Tuesday, March 31

HADI HILANG TARING MAT SABU PULAK MENGGANAS...?


Nampaknya Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, tidak ambil kisah untuk menjalin komunikasi politik dengan DAP yang dengan galaknya menuduh beliau tidak bermaruah dan mahu memutuskan hubungan dengannya.

Sebaliknya, beliau lebih fokus untuk memberi penerangan seberapa jelas mungkin kepada umat Islam di Malaysia supaya jangan terjebak dengan “isu hudud yang dikelirukan.”

Ini cuba dilakukannya melalui penulisan surat terbuka yang disiarkan dalam Facebook dan portal rasmi PAS, Harakahdaily.net., Khamis lalu.

Asas pendekatan itu bersandarkan pemerhatiannya bahawa masih ramai umat Islam yang jahil berhubung isu dan ajaran Islam dan “menjadi laksana burung kakak tua yang hanya pandai menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya.”

Tanpa mahu mengulas panjang isu hudud yang menjadi polemik politik di antara PAS dengan DAP, sekutunya dalam Pakatan Rakyat, Hadi menyusur punca kekeliruan itu adalah kesan langkah penjajah menghapuskan hukum syariat.

Mungkin pada Haji Hadi natijah sejarah itu menjadikan umat Islam keliru, mudah terpengaruh dan hanya “mengajuk” persepsi yang cuba diterapkan oleh penjajah demi memufarakahkan hukuman syariah dari kehidupan umat Islam.

Cuma soalnya, tidakkah inisiatif Hadi ini boleh dilihat sebagai sudah sedikit terlambat?

Hadi sepatutnya berbuat demikian sejak dari awal

Jika dari awal lagi didedahkan bahawa yang hendak dibentang dalam Usul Persendirian di Dewan Rakyat adalah pindaan Akta Mahkamah Syariah dan bukan Rang Undang-undang (RUU) Hudud, sudah tentu reaksi daripada rakyat dan parti politik lain tidak jadi segenting sekarang.

Umum tahu dan iktiraf Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah sudah sedia ada. Malah ia sedikitpun tidak menggusarkan bukan Islam perihal hak dan kebebasan beragama mereka dinafikan atau terjejas.

Bagaimanapun apabila istilah yang dipopularkan dalam inisiatif PAS mahu mendaulatkan hukuman syariat dikenali sebagai undang-undang hudud, maka ia membawa konotasi yang agak berbeza. Hadi akur akan hakikat ini.

“Mungkin (ia) sengaja dijadikan hujah yang difikirkan bagi menolak syariat. Mereka menganggap hudud paling sesuai dijadikan sasaran kerana (pada) pandangan mereka (hudud) paling ganas, tanpa secara detail dan objektif.

“Tanpa menyedari pula betapa ganasnya undang-undang ciptaan manusia yang masih dibanggakan, seperti hukuman bunuh secara kuno; menjerut tali ke leher secara menggantung, begitu juga hukuman sebat sehingga menyeksa tanpa kesan mendidik masyarakat,” tambahnya.

Dalam iklim politik simpang perenang di antara PAS dengan DAP serta perbalahan yang semakin terbuka di antara Geng Ustaz dengan Geng Progesif, sukar untuk mengukur sejauh mana keikhlasan Hadi mahu memberi pencerahan mengenai konsep undang-undang syariat ini.

Bagaimanapun kenyataan Hadi bahawa lantaran kejahilan agama bukan sahaja merencatkan proses memberi kefahaman mengenai asal usul, tujuan dan hikmah hudud, malah beliau menyelitkn juga pengakuan bahawa kejahilan cara berdakwah juga mendorong berlakunya isu kafir mengkafir dalam masyarakat.

Amanat Hadi suatu ketika dahulu, kini makan tuan?

Ini adalah satu pengakuan yang agak besar impaknya kerana isu takfir ini pernah membabitkan Haji Hadi secara langsung. Suatu ketika dulu isu Amanat Hadi menjadi di antara pencetus kegawatan dalam masyarakat ini.

Surat terbuka Hadi kemudian cuba menerangkan apakah asas konsep serta prinsip hudud. Beliau juga memberikan coretan sejarah bagaimana PAS menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariat Negeri Kelantan.

Haji Hadi berkata, langkah pertama PAS menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan ialah menubuhkan panel yang dianggotai wakil PAS dan juga kerajaan.

Panel ini membabitkan tokoh seperti Tun Saleh Abas, mantan Ketua Hakim Negara; Allahyarham Profesor Ahmad Ibrahim, mantan Peguam Negara Singapura; Allahyarham Dr Mamud Saedon Awang Osman dari UIA.

Anggota lain, katanya, ialah Datuk Abdul Halim Muhammad, mantan Penasihat Undang-undang Kelantan serta Datuk Daud Mohamad (Kadi Besar Negeri Kelantan).

“Sebelum enakmen ini dibawa kepada DUN Kelantan, ianya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum di berbagai forum seminar dan dialog.

“Akhirnya enakmen berkenaan di bawa ke DUN Kelantan pada 1993 dan DUN Terengganu pada tahun 2000,” kata Haji Hadi.

PAS punya segala keterbatasan dalam melaksanakan hudud

Beliau berkata, selepas lebih 20 tahun memperkenalkan enakmen ini PAS bergerak setapak lagi mendidik masyarakat mengenali hukum hakam syariat yang menyeluruh.

Haji Hadi berkata, dalam ruang yang terbatas “enakmen ini mengalami beberapa pindaan yang mengambil kira cabaran perlembagaan  dan masyarakat majmuk, tanpa paksaan dan bagi orang Islam sahaja”.

Beliau menegaskan bahawa pada setiap langkah PAS mengambil kira pandangan ulama daripada semua mazhab dan sejarah pelaksanaan yang berjaya di sepanjang zaman.
 
"Hasilnya, kini suara yang mengeji hukum Islam ini semakin hari menjadi terpencil," katanya yang buat pertama kali membuat ulasan rasmi mengenai perkara itu selepas menyerahkan notis tersebut 18 Mac lalu.

Notis itu bertujuan membolehkan beliau mencadangkan pindaan yang dibuat kepada Akta 355 atau Akta Mahkamah Syariah bagi membolehkan sebahagian undang-undang hudud dilaksanakan.

Tarikh 18 Mac adalah hari terakhir notis 14 hari perlu dikemukakan ke Parlimen bagi membolehkan cadangan itu dibincangkan dalam sidang Parlimen kali ini.

Pada 19 Mac lalu, DUN Kelantan meluluskan sebulat suara Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) yang turut disokong wakil rakyat Umno dan PKR.

Mungkin Hadi dan pimpinan PAS lain kini sedar bahawa harapan untuk memberi penerangan dan meyakinkan DAP dan PKR mengenai hukuman syariat yang diidamkan PAS tidak berkesan. Sebab itu, Hadi kini mahu bercakap terus dengan umat Islam.

Namun sayugia diingat bahawa umat Islam di Malaysia bukanlah setakat kira-kira 1 juta orang ahli PAS sahaja. Masih ada sekurang-kurangnya lebih tiga juta umat Islam lain masih mahu bernaung di bawah Umno.

Sokongan bulat Umno untuk pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariat Kelantan 19 Mac lalu seharusnya memutikkan harapan bahawa hudud atau hukuman syariat adalah sesuatu yang besar yang tidak wajar digalas oleh PAS sendirian. Ia mesti dipikul bersama seluruh umat Islam.

Adalah kurang bijaksana bagi PAS untuk memonopoli hak untuk mendaulatkan syariat dan “menafi serta mentakfirkan” penyertaan pihak lain untuk sama-sama memingit rakyat bukan Islam supaya berminat, faham dan jatuh cinta pada ajaran Islam.

Friday, March 27

#TRANSFORMASI Pengangkutan Awam #RAKYATDIDAHULUKAN @NajibRazak @PetraJayaMP @azmiaziz60


Apabila tengah malam menjelma dan majoriti wargakota sudah enak dibuai mimpi atas tilam-tilam empuk di dalam bilik-bilik tidur berhawa dingin bagi menjana tenaga sebelum menjalani urusan pada keesokan hari ini, ratusan tenaga kejuruteraan dan teknikal Rapid KL terus berbakti demi kesejahteraan para pelanggan mereka.

Segala ini diserlahkan melalui video khas ‘BILAKLTIDUR’, yang dihasilkan oleh Rapid KL sebagai menyatakan penghargaan kepada mereka yang bekerja di belakang tabir ini.

“Semoga paparan video ini akan meningkatkan terus semangat bekerja di kalangan staf dan kakitangan RapidKL, yang bekerja tanpa mengira masa dan penat lelah demi memastikan perjalanan yang selesa dan selamat buat semua para pengguna perkhidmatan Rapid KL – sama ada bas, LRT mahupun monorel.

“Jasa dan bakti mereka ini amatlah besar. Bayangkan ketika kita sedang nyenyak tidur, mereka tetap bertugas. Mungkin, ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa Rapid KL adalah beroperasi 24 jam.

“Selepas tengah malam, kerja-kerja diteruskan di depoh-depoh bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan. Kerana mereka, para penumpang dapat menggunakan bas dan tren yang bersih serta menikmati perkhidmatan yang selesa dan selamat. Kepada mereka yang bekerja di belakang tabir ini, kami mengucapkan terima kasih,” kata jurucakap Rapid KL, Encik Lim Jin Aun.

Video ‘BILAKLTIDUR’ ini boleh disaksikan dengan melayari facebook MyRapid pada pautan www.facebook.com/myrapid

Wednesday, March 25

BILA HUDUD DIPOLITIKKAN!!!! Hadi tidak bermaruah...........?


Secara ringkas keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP malam Selasa lalu ialah parti itu tidak mengiktiraf Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS, tetapi masih mahu kekal dalam Pakatan Rakyat.

Memang keputusan itu agak 'janggal dan pelik' kerana pada satu sisi DAP mahu kerjasama dan manfaatkan kekuatan pengaruh politik PAS membantunya mencapai cita-cita memerintah Malaysia, tetapi di sisi lain tidak mahu bekerjasama Hadi.

Namun sebagai satu kenyataan politik, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara berlapik mengakui bahawa pendirian partinya meletakkan Pakatan Rakyat  dalam keadaan 'di awang-awangan'.

Keputusan mesyuarat empat jam itu nampaknya boleh dibaca sarat dengan hemah, strategi dan helah politik. Mungkin DAP  berasa ia perlu memberi 'tekanan dan isyarat jelas' kepada rakyat amnya dan ahli-ahli PAS khususnya, presiden mereka tidak layak masuk dalam jemaah Pakatan Rakyat.

Setelah membuat keputusan itu, CEC parti itu mengatur mesyuarat khas dengan PKR untuk memperjelaskan pendirian dan strategi DAP mahu memutuskan hubungan dengan presiden PAS tapi masih mahu bekerjasama dengan ahli dan jentera politik PAS.

Namun yang agak menggusarkan ialah bait-bait kata yang digunakan oleh pemimpin DAP itu untuk menjustifikasikan pendirian partinya terhadap Hadi yang hampir pasti 'melukakan hati' dan maruah diri  sesiapa jua di kerusi Hadi.

Tidak tahulah bagaimana dan sedalam mana kenyataan yang dihamburkan Guan Eng ini akan mengusik sentimen dan wala’ ahli-ahli PAS terhadap presiden mereka sejak 13 tahun lalu itu. Antara lain kenyataan Gua Eng berbunyi:

"DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah.

"DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau.

"Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang.

"DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib Pakatan Rakyat pada masa depan."

Yang pasti tentu ramai pemimpin dan penyokong PAS akan tersinggung betapa imam mereka dikatakan tidak jujur dan tidak bermaruah hanya kerana beliau (Hadi) mahu membentangkan Rang Undang undang Hudud Kelantan di parlimen.

Bolehkah pengikut-pengikut PAS (dan Hadi) menerima rumusan DAP bahawa oleh kerana mahu mencapai impian politik PAS melaksanakan hukuman yang disyariatkan Allah maka Hadi dilabel DAP sebagai tidak bermaruah?

Adakah DAP berkira bahawa ahli-ahli PAS akan tertunduk malu kerana berimamkan seorang pemimpin yang tidak jujur?

Atau, adakah DAP sebenarnya cuma mahu mencabar golongan dalam PAS yang memang semakin terbuka menyatakan bahawa mereka tidak selesa dengan cara kepimpinan Hadi supaya melakukan sesuatu dan meminggirkan Hadi daripada kepimpinan PAS?

Mungkinkah dalam congakan DAP kumpulan yang digelar Erdogan dalam pimpinan PAS sudah bersedia untuk menjadikan cercaan DAP terhadap presiden PAS sebagai hujah kempen mengapa mereka wajib menolak Hadi?

Adakah kenyataan yang disusun oleh pemimpin-pemimpin DAP selama empat jam itu dipacu oleh keyakinan bahawa ini akan merangsang golongan Erdogan (seperti yang dibuktikan tindakan mufarakah pimpinan PAS Kawasan Batu) untuk bangkit menjatuhkan Hadi pada muktamar dua bulan lagi?

Bolehkah disimpulkan bahawa pendirian DAP itu sebenarnya kata dua kepada pemimpin-pemimpin dan penyokong PAS bahawa jika mereka menyokong Hadi, bererti mereka juga 'tidak jujur dan tidak bermaruah'?

Hadi musuh utama Pakatan?

Sebaliknya, mungkinkah mesej tersirat di sebalik pendirian DAP itu ialah, jika mereka 'menggugurkan' Hadi daripada saf kepimpinan PAS Jun nanti, mereka dapat saham untuk memerintah Malaysia bersama DAP dan PKR selepas pilihanraya umum ke-14 kelak?

Kecenderungan DAP untuk mengambil langkah 'memburukkan personaliti Hadi' ini sudah diisyaratkan oleh seorang daripada dua ahli parlimen Islam dalam DAP iaitu Zairul Khir Johari sehari sebelum itu.

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu membayangkan bahawa Pakatan Rakyat tiada masa depan selagi Hadi menjadi Presiden PAS sekaligus melontarkan rumusan bahawa musuh utama pakatan itu kini ialah Hadi.

Beliau berhujah bahawa Hadi sering bertindak sendirian dalam beberapa isu serta melanggar ketetapan Pakatan Rakyat. Yang terbaru, katanya, Hadi dikesan menghantar usul kepada Setiausaha Parlimen, agar Akta Mahkamah Syariah (Akta 355) dipinda bagi membolehkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Hadi berbuat demikian sebaik sahaja DUN Kelantan  meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada 19 Mac lalu.

"Tindakan secara unilateral itu bukan sahaja bercanggah dengan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, malah tidak menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang dihadiri Abdul Hadi sendiri," ujar Zairil.

"Abdul Hadi menghantar pemberitahuan kepada Setiausaha Dewan Rakyat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian yang bertujuan untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membenarkan pelaksanaan enakmen hudud di Kelantan.

"Justeru, tindakan Presiden PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian ini boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan muafakat Pakatan Rakyat, lantas menimbulkan persoalan sama ada gabungan politik tiga parti ini boleh terus berkekalan,” katanya.

Zairil juga mengungkit tentang enam kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu iaitu Parlimen Labuan, DUN Sungai Acheh, DUN Kota Damansara, DUN Pantai, DUN Kota Putera, DUN Bukit Besi dan DUN Seberang Takir.

Ketujuh-tujuh kerusi itu dikatakan adalah ‘bukti pengkhianatan’ PAS (Hadi) apabila meletakkan calon pada saat terakhir melalui watikah yang ditandatangani oleh Hadi sedangkan ia sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Natijahnya, kesemua tujuh kerusi itu di menangi Umno BN.

"Pada pendapat saya, selagi dalang-dalang pengkhianatan ini masih kekal berkuasa dalam PAS, tiadalah masa depan bagi Pakatan Rakyat," ujar Zairil.

Bersetujukah ahli-ahli PAS dengan rumusan Zairil ini? Kini sudah rasmi bahawa DAP mencabar keyakinan dan harga diri setiap lapisan pimpinan dan penyokong PAS. Mahu pilih kuasa (bersama PKR dan DAP) atau terus setia pada Hadi?

MENTERI KENA ADA TELOQ...............? @shaberyc

MKP tabik dengan hujah yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kemaman ini. DS Shabery Cheek di Parlimen. Sindir-menyindir ahli parlimen pembangkang seperti kucing kurap kepanasan. Tak ramai yang berkebolehan berhujan dengan fakta sambil menyindir seperti beliau. Kalau macam nie ada lebih ramai mungkin terkelu lagilah lidah pembangkang di Parlimen.


Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli dicabar bertanding di Parlimen Kemaman bagi membuktikan bahawa beliau memang ‘ayam sabung’ partinya.

Cabaran itu dibuat  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika menggulung perbahasan titah Yang di Pertuan Agung bagi kementerian di Dewan Rakyat, Selasa.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR bertanya berkenaan kenyataan Shabery untuk memberikan ruang debat di televisyen selepas selesai keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

shabery n rafiziShabery yang menjawab soalan itu menyatakan seronok dapat bercakap dengan Rafizi yang berasal dari Parlimen Kemaman yang diwakili Shabery.

“Saya tahu Pandan orang Kemaman, ketua cabang PKR Kemaman, patut bertanding Parlimen Kemaman tetapi lari ke Pandan,” sindirnya menyebabkan Dewan gamat.

Tambah Shabery, “ Kalau di Kemaman, orang nak tengok ayam sabung. Ayam sabung kena duduk di kawasan bertanding, tabur bakti di kawasan sendiri,”.

Tuesday, March 24

DEDAHAN HAWAI FIVE-O...............


Kaum munafik telah banyak berlegar serta berkeliaran diakhir zaman. Bagi MKP hanya tunggu Dajal aje muncul. Rupa Dajal ini telah dibagi klu akan tetapi banyak yang tidak sedar dengan kehadiran mereka walaupun didalam kelambu.

MKP masih ingat pesan orang terdahulu yang berada didalam PAS mengatakan jika hendak mendalami ilmu Islam jangan campur-adukkan dengan politik. Dunia politik penuh duri dan ranjau serta tipu dan nista. 
Hari ini satu pertemuan diadakan dengan Jawatankuasa Khas siasatan terhadap Dr Hatta Ramli. Pertemuan ini diadakan untuk pihak kami menyerahkan bukti-bukti berkaitan konspirasi menjatuhkan Majlis Syura Ulama, Presiden dan kepimpinan ulama. 
Ia diadakan hari ini pada jam 2:45 petang yang dihadiri oleh saya selaku Ketua Pemuda PAS Kuantan, ustaz Nazri Ahmad selaku Ketua Pemuda Pahang, Ustaz  Saharudin Mohamad selaku pengarah amal Pahang dan Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya selaku YDP PAS Paya Besar. 
Jawatankuasa penyiasat pula dihadiri oleh Dato Mustafa ali, Salahudin Ayob, Dato Dr Mahfoz Muhammad, YB Ust Idris Ahmad, Khairul Faizi Ahmad Kamil. 
Selepas pertemuan dibuat, pihak kami Dewan Pemuda PAS Kuantan terpaksa menolak Jawatankuasa Khas penyiasatan berkenaan gerakan Hawai Five O disebabkan beberapa faktor seperti berikut : 
1. Terdapat beberapa nama yang mengangotai Jawatankuasa Siasatan mempunyai kaitan yang jelas dengan Hawai Five O. 
2. Jawatankuasa yang dilantik adalah di kalangan AJK PAS Pusat bagi menyiasat AJK PAS Pusat, sesuatu yg tidak blh diterima akal dan norma kebiasaan. Sepatutnya kes ini diserahkan kepada Jawatankuasa Khas yang berkecuali, bukannya AJK PAS Pusat. Ini sebabkan pihak Hawai Five O mendakwa lebih separuh daripada AJK PAS Pusat adalah dari kalangan mereka. 
3. Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dato Mustafa Ali adalah diantara nama yang disebut di dalam SD sebagai pihak yang dirancang untuk dijatuhkan oleh Hawai Five O. Bagaimana beliau akan melakukan siasatan secara telus kerana beliau adalah pihak yang ada kepentingan.
4. Paling kurang kes ini diserahkan kepada Jawatankuasa Disiplin justeru jawatankuasanya bukan AJK PAS Pusat yg didakwa terlibat secara langsung.
5. Hari ini saya nampak dengan jelas bahawa Jawatankuasa Disiplin tidak boleh bertindak disebabkan kes tidak diserahkan oleh jawatankuasa PAS Pusat kepada mereka. Justeru menurut perlembagaan kes yg diadukan mestilah melalui SUA atau Pejabat Agong (JK Pusat). 
5. Sebelum ini, dalam pertemuan saya dengan Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, beliau telah menyatakan bahawa Jawatankuasa Disiplin tidak boleh bertindak untuk menyiasat kes ini disebabkan ianya tidak diserahkan kepada mereka oleh Jawatankuasa PAS Pusat. 
6. Kehadiran saya ke Pejabat Agong PAS sebelum ini untuk berbincang kes ini seolah-olah tidak diketahui oleh Presiden PAS dan beliau tidak dimaklumkan tentang kehadiran saya. Sebaliknya, saya digambaran seolah-olah tidak memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Khas Siasatan. 
7. Saya sedang berfikir untuk mendedahkan pemimpin kanan PAS yang turut dikaitkan dengan Hawai Five O selain daripada Dr Hatta Ramli jika jalan rasmi menemui kebuntuan. 
Saya menuntut supaya kes ini disiasat dan dibicarakan secara telus dan adil kerana ia melibatkan isu yang sangat serius. 
Sekian, terima kasih. 
NOORZAZILAFADLI BIN IBRAHIM
Ketua Pemuda PAS Kuantan
Pahang
24 Mac 2015

SIAPA BOSS SIAPA KULI......? #HUDUD


SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng terang-terangan mendesak agar PAS disingkirkan daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana menyifatkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang yang tidak bermaruah.

Dalam kenyataanya, pelbagai penghinaan dilemparkan Guan Eng terhadap Hadi yang turut dituduh bekerjasama dengan UMNO.

“Pengkhianatan Hadi terhadap keputusan bersama yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat atas pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat untuk jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

“Kegagalan Hadi untuk menepati kata-kata sendiri semasa Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari 2015 bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 2015 akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada masa depan;

“Pembentangan Rang Undang-undang Persendirian oleh Hadi pada 18 Mac 2015 tanpa terlebih dahulu membentangkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS serta Majlis Pimpinan PR.

“DAP tidak boleh berkerjasama dengan Presiden PAS seperti Hadi Awang yang tetap bertindak secara tidak jujur dan tidak bermaruah. DAP hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan kerjasama dengan beliau,” kata Guan Eng yang diketahui umum, berkawan baik dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Kemelut dalam kepimpinan PR semakin memuncak apabila DAP dengan angkuh mengkritik PAS kerana tetap mahu meneruskan pelaksanaan Hudud di Kelantan walaupun tidak dipersetujui rakan komponen DAP dan PKR.

Monday, March 23

SIAPA YANG UNTUNG...................?


PAS nampaknya memang sudah lama sedar bahawa DAP bukanlah sebuah parti yang mempunyai integriti yang tinggi. PAS akur, dalam menegakkan benang politiknya, DAP sanggup dan tergamak menyorokkan kebenaran.

Demi mengaut sokongan politik, DAP secara kurang adil menggunakan isu-isu agama dan sentimen kaum untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam-Melayu supaya menjarakkan diri daripada pola pemikiran dan budaya politik Melayu.

DAP berusaha keras membangkitkan keresahan, kebimbangan dan kebencian terhadap satu juzuk ajaran Islam – sistem kehakiman atau hukum hudud—sebagai sesuatu yang “terlalu rapat dan bertaut dengan ketuanan Melayu”.

Ciri hukuman hudud digambarkan sebagai sesuatu yang begitu negatif sekali sehingga seolah-olah jika dilaksanakan di negara ini akan menzalimi hak dan kepentingan rakyat bukan Islam.

Setelah kempen anti-hudud ini di kalangan ahli-ahlinya berhasil, DAP secara halus meniupkan rasa resah, bimbang dan benci terhadap hudud kepada rakyat bukan Islam dalam parti-parti lain, termasuk parti bukan Melayu dalam BN.

Hari ini, kempen halus DAP itu sudah mula menampakkan hasilnya. Ada parti-parti bukan Islam dalam BN dengan lantang dan angkuh “menyambung” lidah DAP memusuhi hudud hingga memperjuangkan penentangan di mahkamah.

Namun malang bagi DAP yang mahu memperjuangkan pelaksanaan hudud ialah sekutu politiknya, PAS. Dalam banyak hal PAS mempunyai pangkalan sokongan orang-orang Melayu yang meluas di bandar dan luar bandar.

Sumbangan PAS dalam dua pilihanraya umum lalu bagi mendorong pengundi Islam-Melayu menyokong DAP dan melonjakkan prestasi DAP, amatlah besar. PAS juga penyumbang besar dalam gerakan politik seperti Bersih 1, 2 dan 3.

PAS mempunyai pengaruh dan semangat juang yang tinggi yang boleh menampilkan wajah yang berani dan gagah mempromosikan kudrat politik Pakatan Rakyat. DAP tiada ciri kekuatan dan keberanian seumpama itu.

DAP guna hudud takutkan bukan Islam

Sebaliknya, DAP bukan sahaja bijak memanfaatkan kekuatan dan pengaruh PAS ini malah dengan waras menggunakan perjuangan PAS – hudud – untuk menebarkan pengaruhnya di kalangan bukan Melayu-Islam di luar DAP sendiri.

Apa yang dituduhkan terhadap Umno dan BN yang didakwa sering menggunakan isu dan sentimen perkauman untuk mengukuhkan kedudukan politiknya, strategi sama sebenarnya digunakan oleh DAP sendiri.

Hudud jadi modal untuk menyatukan keresahan, kebimbangan dan kebencian di kalangan pengundi bukan Melayu terhadap apa sahaja yang berbau dan bersangkutan Melayu.

Bagi mententeramkan parti majoriti Melayu dalam Pakatan Rakyat, PKR, DAP menggunakan platform demokrasi, hak asasi dan keadilan untuk mencari titik persamaan.

PKR yang tidak mengakui ia parti Islam menyambut doktrin politik DAP itu dengan senang hati. Malah ramai pemimpin berlatarbelakang pendidikan sekular dalam PAS pun terkesima dan terpengaruh dengan lakonan DAP.

PKR mengisytiharkan bahawa hudud bukanlah satu keutamaan dalam usaha menegakkan keadilan. “Ulama-ulama” PKR menyifatkan hudud hanya satu juzuk  kecil ajaran Islam. Malah ada yang mendakwa hudud adalah buatan manusia dan bukan daripada Allah!

Pemimpin-pemimpin PAS amat menjaga adab dalam menghadapi lakonan DAP yang menyerang PAS habis-habisan hanya mahu melaksanakan hukum hudud. Senjata mereka ialah sabar.

Namun ada juga pemimpin PAS yang lebih suka bersemuka daripada bersikap “talam dua muka” dalam menghadapi percaturan politik DAP ini. Golongan ini mahu tahu mengapa sebagai rakan politik, DAP meremehkan dasar hudud PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkali-kali mengajak dan memujuk DAP supaya berbincang soal hudud. Malah pada satu peringkat beliau mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berdebat secara terbuka.

Mustafa kaget mengapa DAP masih belum mahu atau cuba faham bahawa hudud adalah inti perjuangan PAS dan ia sudah menjadi citra politik PAS lama sebelum PAS bersetuju menjalin kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

“Mengapakah DAP mahu menghalang PAS? Hudud memang bukan sebahagian platform persetujuan Pakatan Rakyat tetapi ia adalah agenda perjuangan PAS. DAP tahu hakikat ini.

“PAS menggerakkan isu hudud ini secara demokrasi melalui badan perundangan dan ia hanya akan dikuatkuasakan ke atas orang Islam di Kelantan. Bagaimana DAP boleh mengatakan langkah ini bertentangan perlembagaan?,” tingkah Mustafa.

Bila disergah begitu, Guan Eng membisu. Namun asuhan akhlak Islam memujuk PAS memendam ego demi menyelamatkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.  

Menginsafi ia sebuah parti politik yang berpaksikan ajaran Islam, pemimpin-pemimpin PAS berusaha tidak mahu mengaibkan orang lain; lebih-lebih lagi DAP.

Meskipun PAS dihamburkan dengan pelbagai tuduhan dan cercaan sebagai pengkhianat, menikam dari belakang dan menari mengikut rentak musuh bersama mereka – Umno – PAS masih mahu menjaga adab.

PAS keberatan memperbesarkan isu ini walhal pemimpin DAP sendiri, Lim Guan Eng,  sudah menandatangi kenyataan bersama Presiden PAS, Haji Abdul Hadi sebelum pilihanraya umum lalu bahawa PAS dan DAP saling menghormati hak masing-masing untuk menegakkan negara yang mereka idamkan.


Sebagai mengingatkan DAP supaya jangan membakar jambatan Pakatan Rakyat, Haji Hadi sengaja memuat naik dalam halaman Facebooknya pada 29 April 2013 salinan kenyataan bersama berkenaan. Antaranya ia berbunyi:

“Kami pemimpin tertinggi dalam PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berteraskan kepada dasar bersama atau manifesto Pakatan Rakyat yang mengikut konsep “Negara Berkebajikan” PAS dan perjuangan “Adil Untuk Semua” mengikut Perlembagaan Malaysia oleh DAP.

“PAS berhak memperjuangkan aqidah dan Konsep Negara Islam secara sendiri. DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berperlembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara Islam.

“Perbezaan di antara PAS dan DAP hanya 5 peratus sedangkan kami bersetuju 95 peratus untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, integriti dan demokrasi untuk semua.”

Mungkin dalam sifir DAP, meskipun keputusan pilihanraya umum 2013 menunjukkan prestasinya mengatasi PAS dan PKR, ia boleh menang lebih besar jika dapat memancing sokongan lebih ramai bukan Melayu, terutama dalam BN.

Kelulusan pindaan Kanun Jenayah Syariah II (1993) Kelantan kelmarin, membayangkan betapa congakan politik DAP tepat. Kini dua komponen bukan Melayu BN akan meneruskan serangan terhadap hudud di mahkamah pula.

Sementara itu, DAP boleh menghela nafas lega kerana bersama PKR ia berjaya merobek perpaduan PAS yang dibelah oleh pengaruh kumpulan progresif atau Erdogan atau Anwarinas dengan kepimpinan ulama yang dikatakan konservatif.

Bagi DAP lepas jambatan, tongkat tidak berguna lagi. DAP kini melihat untuk pilihanraya akan datang, pola undi bukan Melayu akan bertumpu kepadanya kerana isu hudud sementara undi Melayu berpecah tiga – Umno, PAS dan PKR.

Wednesday, March 18

KALAU DAH BANGSAT!!! BANGSAT JUGAK PERILAKUNYA........?


Memang haram jadah!!!!! Ada akai letak kat lutut. Awas kaum macam nie memang tak boleh pecaya langsung. Depa main drama. Hang tuduh aku aku pulak tuduh hang. Last sekali masa mengundi bagi kat DAP. Barisan Nasional mencuba pelbagai cara untuk menawan hati Rakyat Pulau Pinang.

Bawa mai penyanyi K-POP paling fofular dan mahal akhirnya yang kena Booo adalah Datuk Seri Najib Razak sendiri. Kalau dah bangsa pendatang mana ada hormat pada orang Melayu serta Rajanya. Depa hanya pandai menyebut Rukun Negara tapi tak faham dengan maksudnya.

Isu Hudud nie bukan ada kena mengena dengan depa pun tapi bermain dengan persepsi supaya orang Melayu berpecah. Pemimpin Melayu yang dok ada pun macam kaldai Akaq mengangguk saja pasal MAsssyuuuuuukkk.

Pada ketika MCA dan DAP bertikam lidah mengenai pelaksanaan hukum hudud, sayap pemuda kedua-dua parti pula sibuk dengan isu Facebook.


Keadaan itu timbul apabila Setiausaha Organisasi Pemuda Sosialis DAP, Lee Chin Chen mendakwa telah menerima pelbagai bukti bahawa Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Lee Beng Seng sebagai salah seorang pengendali laman Facebook yang menyokong Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri.

Chin Chen berkata, dirinya telah menerima surat layang mengenai perkara itu dan hasil pemeriksaan mendapati kemungkinan yang didakwa dalam surat tersebut amat tinggi.

Maklumat yang diterima menunjukkan Beng Seng menyamar sebagai ahli DAP dalam Facebook, dia berpura-pura menyokong Kon Yeow dan mewujudkan persepsi kononnya Kon Yeow ditekan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng

Namun begitu, perkara itu dinafikan Beng Seng yang mendakwa identitinya disalah guna setelah akaun Facebooknya diceroboh.

Beng Seng berkata, dirinya akan membuat laporan polis dan tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya.

Akaun Facebook palsu adalah sangat mudah untuk diwujudkan. Red Bean Army daripada DAP sudah pastinya memahami keadaan ini.

Mereka sejak 2008 telah mewujudkan banyak akaun palsu untuk menyerang Barisan Nasional (BN). Ini merupakan budaya DAP, bukan budaya MCA.

Tambahnya, usaha DAP membangkitkan isu Facebook pada ketika pelaksanaan hukum hudud hangat dibincangkan adalah bertujuan mengalihkan pandangan.

Friday, March 13

DUA KAPTEN BAS RAPID KL DAPAT ANUGERAH @PDRMsia @KBAB51 @MYRapidKL @AzmiAziz60


Dua Kapten Bas Rapid KL termasuk pemandu bas wanita Puan Surahyu Abu Hussein hari ini diberi penghormatan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai Pemandu Bas Berhemah untuk Kempen Ops Selamat 6/2015, yang dijalankan bersempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri, Surahyu dan Encik Lee Chan Heng adalah antara 15 penerima anugerah untuk program Pengguna Jalan Raya Berhemah yang meliputi pemandu bas dan kereta serta penunggang motosikal.


Berusia 44 tahun dan mula berkhidmat dengan Rapid Kl sejak bulan Ogos, 2009, Surahyu berbangga untuk mendapat anugerah berkenaan dan berazam akan terus mempertingkatkan mutu kerja beliau demi keselesaan penumpang. “Anugerah ini adalah untuk semua rakan-rakan Kapten Bas Rapid KL.

Pada pandangan saya, sebenarnya ada ramai lagi Kapten Bas yang lebih layak untuk menerima surat penghargaan ini. Apa-apa pun saya gembira untuk menerimanya. Saya harap kejayaan saya dan Lee hari ini akan menguatkan semangat semua Kapten Bas Rapid KL untuk meningkatkan perkhidmatan bas Rapid KL.
“Kami di Rapid KL melakukan satu kerja yang amat mulia. Setiap hari, kami membantu orang ramai menyempurnakan urusan masing-masing – pergi kerja, pergi sekolah, pergi pasar, jumpa saudara mara dan banyak lagi. Secara peribadi, saya amat bangga dengan kerja saya. Saya yakin rakan-rakan lain juga mempunyai perasaan yang sama,” kata ibu kepada tiga anak ini
Ditugaskan untuk Laluan U46 dan U49 antara Damai Perdana dan Kompleks Kota Raya, Surahyu, bagaimanapun, mengakui bahawa Kapten-kapten Bas Rapid KL menghadapi banyak cabaran getir dalam usaha mereka memberikan perkhidmatan terbaik.

“Masalah terbesar adalah para pemandu lain yang tidak bertimbang rasa. Banyak yang memandu seperi tiada undang-undang – mengubah lorong sesuka hati, memarkir kereta sesuka hati di bahu jalan, berhenti di petak kuning, menggunakan lorong kecemasan dan banyak lagi.

“Akibatnya, keadaan lalu lintas menjadi sesak dan kereta semua susah nak jalan. Apabila bas lambat, kita yang memandu bas menjadi sasaran kemarahan para penumpang. Selalu kena maki hamun … tapi, Kak Su ini sabar. Apa nak buat, kita layan jer lah. Nak jawab tak boleh. Nanti kena tuduh pemandu biadap pulak,” tambah beliau.

Seperti rakan sekerjanya, Surahyu, Lee, 50, yang pernah bertugas dengan Intrakota dan Syarikat Bas Sri Jaya sebelum menyertai Rapid KL pada tahun 2004, juga amat berbangga dengan kerjaya beliau sebagai pemandu bas.

“Kerja sebagai pemandu bas ini, kena banyak sabar. Para penumpang semuanya mahu cepat. Bas mahu cepat. Jalan pun kena cepat. Kalau lambat, dia orang marah. Kadang-kadang dia orang lupa bahawa mereka sendiri kena awal, kalau mahu cepat sampai. Janganlah keluar lambat dari rumah.

“Kita pemandu sentiasa cuba ikut jadual. Tetapi, kadang-kadang, perjalanan terganggu kerana keadaan lalu lintas. Bukan kita orang tidak mahu cepat, kita memandu kena sentiasa ikut peraturan.

“Saya juga amat bangga untuk menerima penghargaan ini. Ini kerja yang baik kerana kita tolong orang. Sebenarnya, banyak pelanggan yang menghargai kita sebagai pemandu bas. Naik bas, dia orang tegur kita dengan baik. Tetapi, ada juga yang suka marah-marah. Ini semua kita perlu hadapi setiap hari,” kata Lee, yang bertugas untuk Laluan U46 antara Pasar Seni Kuala Lumpur dan Taman Seri Muda, Shah Alam.

Diadakan di Lobi Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, majlis berkenaan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan PLUS Dato’ Noorizah Abd Hamid, Timbalan Ketua Polis Negara Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dan para pegawai tinggi PDRM lain.

Dalam ucapannya, Tan Sri Khalid menyarankan agar semua pengguna jalan raya untuk sentiasa mengamalkan sikap berhemah untuk membantu mengurangkan jumlah kemalangan, yang kini berada di tahap yang tinggi.

“Ops Selamat yang dijalankan oleh PDRM adalah untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna. Tetapi, yang boleh membuat perubahan adalah para pengguna sendiri,” kata beliau.

Tuesday, March 10

Totalitarian Nama Baru Buat Ketua Menteri Paling Malang......


Pemimpin yang amalkan totalitarian tidak akan dapat melihat suara dan keluhan rakyat.

Apabila seorang pemimpin menyebabkan media tidak lagi berani untuk menyiarkan berita negatif, tidak berani untuk memantau atau tidak berani menulis kerana takut dimarah, maka totalitarian telah berlaku.

Di Pulau Pinang, wartawan yang ingin mengaju soalan kepada Ketua Menteri khususnya berkenaan isu yang tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat perlu membuat persediaan untuk dikata-kata, dimarah dan disindir.

Antara `kesalahan’ wartawan yang akan dibangkitkan ialah bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN), dilabel sebagai media BN atau diasak sama ada akan menyiarkan berita yang tidak berpihak kepada BN.

Walaupun begitu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menekankan kepentingan kebebasan media dan kepentingan rakyat tidak semestinya akan `berceramah’ kepada wartawan pada setiap masa.

Baru-baru ini terdapat wartawan dari akhbar bahasa Inggeris telah bertanya mengenai gambar sebuah kereta dengan nombor pendaftaran PCM1 yang dikatakan diletak di kawasan larangan. Kereta tersebut dikatakan milik isteri Guan Eng dan Ketua Menteri telah menjawab soalan dengan mesra.

Guan Eng pada masa yang sama bagaimanapun mengekalkan tabiatnya dengan bertanya kenapa media asyik memburuk-buruknya? Kenapa media tidak menyiar berita mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?

Guan Eng juga bertanya sama ada akhbar akan menyiarkan ulasannya mengenai 1MDB?

Bayangkan anda sebagai seorang wartawan dan membuat liputan mengenai seorang pemimpin politik yang mendapat sokongan ramai. Tetapi disebabkan anda bertanya soalan yang dianggap tidak berpihak kepadanya, maka anda dimaki dan disindir. Anda juga dikutuk bersekongkol dengan musuh politiknya. Apakah perasaan anda?

Adakah berita mengenai 1MDB tidak disiarkan? Buka sahaja surat khabar beberapa hari ini. Tidak susah untuk mengesan ulasan pemimpin DAP termasuk Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan Guan Eng.

Berita mengenai perhimpunan besar-besaran tidak disiarkan? Isu ini telah dilaporkan. Turut dilaporkan ialah penjelasan Guan Eng mengenai isu berkaitan.

Berita yang tidak berpihak kepada BN. Buka sahaja akhbar dan anda akan terbaca isu kenaikan harga minyak dan rasa tidak puas hati mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Turut disiarkan ialah kenyataan-kenyataan bertulis Guan Eng yang mengkritik BN.

Jika anda berpendapat bahawa isu pemimpin atau pegawai kerajaan rasuah harus dilaporkan, maka orang yang membuat dakwaan berkenaan sila tampil dengan bukti. Dakwaan tanpa disokong dengan bukti adalah fitnah dan perlu disusuli dengan tanggungjawab perundangan.

Tidak seorang pun pemimpin, pegawai atau individu dapat bersabar apabila difitnah terlibat rasuah. Jika orang yang membuat dakwaan itu gagal tampil dengan bukti, bagaimanakah laporan berita berkenaan dapat disiarkan?

Akhbar harus memikul tanggungjawab terhadap masyarakat, individu dan undang-undang. Akhbar bukannya berperanan untuk untuk memuji-muji pemerintah.

Saturday, March 7

MEMPERKASAKAN LAGI PENGANGKUTAN AWAM @MyRapidKL @NajibRazak @AzmiAziz60 #RakyatDidahulukan


Tahniah diucapkan kepada Pengurusan RapidKL kerana telah memperkasakan Pengangkutan Awam dengan kehadiran tren keduanya yang tiba pada pagi tadi. Ianya bertepatan dengan saranan Perdana Menteri supaya Rakyat diutamakan demi keselasaan rakyat Malaysia.



Berita gembira buat pengguna-pengguna LRT Aliran Ampang apabila Prasarana telah memeterai perjanjian persefahaman bersama sebuah syarikat pembuatan tren terkemuka di dunia, CSR Zuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC).

Sebanyak 30 buah tren @ Light Rail Vehicles (LRV) akan tiba secara berperingkat-peringkat di Malaysia bermula Mei 2015 bagi menggantikan tren yang sedang digunakan hari ini. Untuk makluman, tren Aliran Ampang telah digunakan hampir 20 tahun semenjak tahun 1996.

Pembelian tren sebanyak 50 buah ini bukanlah hanya semata-mata untuk menggantikan tren yang lama tetapi terdapat beberapa sistem yang baru dan terkini dari segi sudut keselamatan yang digunapakai antaranya ;

1. Sistem CCTV
2. Cermin Kecemasan
3. Kipas Pengudaraan Kecemasan
4. Pengawasan Automatik Sistem Operasi Tren
 5. Sistem Pengesan Asap & Kebakaran

Malahan untuk perkongsian bersama, terdapat sedikit penambahbaikan untuk keselesaan penumpang seperti non-slipping seats, paparan LCD info, ruang khas untuk penumpang yang menggunakan kerusi roda. Antara lain perkara di dalam perjanjian persefahaman tersebut adalah persetujuan pihak Prasarana menerima lagi baki 20 buah set tren setelah kerja-kerja untuk laluan tambahan Aliran Ampang siap sepenuhnya (Ampang Line LRT Line Extension Project, LEP) * 1 tren = 6 buah gerabak

Friday, March 6

JANGAN HANYA ANDAI KRITIK 1MDB @ahmadmaslan


1MDB dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum ditukar namanya pada 2009.

Ia dipanggil dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) kerana menggunakan royalti minyak Terengganu.

Tetapi yang sebenarnya adalah- ia menjadikan royalti minyak tersebut sebagai 'jaminan' untuk mendapatkan pinjaman.

Sebab itu dari segi teknilal, 1MDB adalah syarikat pelaburan strategik kerana ia berhutang dalam melabur.

Ke manakah wang pelaburan ini pergi?

Objektif awal 1MDB adalah untuk melabur di dalam sektor Minyak dan Gas, khususnya sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Oleh itu PetroSaudi dari Arab Saudi diajak untuk usahasama.
Selepas 2 tahun- dengan dana sejumlah RM8 billion di Pulau Cayman, mereka hanya meneroka rizab minyak di Laut Caspian.

Menyedari sektor Minyak & Gas begitu berisiko, maka usahasama ini ditamatkan.
Lalu diajak pula syarikat Aabar daripada UAE untuk bekerjasama dan ditubuhkan Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).

Perniagaan yang ingin diceburi pula adalah sektor tenaga dan hartanah.

Maka dibelilah aset-aset penjana elektrik serta tanah bagi tujuan tersebut. Pembelian ini sudah pastilah melalui hutang.

Berhutang dalam meluaskan perniagaan adalah antara model perniagaan. Model ini dipanggil sebagai 'leveraging model'. Dan ini adalah perkara biasa.

Usahawan Tan Sri Syed Mokhtar juga berhutang dengan banyak sebanyak RM34.3 billion. Tetapi sebuah syarikatnya seperti DRB Hicom sahaja menyediakan 60,000 pekerjaan. Beliau ada berpuluh buah syarikat.

Dalam erti kata lain, hutangnya banyak, pulangannya juga banyak.

1MDB menggunakan jaminan kerajaan untuk 'leverage' dalam mendapatkan modal melalui hutang.
Ini menjelaskan mengapa sebuah syarikat yang berusia 5 tahun mampu berhutang dengan banyak kerana dengan jaminan daripada kerajaan, mana-mana bank bersedia untuk memberi pinjaman.
Ini kerana syarikat yang dijamin kerajaan tidak akan dibiarkan rugi. Oleh itu ia berisiko rendah.

Walaupun jaminan tersebut bukanlah berupa jaminan membayar hutang secara langsung, tetapi 1MDB adalah anak syarikat kerajaan. Secara tidak langsung, risiko hutang tersebut tetap ada kepada kerajaan.

Kita bercakap tentang hutang sebanyak RM49.1 billion.

Kebiasaannya bagi agensi pelaburan kerajaan, mereka melabur di dalam produk yang berisiko rendah seperti bond dan hartanah.

Sebab itu Felda, PNB, Tabung Haji dan KWSP membeli hartanah di London. Lebih-lebih lagi pembelian ini bukan dengan berhutang.

Oleh yang demikian, yang menjadi pertikaian dengan 1MDB ini adalah model perniagaannya yang berasaskan 'leverage'.

Atas sebab inilah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia mempersoalkan mengapa kita perlukan entiti seperti 1MDB yang berhutang untuk melabur.

Beliau mengkritik sesuatu yang tepat. Model perniagaan 1MDB berisiko tinggi. Apatah lagi melibatkan kerajaan.

Aset 1MDB dilaporkan bernilai RM51.4 billion. Ia melebihi jumlah hutang. Tetapi perlu diingat nilai aset ini bersandarkan pada penilaian harga tanah dan penjana tenaga yang dimiliki.

Maknanya penilaian tersebut hanyalah di atas kertas. Ia boleh berubah mengikut keadaan. Lebih buruk jika penilaian tersebut tidak tepat.

Sedangkan hutang yang diambil serta komisen yang diberi adalah benar dan tidak berubah.
Ini sedikit sebanyak berkenaan dengan 1MDB.

Kita boleh bersifat kritikal terhadap 1MDB. Tetapi apakah objektif daripada kritikan kita?
Ahli politik seperti Tony Pua dan Rafizi sudah pastilah mahu menggunakan isu 1MDB demi undi pilihanraya.

Bahkan, begitu terdesaknya Rafizi sehinggakan mengelirukan rakyat dengan dakwaan kerajaan menerbitkan dua buah bond pada awal 2015 yang berjumlah RM2 billion bagi membayar hutang 1MDB.

Hakikatnya terdapat 8 lagi bond yang diterbitkan pada hujung 2014 dan awal 2015 yang berjumlah RM10.8 billion. Mengapa 'cherry-picking' fakta?

Ini jelas menunjukkan mereka mengkritik bukannya kerana benar-benar risau akan impak hutang 1MDB kepada ekonomi negara. Sebaliknya mahu membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia at all costs.

Adakah kita seperti mereka dalam mengkritik 1MDB?

Wednesday, March 4

@realDrMAZA MOHON JANGAN CEMARKAN...............?


Siapakah ulama? Perkataan ulama adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud orang-orang yang berilmu.

Ulama adalah kata nama jamak (plural) bagi perkataan mufrad (singular) ‘alim. Ulama bermakna orang-orang yang berilmu manakala ‘alim maknsnya seorang yang berilmu.

Ulama adalah sinonim dengan ilmu kerana seseorang itu digelar sebagai ‘alim kerana merujuk kepada ilmunya. Dari aspek penggunaan semasa istilah ulama adalah secara khusus bermaksud mereka yang berilmu dalam bidang agama Islam.

Ini adalah kerana sebutan perkataan ulama dalam al-Quran dan al-Sunnah merujuk kepada mereka yang mendalami Islam, mengetahui selok belok hukum Islam, menghayatinya dan sangat takut kepada Allah SWT.

Banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kepada golongan ini seperti mana yang terdapat di dalam kitab-kitab muktabar.

Antaranya ialah fuqaha yang merujuk kepada ulama fiqh, mufassirun merujuk kepada ulama tafsir, ahlul kalam merujuk kepada ulama aqidah, usuliyyun merujuk kepada ulama usul fiqh, muhaddithun yang merujuk kepada ulama hadis dan lain-lain lagi, semuanya adalah dianggap sebagai ulama dalam Islam.

Jika ada yang menyatakan bahawa ulama atau alim boleh digelar kepada sesiapa sahaja yang tahu dalam apa sahaja bidang ilmu maka ia adalah berdasarkan makna ulama dari segi bahasa Arab dan bukan merujuk istilah yang digunakan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Kedudukan Ulama Dalam Islam kedudukan ulama adalah dipandang tinggi kerana mereka adalah golongan yang berilmu dan memahami agama dari sumbernya yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Para ulama mampu menafsirkan al-Quran dan menterjemahkan al-Hadis agar dapat difahami sebaiknya oleh umat Islam untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.

Dalam surah al-Zumar ayat 9 Allah SWT berfirman: قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ Maksudnya: ((Katakan (wahai Muhammad): Apakah sama kedudukan orang-orang yang berilmu (jika dibandingkan) dengan orang-orang yang tidak berilmu? Pastinya yang mengambil peringatan ialah golongan yang mempunyai akal)).

Pertanyaan: “Apakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?...adalah dalam bentuk soalan penafian (Istifham Istinkar) yang secara jelas jawapannya ialah pasti tidak sama kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

Ulama adalah mereka yang memimpin umat agar tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Kedudukan ulama adalah mulia, bukan kerana fizikal mereka tetapi kerana mereka memikul amanah dakwah dan menjadi pewaris kepada para Rasul yang diamanahkan membawa risalah tauhid kepada seluruh umat manusia.

Nabi SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi (no: 2682) dan telah disahihkan oleh Syeikh Al-Bani:

 مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَبتَغِيْ فِيْهِ عِلْمًا ، سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ ، وَإِنَّ المَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا لِطَالِبِ العِلْمِ وَإِنَّ العَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِيْ السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِيْ الأرْضِ حتَّى الحِيْتَانُ فِيْ المَاءِ وَفَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِ القَمَرِ عَلَى سَائِرِ الكَوَاكِبِ إنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ إنَّ الأنبياءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْنَارًا وَلَا دِرْهَمًا إنَّمَا وَرَّثُوْا العِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Barangsiapa yang melalui satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah akan membukakan jalan baginya menuju ke syurga, dan sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya kepada penuntut ilmu, dan sesungguhnya orang alim itu akan dipohon ampun baginya oleh makhluk yang berada di langit dan di bumi sehingga ikan di dalam air, dan kelebihan seorang alim jika dibandingkan dengan seorang abid (ahli ibadah yang jahil) seumpama perbandingan bulan ke atas segala bintang.

Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan dinar mahupun dirham sebaliknya mereka meninggalkan ilmu dan barangsiapa yang mengambilnya sesungguhnya dia telah mengambil sesuatu yang sangat berharga.”

Ulama dengan ilmu dan kefahaman yang dimiliki menjadikan mereka sangat takut kepada Allah SWT dan mereka sentiasa memastikan setiap tindakan dan keputusan yang dibuat selari dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya.

Mereka juga bersikap tegas jika berlaku sebarang tindakan yang bercanggah dengan syariat Islam.

Sikap mereka ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Fatir ayat 23: إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ Maksudnya: ((Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah al-Ulama)). Menurut Imam al-Razi dalam tafsirnya (Tafsir al-Kabir) makna ‘al-Khasyyah’ dalam ayat 23 surah Fatir ialah takut menurut kadar apa yang ditakuti. Al-‘Alim pula ialah orang yang mengenal Allah dan takut kepada-Nya serta mengharapkan-Nya (redha Allah SWT).

Ini menunjukkan bahawa ‘alim lebih tinggi kedudukannya daripada seorang ‘abid (ahli ibadah) , kerana Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: ((Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa (takutkan Allah SWT)).

Ayat ini menerangkan bahawa kemuliaan seseorang adalah berdasarkan kepada ketaqwaan dan ketaqwaan pula diukur berdasarkan ilmu (kenal Allah SWT). Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya (al-Jami’ Li ahkam al-Quran: 14/308) menaqalkan riwayat Ali bin Abi Talhah dari Ibnu Abbas bahawa maksud ayat : ((Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah ulama)) ialah mereka yang tahu bahawa Allah Maha Mengetahui segala sesuatu dan Dia Maha Berkuasa.

Al-Rabi’ bin Anas menjelaskan bahawa barangsiapa yang tidak takut kepada Allah bukanlah seorang alim. Mujahid berkata: “Sesungguhnya orang yang alim itu ialah yang takutkan Allah Azza wajalla. Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya (6/544-545) menjelaskan maksud ayat tersebut ialah orang yang sebenarnya takutkan Allah ialah ulama yang benar-benar mengenali Allah kerana apabila seseorang itu kenal Tuhan Yang Maha Besar, Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui juga bersifat dengan segala sifat kesempurnaan maka itulah yang dinamakan sebenarnya ilmu pengetahuan yang sempurna.

Peranan Ulama Jika difahami dari hadis yang menjelaskan bahawa ulama adalah pewaris kepada para Nabi, maka amat jelas tugas mereka ialah memimpin ummah, menyampaikan ilmu, memberikan contoh tauladan yang baik, memberi nasihat dan menegur sebarang tindakan yang bercanggah dengan kehendak Allah SWT.

Mengenai kepentingan dan peranan ulama Allah SWT menjelaskannya dalam surah al-Taubah ayat 122 :

 وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya: ((Tidak sepatutnya orang-orang yang beriman keluar berjihad semuanya, hendaklah ada sekumpulan dari mereka yang mendalami ilmu agama agar mereka memberikan peringatan kepada kaum mereka apabila pulang kepada mereka semoga mereka berawas)).

Imam al-Baghawi menjelaskan bahawa maksud mendalami ilmu agama (al-Tafaqquh) dalam ayat ini ialah mengetahui hukum-hakam agama berasaskan al-Quran dan al-Sunnah (Tafsir al-Baghawi:133).
Ulama adalah tempat rujukan masyarakat samada dalam urusan dunia mahupun akhirat.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 7:

 وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالاً نُوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: ((Dan tidak Kami utuskan sebelum kamu melainkan lelaki-lelaki (para Rasul) yang kami wahyukan kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang berilmu sekiranya kamu tidak mengetahui)).

Tugas dan tanggungjawab ulama adalah sangat besar kerana jika diabaikan umat manusia akan berdepan dengan wabak kejahilan dan kesesatan.

Ulama yang lesu dan malas pasti mendapat murka dari Allah SWT, kerana mengabaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka justeru para ulama hendaklah sedar akan peranan mereka dan berada di barisan hadapan memimpin ummah melaksanakan amanah amar makruf nahi mungkar.

Al-Quran telah mengingatkan para ulama bagaimana sikap mendiamkan diri terhadap kemungkaran seperti yang berlaku di kalangan bani Israel telah mengundang murka daripada Allah SWT, firman Nya dalam surah al-Maidah ayat 78:

 لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيل عَلَى لِسَان دَاوُد وَعِيسَى اِبْن مَرْيَم ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَر فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Maksudnya: Telah dilaknat golongan kafir dari kalangan bani Israel di atas lidah Nabi Daud, Isa ibnu Maryam, yang demikian itu adalah kerana maksiat yang mereka kerjakan dan mereka melampaui batas, mereka tidak mencegah kemungkaran yang dilakukan , amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.

Rasulullah SAW juga telah mengingatkan tentang situasi buruk yang bakal berlaku apabila tiadanya para ulama atau ulama tidak menjadi rujukan di kalangan umat Islam sepertimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari rh bahawa Nabi SAW telah bersabda:

 إنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ العِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ العِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ العِلْمَ بِقَبْضِ العُلَمَاءِ، حَتىَّ إذَا لَمْ يُبْقِ عَالمًا، اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤوْسًا جُهَّالًا، فَسُئِلُوْا، فَأفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوْا .

Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya dari jiwa hamba-hamba-Nya, tetapi Dia mengangkat ilmu dengan dimatikan para ulama sehingga tiada seorangpun orang alim, manusia mengangkat orang-orang jahil sebagai ketua mereka, maka mereka ditanya lalu mereka memberikan fatwa tanpa asas ilmu, lalu mereka menjadi sesat dan menyesatkan.

Saranan Ulama jangan diperkecilkan! Dalam konteks masyarakat Islam masakini, para ulama hendaklah dijadikan pemimpin dan ikutan, kerana kefahaman mereka yang mendalam terhadap Islam akan memelihara ummah dari terjerumus kepada kesesatan. Juga dengan sifat mereka yang takutkan Allah Taala menjadikan para ulama sentiasa bertindak berdasarkan panduan wahyu al-Quran dan al-Sunnah yang akan memberikan jaminan tidak berlakunya sebarang penyelewengan.

Sebaliknya perbuatan memandang serong kepada para ulama, memperkecilkan kebolehan mereka, mempersendakan pendapat meraka adalah bibit-bibit yang akan membuahkan kebencian terhadap ulama.

Ia adalah permulaan malapetaka yang bakal menimpa umat Islam kerana apabila jauhnya mereka dari pimpinan para ulama bermakna semakin jauhlah mereka dari panduan al-Quran dan al-Sunnah.-

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive