Thursday, March 13

RAKYAT #KAJANG MERINTIH MOHON PEMBELAAN @AzwanBro #KajangMove


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turun padang untunk mendekati rakyat setempat semasa tempoh berkempen PRK Kajang. Ini adalah kaedah biasa apabila setiap kali Kempen pilihanraya kecil diadakan. Namun rintihan rakyat Kajang pada Khairul Azwan Harun Naib Ketua Pemuda UMNO mengenai masalah tapak perniagan mereka. Peniaga pasar Malam mengadu kesusahan yang melanda mereka pada Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Majoriti peniaga adalah Melayu.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mendesak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menimbang kembali hasrat menutup Pasar Malam Kampung Sungai Sekamat yang dikhuatiri bakal menjejaskan pendapatan kalangan peniaga setempat.

Khairul Azwan yang ditemui di Kajang sempena Pilihanraya Kecil Dun ini mendakwa alasan yang diberikan MPKj untuk menutup pasar malam tersebut dianggap tidak relevan terutama apabila menimbangkan keperluan penduduk setempat dan peniaga.

“MPKj perlu menyediakan lokasi lebih baik untuk menggantikan tapak pasar malam sedia ada. Tindakan MPKj yang mengarahkan penutupan pasar malam tanpa melalui perbincangan dengan kumpulan peniaga merupakan ketidakadilan terhadap mereka. Dan Pemuda UMNO memandang serius perkara ini.

“Kita akan cuba berbincang dengan pihak MPKj agar penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak dapat dicapai. Lebih-lebih lagi golongan peniaga ini sebilangan besarnya adalah kalangan peniaga Melayu.”

Arahan mengenai penutupan tapak pasar malam tersebut diterima penganjur pasar malam, baru-baru.
Namun penganjur memaklumkan bahawa tiada sebarang kata putus pun dicapai antara MPKj dan kumpulan peniaga pasar malam itu mengenai hal tersebut sebelum ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive