, mendedahkan bahawa dia dijanjikan RM7.6juta (USD2juta) sebagai pertukaran untuk data diambilnya dari bekas majikannya.

Dalam interbiu di penjara Thailand dengan akhbar Singapura The Straits Times Justo bagaimanapun mendakwa beliau tidak pernah menerima bayaran yang dijanjikan oleh ahli perniagaan terkenal dari Malaysia itu.

Justo mendakwa perjanjian itu dipersetujui di Singapura pada Februari lalu berhubung penjualan dokumen, yang diikuti dengan perbincangan panjang tentang bagaimana beliau akan dibayar.

Semua individu yang ditemuinya di Singapura untuk berunding penjualan data telah dinamakan dalam pengakuan 22 muka surat Justo dibuat kepada polis Thailand.

Dia menunjukkan salinan pengakuan kepada The Straits Times.

"Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura, supaya wang yang dibayar secara terus dari akaun (pembeli)," kata Justo.

"DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi dalam nama peribadi saya sendiri tetapi ditolak oleh (pembeli) kerana menggunakan nama saya di atasnya."

"Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau (pembeli) menolak, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan," katanya.

Justo mendakwa pembeli tersebut "menawarkan untuk membayar saya dengan wang tunai".

Beliau berkata: "Saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu untuk menerima sampul surat dengan beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan mengulangi proses tersebut selama berbulan-bulan sehingga selesai dan saya menolak. . "

Justo berkata, bahawa pengakuan itu disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.

"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya telah dengan (mereka)."

Kemudiannya Justo mendakwa Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown bersetuju untuk menerima USD2juta daripada pembeli dan menghantar kepadanya USD250,000 (RM952,000) sebulan untuk perkhidmatan perundingan.

"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, (kerana) saya ditahan," katanya.

Menurut The Straits Times, mereka mewawancara Justo, di sebuah pejabat kecil di dalam penjara Bangkok, juga mendakwa bahawa kumpulan yang telah bertemu dengannya di Singapura - termasuk editor Sarawak Report- telah 'mengubah' data yang diberikan kepada mereka.

"Saya beri dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya beri dokumen kepada dua kumpulan," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown dan "lelaki IT beliau" dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia dan rakannya.

Jelas akhbar harian Singapura itu mereka tidak menamakan ahli perniagaan dan juga rakan sekerja sementara menunggu jawapan mereka kepada dakwaan tersebut.

Justo mendakwa bahawa orang-orang yang ditemuinya bercakap mahu menggunakan dokumen tersebut "untuk cuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk "mengubah suai dokumen".

Justo, 48, bercukur licin, kelihatan dijaga dengan baik dan tenang. Dia berpakaian penjara berwarna biru dan seluar pendek biru gelap. Bercermin mata membaca, dia menunjukkan The Straits Times pengakuannya, yang ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat. Menurutnya, pangakuan itu sukarela.

Justo berdepan hukuman sehingga tujuh tahun penjara dan denda jika didapati bersalah memeras ugut. Beliau mengharapkan hukuman penjara ringan memandangkan telah bekerjasama, kata peguamnya Pranot Kalanuson kepada The Straits Times.

Jurucakap polis Thai, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri, berkata pada hari Rabu bahawa Justo mesti dibicarakan dulu di mahkamah Thailand atas tuduhan memeras ugut sebelum dia boleh diekstradisi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tiba di Bangkok Khamis untuk cuba untuk menemubual Justo. AG

Monday, July 20

@LimKitSiang GELABAH, Hanya Buih Yang Kenal Buih Lain @MpKotaBelud


Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Dato' Abdul Rahman Dahlan dikecam lagi. Jika sebelum ini Ahli Parlimen PANDAN menyerang dengan fakta yang tidak tepat dan memalukan.

Kali ini pembangkang terpaksa menggunakan OTAI mereka Ahli Parlimen Gelang Patah. Semuanya berkisar mengenai pengakuan bekas pembantu editor Sarawak Report, Lester Melanyi minggu lalu nampaknya semakin sensasi.

Terbaharu ‘otai’ DAP, Lim Kit Siang turut memperleceh pengakuan Lester dengan cuba mendedahkan karakter bekas editor Sarawak Tribune itu bagi menunjukkan lelaki tersebut kononnya sebagai amat bermasalah teruk.

Tindakan ahli Parlimen Gelang Patah itu menarik perhatian DaARD yang seterusnya menyindir ‘tajam’ Penasihat DAP tersebut menerusi kenyataan terbuka semalam.


Lim Kit Siang is a desperate conjurer. Conjurers are experts at misdirection.That is why in his haste to respond to...
Posted by Dato' Abdul Rahman Dahlan on 19hb Julai 2015

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu malah merujuk Kit Siang sebagai seorang pemerhati terdesak yang pakar dalam mengalihkan perhatian ke arah salah dalam isu pengakuan Lester tersebut.

“Sebab itulah dia tergesa-gesa respons terhadap pengakuan berkenaan dengan cuba merosakkan keperibadian Lester padahal Kit Siang sepatutnya menyambut baik berita itu dan meminta polis menyiasat Sarawak Report.

“Malangnya dia pilih untuk abaikan pengakuan itu tetapi hina pula Lester. Dalam kes Kit Siang yang kini berusia 74 tahun dengan memori rapuh, biarlah saya sendiri ingatkan dia asal-usul kisah pengakuan berkenaan,” katanya.

DARD menulis: “Apabila seorang rakyat Malaysia prihatin buat laporan polis mengenai video pengakuan Lester, saya diberi peluang oleh pengadu itu menonton sendiri video tersebut sebelum saya buat sidang akhbar.

“Mungkin sebab saya Anggota Parlimen Kerajaan, pengadu itu mahu saya berkongsi cerita rancangan jahat menggulingkan kerajaan BN dan saya amat terkejut sebaik selesai menonton video pengakuan Lester tersebut.

“Lelaki yang mendakwa sebagai pembantu Claire Brown di Sarawak Report itu membuat satu tuduhan amat serius ke atas majikannya sendiri selain beberapa tokoh pembangkang untuk ‘menjenayahkan’ Najib dan 1MDB.

"Mudah kata, hanya buih yang kenal buih lain. Namun ia berakhir ketika Claire dan Sarawak Report terus kekal jadi buih, Lester ironi keluar dan enggan diupah ‘menjenayahkan’ Perdana Menteri dengan tuduhan palsu.

"Buih di atas bumi ini seperti ditohmah Kit Siang; nampaknya sudah berdamai dengan Tuhan dan memutuskan untuk menebus dosa dirinya selama ini,” sinis DARD lagi seperti membalas ‘paku keras’ ke atas Kit Siang.

“Biarlah kita berterus terang. Bukan mudah untuk buat pengakuan video dan melibatkan nama-nama besar. Ini melibatkan keberanian bagi seseorang sekadar bertaraf buih. Lagipun, banyak orang suka menuduh tanpa bukti.

“Tetapi mereka takut menamakan nama-nama tertentu. Ini tidak bagi Lester. Dia malah berani menamakan individu itu secara terbuka! Saya pasti Lester tahu dia akan jadi tumpuan awam dan pasti disiasat pihak polis.

“Dia sedar risiko buat dakwaan palsu boleh dikenakan saman fitnah namun dia sudah melakukannya! Kenapa? Mungkin Lester ada banyak lagi maklumat baharu untuk didedahkan kemudian? Kita kenalah tunggu dan lihat.

“Keberanian Lester menamakan individu itu menjadi sebab kenapa saya buat sidang akhbar bagi menggesa polis dan Interpol melakukan siasatan terperinci, sekali gus mengesahkan dakwaan Lester sama ada benar atau tidak.

“Saya gembira dimaklumkan pihak polis sudah memulakan penyiasatan malah difahamkan pengadu kes ini selain Lester sendiri telah beri kerjasama dengan polis. Terima kasih PDRM. Biarkanlah kebenaran terbongkar.

“Pada masa sama, saya melihat tindakan Kit Siang agak terburu-buru, tetapi sekali lagi sebagaimana kita maklum, hanya pemerhati yang berusia sahaja boleh melakukan dengan baik,”

Saturday, July 18

Apa Dah Jadi @rafiziramli & Skandal “Justogate”


Rafizi Ramli nie sembang aje kencang akan tetapi dah block MKP dilaman twitternya. Nak bercakap kebebasan bersuara namun beliau sendiri tidak tahan dengan serangan dari Blogger PRO BN.


Pandai pulak nak menafikan pertanyaan yang dibuat oleh DARD. Bila fitnah pemimpin BN kenapa tak berfikiran sebaliknya.



Rafizi marah dengan pendedahan DARD mengenai satu laporan Polis ke atas Sarawak Report dan dirinya semalam yang mensabitkan dengan kegiatan memalsukan dokumen untuk menyerang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

Bagaimanapun DARD menganggap serangan ke atas diri beliau sebagai sesuatu yang sangat aneh kerana beliau hanya meminta Polis menyiasat laporan terbabit bukannya individu yang membuat tuduhan mahu pun membuat laporan Polis.

“jawapan Rafizi sangat lemah dan bertentangan dengan saranan beliau sendiri sebelum ini bahawa jangan menyerang atau menembak penyampai mesej,” tweet DARD mengulas jawapan Rafizi.

DARD juga terkejut dengan tuduhan Rafizi bahawa beliau pernah bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Belud dan kalah.

Untuk rekod Rahman tidak pernah bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud yang kini disandang oleh Tan Sri Salleh Tun Said Keruak.

Ini sudah pasti merupakan tambahan kepada dimensi baru dalam skandal Justogate. Pasukan Petugas Khas tidak akan dapat meneruskan tugas mereka sehinggalah atau melainkan mereka diberi kebenaran untuk menyoalsiasat Justo bagi memastikan bahawa bukti-bukti yang digunakan sebagai asas penyiasatan tersebut adalah sah disegi undang-undang.

Mereka yang berkhidmat dalam pasukan Polis atau perkhidmatan perisikan tahu bahawa pihak berkuasa di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina bekerjasama secara rapat (termasuk Brunei sehingga ke tahap tertentu). Mereka berkongsi maklumat dan membantu menangkap orang yang berada di negara-negara jiran. Mereka tidak perlu memohon ekstradisi atau pergi ke mahkamah untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menangkap orang-orang yang dikehendaki di negara-negara jiran.

Dalam erti kata lain, Malaysia tidak memerlukan pihak berkuasa Thailand, Singapura, Indonesia atau Filipina untuk melaksanakan proses undang-undang. Malaysia akan menangkap orang-orang yang dikehendaki di Singapura, Thailand, Indonesia atau Filipina bagi pihak mereka untuk diserahkan kepada mereka.

Ini terpakai di kesemua lima negara.

Ianya terbukti semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. Beliau telah mengarahkan pihak polis Diraja Malaysia (PRDM) untuk mengepung semua pihak pemisah Thai Islam yang tinggal dalam buangan seluruh Malaysia untuk diserahkan kembali ke Thailand.

Akhbar di Malaysia melaporkan bahawa puak pemisah ini telah ditahan semasa mereka cuba untuk memasuki Malaysia secara haram dan telah dihantar balik ke Thailand. Akhbar Thai pula melaporkan bahawa mereka telah ditahan di Malaysia dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand di sempadan Malaysia-Thailand.

Sebagai balasan, Thailand mengaturkan pertemuan untuk rundingan damai dan perjanjian keamanan yang telah ditandatangani di Hat Yai pada Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Jika PKM tidak bekerjasama maka mereka akan dikeluarkan dari  Thailand. Sekiranya mereka bekerjasama maka mereka boleh terus tinggal di Thailand.

Satu lagi kes iaitu Tan Koon Swan. Beliau merupakan pemimpin MCA pada masa itu dan dikehendaki di Singapura berkaitan dengan kejatuhan Pan-El. Malaysia telah menangkap dan menghantar beliau ke Singapura di mana beliau telah didakwa bersubahat dalam jenayah pecah amanah berkaitan dengan kejatuhan Pan-El pada tahun 1986  .

Selepas menjalani hukuman penjara di Singapura, Koon Swan telah dihantar balik ke Malaysia di mana beliau telah didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara pula di Malaysia.

Kes Mas Selamat Kastari juga adalah satu lagi contoh kerjasama merentas sempadan. Beliau merupakan Ketua penjara Singapura Jemaah Islamiah yang disyaki merancang plot untuk merampas kapal terbang dan menghempaskannya ke Lapangan Terbang Singapura.

Indonesia telah menangkap beliau pada tahun 2006 kemudian menyerahkan beliau kepada Singapura. Setelah itu beliau melarikan diri dari penjara pada tahun 2008 dan bersembunyi pula di Malaysia. Pihak Malaysia kemudian menangkap dan menahan beliau tanpa bicara bagi pihak Singapura.

Hakikat bahawa jenayah beliau dalam perancangan (tetapi belum lagi dilaksanakan) di Indonesia dan sepatutnya melakukan jenayah tersebut di Singapura tidak lagi penting. Malaysia masih memenjarakan beliau bagi pihak Singapura.

Demikian bentuk kerjasama kuasa-kuasa polis di kelima-lima negara ini beroperasi. Mereka bukan sahaja berkongsi maklumat. Mereka juga boleh mengambil tindakan bagi pihak satu sama lain dan menangkap orang-orang yang dikehendaki di negara-negara jiran dan menahan mereka tanpa bicara bagi pihak satu sama lain.

Dan itu membawa kita kepada skandal Justogate.

Jenayah konspirasi telah dilakukan di tiga buah negara: Malaysia, Thailand dan Singapura. Polis Thailand menahan dan menyoalsiasat Xavier Andre Justo dan berkongsi semua maklumat yang mereka perolehi dengan Malaysia dan Singapura.

Menurut polis Thailand, setakat ini sepuluh orang terbabit dalam konspirasi jenayah tersebut — antaranya orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin pembangkang, wartawan atau ketua media Malaysia dan Rakyat British

Polis Thailand mempunyai rekod dan bukti, yang mereka akan kongsikan dengan Malaysia dan Singapura dalam keadaan di mana kedua-dua negara juga mahu mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan konspirasi tersebut.

Ada pihak yang mengatakan jika jenayah tersebut telah dilakukan di negara lain, seperti Thailand, maka Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa berkenaan hal tersebut. Itu tidak benar sama sekali kerana sejarah telah membuktikan sebaliknya sejak 40 tahun yang lampau.

Pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan-tuduhan yang berkaitan 1MDB kini terpaksa menggantung siasatan berikutan perkembangan terbaru ini. Pasukan Petugas Khas menjalankan siasatan berdasarkan bukti terdahulu. Walau bagaimanapun, memandangkan bukti-bukti terkini maka suspek siasatan tidak boleh lagi diteruskan.

Pasukan Petugas Khas kini terpaksa memohon, melalui polis Malaysia, untuk mendapat kebenaran bagi menyoalsiasat Justo bagi mengetahui sama ada bukti-bukti tersebut direka atau diubah. Hanya apabila bukti tersebut disahkan benar-benar wujud baru Pasukan Petugas Khas boleh meneruskan siasatan.

Ini sudah pasti merupakan tambahan kepada dimensi baru dalam skandal Justogate. Pasukan Petugas Khas tidak akan dapat meneruskan tugas mereka sehinggalah atau melainkan mereka diberi kebenaran untuk menyoalsiasat Justo bagi memastikan bahawa bukti-bukti yang digunakan sebagai asas penyiasatan tersebut adalah sah disegi undang-undang.

 http://www.pru14.tv

Wednesday, July 15

Salah Laku Claire Brown Dan SR Dilaporkan...


Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata bahawa satu laporan polis telah dibuat hari ini oleh seorang pengadu di mana satu bukti baru telah dikemukakan tentang salah-laku pengendali laman web Sarawak Report (SR), Claire Rewcastle Brown.

Beliau berkata laporan polis itu mendakwa Claire Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MD

“Pengadu tersebut mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar: ‘Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak dan 1MDB’.” Ujar Abdul Rahman.

Selain daripada itu, pengadu juga mendakwa bahawa niat jahat itu bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir-urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.

“Pengadu juga mendakwa bahawa segala tindakan termasuk pemalsuan fakta yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan tersebut telah memberi tekanan kepada ekonomi negara.”

Abdul Rahman difahamkan bahawa bukti baru yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis, termasuk sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu di laman web Sarawak Report.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat memberi perhatian khusus terhadap laporan polis yang dibuat oleh pagi tadi dan siasatan segera dilakukan tanpa lengah lagi.

“Saya juga memohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol, supaya individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut dapat disoal siasat oleh pihak Interpol dan polis United Kingdom. Ini penting agar bukti-bukti lain yang masih dalam tangan atau pegangan mereka tidak dimusnahkan atau dialihkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.” Katanya.

Beliau juga dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pangakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa di United Kingdom.

Menurut kandungan salinan laporan polis tersebut, video pengakuan yang dibuat oleh seorang individu turut mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersengkokol dengan Clare Brown dan Sarawak Report. Pendedahan ini perlu disiasat rapi oleh Polis untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB.

Selain daripada video pengakuan tersebut, beliau telah dimaklumkan bahawa pengadu juga telah menyerahkan kepada pihak polis, salinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown. Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Claire Brown telah didakwa menulis

: “Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!” (Terima Kasih! Ini memang satu tugas yang mencabar! Berjaga malam demi malam hanya untuk memalsukan semua dokumen ini!)

Abdul Rahman berkata buat masa ini, apa yang dimaksudkan oleh Claire Brown melalui email itu tidak dapat dipastikan. Tetapi oleh kerana sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang ragu dengan Claire Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta, diharapkan pihak Interpol, polis United Kingdom serta Polis Diraja Malaysia dapat menyiasat apa yang dimaksudkan dalam email berkenaan.

Sehubungan dengan itu, beliau berkeyakinan tinggi bahawa pihak Polis Diraja Malaysia dan pihak Interpol akan menyiasat laporan polis ini dengan terperinci untuk mengesahkan dan mencari kebenaran dalam isu pemalsuan fakta dalam Sarawak Report.

Saturday, July 11

PETUGAS @MyRapidKL #MetroMekah BERAYA DIPERANTAUAN @NajibRazak @AzmiAziz60 @ShahrilMokhtar


Persiapan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk menjalankan operasi rel Laluan Al Mashaaer Al Mugaddasah Makkah Metro untuk kemudahan jemaah haji tahun ini berjalan lancar.

Mengumumkan ini hari ini, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz berkata Kerajaan Arab Saudi telah menyatakan rasa puas hati dengan segala persiapan yang telah dijalankan oleh Prasarana sejak mengambil alih operasi daripada operator terdahulu, China Railway Construction Corporation (CRCC) pada bulan Mei lepas.

“Status kemajuan projek adalah amat baik. Tiap-tiap minggu, kami mengadakan mesyuarat dengan kementerian yang bertanggungjawab. Kerajaan Arab Saudi amat berpuas hati dengan kerja-kerja kita di sana setakat ini,” kata Dato’ Azmi kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk menghantar delegasi staf untuk bertugas di Laluan Al Mashaaer Al Mugaddassah.


Seramai 51 staf, yang kebanyakannya daripada bidang penyelenggaraan rel, berlepas hari ini untuk bertugas di Laluan Al Mashaaer Al Mugaddassah sehingga selesai operasi haji musim ini. Mereka dijadualkan pulang pada awal Oktober nanti.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ahli Pengarah Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Shahril Mokhtar dan para pegawai tinggi Prasarana dan Rapid Rail Sdn Bhd – anak syarikat Kumpulan Prasarana.

"Kami menghantar staf secara berperingkat berdasarkan tugasan yang perlu dilaksanakan. Ada yang telah pergi jauh lebih awal dan ada yang akan pergi bertugas selepas Hari Raya nanti. Secara keseluruhan nanti, kita akan meletakkan 300 staf Prasarana untuk bertugas di sana".

“Pada masa yang sama, kami juga dalam proses untuk rekrut 7,000 kakitangan tempatan dari Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah,” kata Dato’ Azmi, sambil menambah bahawa operasi Laluan Al Mashaaer Al Mugaddassah diketuai oleh Haji Bukhari Mohamed, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi LRT Laluan Ampang.


“Kami memilih Haji Bukhari berdasarkan pengalaman luas beliau. Beliau adalah antara orang paling lama bertugas dalam Prasarana dan mula bertugas sejak zaman PUTRA-LRT sebelum memegang jawatan-jawatan lain dalam Rapid KL dan Prasarana. Dia adalah pilihan yang tepat untuk melaksanakan tugas ini,” kata Dato’ Azmi.

Ketika berucap kepada mereka yang berlepas ke Mekah, beliau mengingatkan mereka supaya sentiasa menjaga nama baik Prasarana dan juga negara.

“Saya ingatkan mereka bahawa mereka bukan saja menjadi duta kepada Prasarana tetapi juga kepada negara Malaysia. Prestasi kerja yang cemerlang adalah penting bukan saja akan mengharumkan nama Prasarana dan Malaysia tetapi juga membuka peluang-
peluang baru untuk Syarikat.

“Saya juga mengingatkan bahawa keadaan di Tanah Suci sekarang adalah amat mencabar. Suhu adalah di tahap yang tinggi dan mereka perlu bijak menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca. Mereka juga perlu cepat menyesuaikan diri dengan operasi
kerja di sana kerana sistem yang digunakan di Arab Saudi adalah berbeza dengan sistem yang digunakan di Malaysia.

“Saya juga ingatkan mereka untuk bersabar dan memberi fokus terhadap kerja. Mereka tinggalkan keluarga pada masa yang paling emosional sekarang menjelang beberapa hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri. Mereka juga akan tidak bersama pada Hari Raya Korban kerana perlu membantu umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadat haji,” tambah beliau.

Dengan jumlah nilai SAR 807 juta, kontrak yang dimenangi oleh Prasarana melibatkan operasi dan penyelenggaraan sepenuhnya Laluan Al Mashaaer Al Mugaddasah – Makkah Metro dari Arafah ke Mina, yang merupakan perkhidmatan metro untuk kemudahan jemaah semasa musim Haji.

Friday, July 10

TUN M ADA AGENDA PERIBADI RUPANYA #SelamatkanProton

Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menegaskan punca Tun Dr Mahathir Mohamad marah dengannya adalah kerana keenganan melayan beberapa permintaan peribadi mantan Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir sendiri sehingga hari ini tidak pernah menafikan bahawa beliau ada membuat permintaan peribadi dengan Najib menjadikan dakwaan Najib sebagai benar.

Selidik punya selidik dan jawapan dari sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri maka terbongkarlah apakah permintaan peribadi yang dimaksudkan itu.


Menurut sumber, terdapat dua perkara yang ditolak Najib yang menyebabkan Dr Mahathir begitu marah dengan beliau sehingga memulakan serangan termasuk yang bersifat peribadi.

Pertama adalah pemintaan Dr Mahathir untuk mendapatkan dana atau geran berjumlah RM1.7 bilion bagi Proton yang menjadi isu sejak tahun lepas lagi.

“Perdana Menteri menolak kerana jumlah yang terlalu besar dan Proton kini dah jadi milik swasta (dimiliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary sejak 2012).

“Kalau kerajaan beri kepada Proton, banyak lagi syarikat lain akan menjerit meminta dana atas alasan mengapa Proton boleh dan mereka tidak,” jelasnya.

Sebelum ini, permohonan dana oleh Dr Mahathir untuk Proton telah diramal banyak pihak akan menimbulkan masalah politik andai ia ditolak.

Permintaan kedua menurut sumber adalah Dr Mahathir mahukan beberapa projek bernilai tinggi (kaedah direct negotiation) untuk sekumpulan peniaga Cina yang juga rakan-rakan rapat beliau.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan siapa rakan-rakan rapat berkenaan namun memberitahu ia adalah kumpulan rakan-rakan lama Dr Mahathir.

“Dr Mahathir dan Najib dahulu sering bertemu face to face dan ketika itu Tun membuat permintaan, tetapi Najib bimbang dengan pemberian kontrak direct nego kerana rakyat akan marah bila ia tersebar,” katanya.

Ramly Burger & PRIDE Belanja Anak Yatim Makan Burger @MyRapidKL @azmiaziz60


Bulan Ramadan ialah bulan yang paling gembira buat anak yatim. Golongan yang kurang bernasib baik ini diraikan pelbagai pihak. Pada tahun ini Prasarana Malaysia Berhad mengadakan majlis meraikan mereka.


Lebih 70 anak-anak yatim diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Kumpulan Ramly dan PRIDE anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang diadakan di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

Majlis berbuka puasa ini diadakan bersama Kumpulan Ramli merupakan yang pertama diadakan semenjak 2 tahun bersama dengan Prasarana.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, Rudyanto Azhar berkata pihaknya mengkaji keinginan yang diingini oleh pengguna RapidKL terutamanya LRT aliran Ampang dan Kelana Jaya.
"PRIDE melihat pengguna memerlukan lebih daripada satu servis selain daripada menaiki tren dan menunggu bas.

"Sebanyak 23 stesen baru akan dibuka dan lebih 50,000 kaki persegi ruang perniagaan yang sepatutnya akan memberi kemudahan dan memuaskan hati lebih 1 juta pengguna penumpang RapidKL kelak," katanya.


Beliau berkata demikian sebelum menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim daripada Bangi & Hulu Langat bersama-sama Pengurus Besar Kumpulan Ramli Burger, Mohammad Fuad Abd Rashid.

Untuk perkongsian bersama, kiosk Ramly Burger menjual produk makanan segera dan juga produk-produk sejuk beku seperti burger, chicken chop, hotdog dan juga sos istimewa jenama Ramly.

Tuesday, July 7

KISAH PEMANDU BAS @MyRapidKL YANG DICERITAKAN OLEH GADIS


Malam tadi di takdirkan tuhan.. Aku naik bas rapid ke Puncak Alam.. aku duduk depan sekali. Sebab seat kat belakang semua dah penuh. Bas terakhir. Pukul 11 malam.

Sampai atas dari giant setia alam.. Dia tanya aku, aircond kuat sangat tak? Dia prihatin… Takut penumpang sejuk. Lepas tu dia mula bercerita dengan aku.. Pasal bas, pasal penumpang, pasal waktu bekerja, dan waktu tu aku jatuh kesian. Ya aku kesiankan dia aku kesiankan semua pemandu bas.

Kesusahan mereka tu. Yang tak mungkin ramai yang sedar dan tahu. Disebalik mulut ramah tu tersembunyi seribu kepenatan mengerah kudrat.

Bas lambat, salahkan pemandu bas itu ini…Marah pemandu bas itu ini. Pegawai datang buat random check tiket takde??? Salahkan pemandu bas tak bagi tiket. Apa dia dapat? Kena potong gaji kena gantung keja. Gaji tak seberapa tolak epf tolak socso yang tinggal berapa ratus je? Anak bini kat rumah nak belanja. Sewa rumah bil api air kena bayar. Anak nak sekolah merengek nak itu ini. Yang bujang pun ikat perut inikan pula yang dah berkeluarga.

Dia tak bagi tiket atau kau yang lari masuk buat muka tak malu ikut pintu belakang tak bayar tiket? Bas lambat kau pergi hantar email aduan kat pegawai depoh tapi kau tak tahu yang sebenarnya bas rosak tengah jalan atau macam2 masalah lagi yang mungkin kau tak tahu. Kau takde duit kecik untuk bayar 1.90 tambang! Driver keluarkan duit dia untuk tolong kau tukar duit tapi si bangsat pergi tangkap gambar hantar email ke pegawai depoh? What the heck?!!! Apa masalah kau? Pasal kau diorang kena cas melanggar etika bekerja, kena potong gaji.

Bas terakhir pukul 11, kena hantar bas balik depoh apa semua sampai rumah dalam pukul 12 lebih. Esok pagi kalau memang jadual pagi kau agak pukul berapa diorang kena bersiap pergi kerja?? Pengakuan jujur dari driver bas ialah pukul 3.30 pagi dah bersiap ke depoh untuk ambil bas dah bergerak ke kawasan masing-masing. Kau boleh bayang tak? Sempat ke driver bas ni nak rasa tidur nyenyak?? Dengan usia diorang yang majoritinya bukan lagi muda…Kau mampu rasa tak kepenatan yang diorang rasa tu?

Aku harap lepas ni sebelum kau bertindak nak buat aduan.. Kau fikir dulu…Ya betul kau, aku pelanggan…Kita ada hak. Tapi kita kena ingat mereka ialah manusia bukan robot. Tunjukkan timbang rasa pada sesama saudara kita.

Ditulis Oleh Ladyy Zee Via Facebook

Sunday, July 5

Pihak dakwa Saya Songlap Duit 1MDB Akan diSaman @NajibRazak


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyatakan beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang memfitnahnya mencuri wang 1MDB dan akan mengumumkan langkah-langkah susulannya dalam masa beberapa hari lagi.

"Saya merujuk pada tuduhan liar yang dibuat kononnya saya songlap atau curi $700juta AS wang 1MDB dan masukkan dalam akaun personal saya. Saya telah merujuk perkra ini kepada peguam-peguam saya dan peguam beri nasihat apakah tindakan-tindakan susulan dalam bentuk undang-undang dan sebagainya dalam negara dan luar negara," ujarnya pada sidang media selepas Program Lawatan Ke Negeri Selangor di Masjid Bandar Rinching di sini petang tadi.

Najib yang juga Presiden UMNO memberitahu, keputusan mengenai apa bentuk tindakan yang akan diambil berhubung dakwaan yang mencemarkan imejnya dan kerajaan itu akan diputuskan dalam masa beberapa hari lagi.

Terdahulu, Najib didakwa oleh Sarawak Report dan Street All Journal telah menerima habuan wang yang dimasukkan dalam kaun peribadinya. Najib telah menafikannya sambil mendakwa tuduhan itu turut didalangi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Friday, July 3

ROSMAH MANSOR DIPAKAI KASUT..............?


Orang kita ni dah takde isu lebih penting nak ambik peduli.. isu air kat Selangor taknak pulak dia bincang.. isu longkang tersumbat punca denggi meningkat tak pulak staff Karangraf ni nak amik kisah.. isu pakai kasut lebih penting bagi dia.. hmmm..

Memandangkan video ni dah ramai yang tengok.. eloklah saya cerita skit..

Tersebutlah kisah, majlis berbuka puasa PM bersama Media di Kompleks Media Karangkraf (Little Kelantan kata boss Karangkraf).. berbuka, solat maghrib, isyak, terawih, moreh dan pulang..

Yang jadi isu bila orang yg rekod video ni kurang kasih sayang atau dia tak pernah pakaikan kasut untuk mak dia ke.. makcik dia ke.. nenek dia ke.. bagi yang biasa dan pernah pakaikan kasut untuk mak ini adalah suatu perkara yg biasa..

Kalau Isteri PM tu umur 25 tahun kena pakaikan kasut sebegitu boleh lah mu nak pelik.. ini umur dah 64 wehh.. lutut tak berapa nak kuat.. tak boleh nak tunduk..

Bersangka baik - bulan ramadhan setan semua dah kena ikat.. yg tak kena ikat tu nafsu, akal dan hati..

Sumber Rizal Mansor

Inilah yang sering menjadi bualan serta tomahan bagi memburukkan pemimpin negara sampai benda nie tersebar meluas di Media sosial. Yang tengok dan yang buat penilaian nescaya puasa korang hanya Allah aje menilai.

#1MDB BILA KETUA MENTERI PULAU PINANG UGUT, Dato' Abdul Rahman Dahlan PUN BOLEH

Nampaknya DAP akan membuat apa sahaja untuk menghalang perumahan kos rendah yang akan dibina atau mengganggu mana-mana rancangan Kerajaan Persekutuan - termasuk rancangan penyusunan semula 1MDB.

Sebagai sebahagian daripada rancangan penyusunan semula 1MDB, 1MDB telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima tawaran daripada beberapa pembeli untuk tanah mereka bernilai RM1.3 bilion di Pulau Pinang dan tanah RM300 juta di Pulau Indah.

1MDB telah mengumumkan bahawa mereka telah melantik syarikat perunding hartanah bebas untuk menilai tawaran ini.

Walau bagaimanapun, nampaknya bahawa rancangan 1MDB untuk menjual tanah di Pulau Pinang untuk mengurangkan hutang adalah dalam keadaan bahaya bakal disekat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng - yang mengadakan sidang akhbar khas semalam untuk memberi amaran kepada bakal pembeli.
Sesiapa pun yang membeli tanah itu harus ingat bahawa mereka juga perlu mendapatkan kelulusan dari negeri ini, kata Lim Guan Eng. 
"Saya mengingatkan sesiapa yang membeli tanah itu. Ingat bahawa kerajaan tidak pernah berjanji untuk memberikan kelulusan." 
"Biarlah ini menjadi amaran kepada sesiapa yang membeli tanah itu, kita tidak akan dengan mudah meluluskan apa-apa rancangan pembangunan dan kami akan melindungi kepentingan penduduk sedia ada," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya semalam.
Adalah pelik apabila Lim Guan Eng bercakap tentang melindungi setinggan di atas tanah apabila sejak 7 tahun yang lalu, beliau telah menendang begitu ramai orang dari tanah mereka dan membenarkan pemaju untuk membina kondominium mewah di tempatnya.

Kes Kampung Buah Pala yang paling berprofil tinggi di mana Lim Guan Eng memberitahu mahkamah beliau tidak pernah mendengar tentang Anwar menjanjikan penduduk bahawa kawasan kampung itu akan diselamatkan jika DAP menang di Pulau Pinang.

Selama dua tahun, Lim Guan Eng telah menyekat usaha-usaha oleh 1MDB untuk membina 9,999 perumahan kos rendah di atas tanah yang mereka beli.

Sekarang apabila 1MDB dalam mod penyusunan semula dan tidak lagi mampu untuk membina rumah-rumah kos rendah, Lim Guan Eng seolah-olah mahu untuk menyekat sebarang usaha oleh 1MDB untuk menjual tanah dan mengurangkan hutang.

Sangat pelik bahawa LGE tidak "melindungi penduduk" dan menghalang pembelian ketika 1MDB membeli tanah itu dahulu pada tahun 2013 dan hanya kini mahu menghalangnya. Mungkin caj premium tanah terlalu menarik ketika itu?

Kini hanya mahu menyekat kerana boleh sabotaj penyusunan semula 1MDB.

Selain daripada 1MDB, beliau juga terus menyekat agensi kerajaan persekutuan seperti PERDA dan JKP Sdn Bhd daripada membina lebih banyak rumah kos rendah - walaupun Kerajaan Pulau Pinang sendiri telah gagal untuk berbuat demikian.


Sebelum ini Guan Eng telah membuat janji tak serupa bikin pada tahun 2012. Ianya berupa janji manis yang ditabur untuk meraih undi pada PRU-13.Sehingga ke hari ini dimana tempat serta rupa bentuk rumah yang telah dijanjikan. Entah berapa lama Rakyat Pulau Pinang hendak ditipunya.


Guan Eng nak main sangat kasar.... Nah tengok apa yang telah dikatakan oleh Dato' Abdul Rahman Dahlan. 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive