Wednesday, May 14

BAS HIJAU PERCUMA BAKAL MENGHIASI BANDAR PETALING JAYA... @ShahrilMohktar @MyRapidKL


Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan perkhidmatan bas percuma dengan kerjasama Rapid Bas Sdn. Bhd. serta disubsidi oleh Syarikat Prasarana kepada penduduk di bandar raya Petaling Jaya dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Laluan bas percuma ini akan bermula di hab Jalan PJS 3/2 menuju ke hab di Jalan Othman dan melalui Pusat Bandar Seksyen 52 melalui stesen LRT Asia Jaya, Jalan Semangat, Jalan Universiti, stesen LRT Taman Jaya.

“Sebanyak 6 buah bas diperuntukkan dengan kekerapan 10 hingga 15 minit bagi setiap perjalanan yang boleh dimanfaatkan oleh pengguna terutama pekerja dan pelajar kawasan tersebut.

“Waktu perkhidmatannya akan bermula pada pukul 6 pagi sehingga 9 malam setiap hari dan setiap bas akan dilengkapi dengan jaringan WiFi percuma serta paparan LED.

Perkhidmatan tersebut merupakan salah satu inisiatif ke arah Petaling Jaya Bandaraya Hijau Berkarbon Rendah dan dapat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive