Tuesday, March 24

DEDAHAN HAWAI FIVE-O...............


Kaum munafik telah banyak berlegar serta berkeliaran diakhir zaman. Bagi MKP hanya tunggu Dajal aje muncul. Rupa Dajal ini telah dibagi klu akan tetapi banyak yang tidak sedar dengan kehadiran mereka walaupun didalam kelambu.

MKP masih ingat pesan orang terdahulu yang berada didalam PAS mengatakan jika hendak mendalami ilmu Islam jangan campur-adukkan dengan politik. Dunia politik penuh duri dan ranjau serta tipu dan nista. 
Hari ini satu pertemuan diadakan dengan Jawatankuasa Khas siasatan terhadap Dr Hatta Ramli. Pertemuan ini diadakan untuk pihak kami menyerahkan bukti-bukti berkaitan konspirasi menjatuhkan Majlis Syura Ulama, Presiden dan kepimpinan ulama. 
Ia diadakan hari ini pada jam 2:45 petang yang dihadiri oleh saya selaku Ketua Pemuda PAS Kuantan, ustaz Nazri Ahmad selaku Ketua Pemuda Pahang, Ustaz  Saharudin Mohamad selaku pengarah amal Pahang dan Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya selaku YDP PAS Paya Besar. 
Jawatankuasa penyiasat pula dihadiri oleh Dato Mustafa ali, Salahudin Ayob, Dato Dr Mahfoz Muhammad, YB Ust Idris Ahmad, Khairul Faizi Ahmad Kamil. 
Selepas pertemuan dibuat, pihak kami Dewan Pemuda PAS Kuantan terpaksa menolak Jawatankuasa Khas penyiasatan berkenaan gerakan Hawai Five O disebabkan beberapa faktor seperti berikut : 
1. Terdapat beberapa nama yang mengangotai Jawatankuasa Siasatan mempunyai kaitan yang jelas dengan Hawai Five O. 
2. Jawatankuasa yang dilantik adalah di kalangan AJK PAS Pusat bagi menyiasat AJK PAS Pusat, sesuatu yg tidak blh diterima akal dan norma kebiasaan. Sepatutnya kes ini diserahkan kepada Jawatankuasa Khas yang berkecuali, bukannya AJK PAS Pusat. Ini sebabkan pihak Hawai Five O mendakwa lebih separuh daripada AJK PAS Pusat adalah dari kalangan mereka. 
3. Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dato Mustafa Ali adalah diantara nama yang disebut di dalam SD sebagai pihak yang dirancang untuk dijatuhkan oleh Hawai Five O. Bagaimana beliau akan melakukan siasatan secara telus kerana beliau adalah pihak yang ada kepentingan.
4. Paling kurang kes ini diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin justeru jawatankuasanya bukan AJK PAS Pusat yg didakwa terlibat secara langsung.
5. Hari ini saya nampak dengan jelas bahawa Jawatankuasa Disiplin tidak boleh bertindak disebabkan kes tidak diserahkan oleh jawatankuasa PAS Pusat kepada mereka. Justeru menurut perlembagaan kes yg diadukan mestilah melalui SUA atau Pejabat Agong (JK Pusat). 
5. Sebelum ini, dalam pertemuan saya dengan Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, beliau telah menyatakan bahawa Jawatankuasa Disiplin tidak boleh bertindak untuk menyiasat kes ini disebabkan ianya tidak diserahkan kepada mereka oleh Jawatankuasa PAS Pusat. 
6. Kehadiran saya ke Pejabat Agong PAS sebelum ini untuk berbincang kes ini seolah-olah tidak diketahui oleh Presiden PAS dan beliau tidak dimaklumkan tentang kehadiran saya. Sebaliknya, saya digambaran seolah-olah tidak memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Khas Siasatan. 
7. Saya sedang berfikir untuk mendedahkan pemimpin kanan PAS yang turut dikaitkan dengan Hawai Five O selain daripada Dr Hatta Ramli jika jalan rasmi menemui kebuntuan. 
Saya menuntut supaya kes ini disiasat dan dibicarakan secara telus dan adil kerana ia melibatkan isu yang sangat serius. 
Sekian, terima kasih. 
NOORZAZILAFADLI BIN IBRAHIM
Ketua Pemuda PAS Kuantan
Pahang
24 Mac 2015

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive