Tuesday, May 13

TUN GHAFAR BABA....VS POK iD


TUN Abdul Ghafar Baba yang meninggal dunia pada 23 April 2006 adalah pemimpin negara yang perlu dikenang. Sudah lapan tahun beliau meninggalkan kita bersama jasa-jasanya.

Ghafar meninggal dunia pada usia 81 tahun. Allahyarham menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri selama tujuh tahun, lebih lama daripada yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Musa Hitam.

Peranan dan kepimpinan Ghafar dalam politik perlu dikenang secara serius, terutama perjuangan beliau yang besar membangunkan UMNO yang menjadi benteng umat Melayu dan Islam.

Ghafar merupakan pemimpin politik dan negarawan yang luar biasa malah berbeza berbanding dengan pemimpin yang lain sehingga mencapai status sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Terkenang dan merindui Allahyarham Tun Ghaffar Baba, bekas Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia di era Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu...

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Tebat Kering, Bukit Tembun, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dan meninggal dunia pada 23 April 2006 di mana jenazah beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

KENALILAH DIA WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEKALIAN... INILAH CONTOH INDIVIDU YANG BERJUANG UNTUK RAKYAT !!!!!

Beliau sanggup meletakkan kedua-dua jawatan yang tertinggi didudukinya apabila tahu ANWAR IBRAHIM mendapat restu Presiden UMNO untuk menentangnya.

Beliau meninggalkan pejabat Timbalan Perdana Menteri dengan membawa keluar sehelai beg plastik sahaja...

Kita bandingkan dengan perwatakan pemimpin UMNO yang ada sekarang. Kononnya BERPENDIDIKAN TINGGI & KAYA RAYA tetapi bila kalah bertanding, diarah letak jawatan dan setelah bersara dari politik mereka menjadi MUSUH kepada UMNO.

Kita lihat apa terjadi kepada Ahmad Said (Terengganu), Anwar Ibrahim (Pulau Pinang), Kadir Sheikh Fadzir (Kedah), Tengku Razaleigh (Kelantan), Musa Hitam (Johor) dan ramai lagi.... semuanya menikam UMNO setelah tiada jawatan.

Ingatlah PERPINDIDIKAN TINGGI itu mungkin pandai TETAPI tidak semestinya BIJAK !!!!

4 comments:

Anonymous said...

Kalau arwah Tun Ghafar berada di tempat Ahmad Said, saya rasa beliau pun akan buat tindakan yang sama. Maruah sebagai bapa pengantin lebih tinggi dari parti!

tukang telek said...

Tetapi parti inilah yg membela agama, bangsa dan negara. Masaalah adalah manusia pemciptanya bukannya parti yg punya sebab. Tiada parti keramat ini maka pengemis lah bangsaku.

SolitaireHunter said...

Al Fatihah buat Allahyarham!

Sarjan Hassan said...

pada pendapat saya ds ahmad said lah pemimpin umno yang paling cerdik. Beliau berjaya menggertak pemimpim tinggi umno yang lena diulit mimpi yang kononnya hebat.

Macam ni kata UMNO kuat? kuat taik kuceng..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive