Wednesday, February 19

@MyRapidKL TERIMA MEMORANDUM UMNO SHAH ALAM DEMI RAKYAT @Najibrazak @ShahrilMokhtar @gtp_roadmap


Delegasi yang diketuai ketua Umno bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari menegaskan bahawa Shah Alam amat memerlukan perkhidmatan LRT di kawasan bandaraya demi meredakan masalah kesesakan lalu lintas yang mengakibatkan pembaziran masa, sumber dan produktiviti.

"Kami amat berharap sekiranya prasarana dapat memberi sokongan penuh cadangan ini dan juga perdana menteri kena ambil perhatian penuh kerana dengan ini kita dapat menyelesaikan masalah rintihan dan kerumitan rakyat Shah Alam."

Satu memorandum cadangan pembinaan LRT diserahkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Seri Shahril Mokhtar di ibu negara semalam.

Kajian kemungkinan tentang penyambungan landasan transit rel ringan (LRT) dari Kelana Jaya ke Pelabuhan Klang kini berada di peringkat akhir dan keputusannya akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjelang bulan depan. 
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata bidang yang diliputi kajian itu termasuk opsyen beberapa laluan bagi landasan LRT, cabaran dalam pengambilan tanah, prospek pembangunan serta pengoptimuman setiap laluan yang dicadangkan. 
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan selepas menerima memorandum Umno Shah Alam mengenai cadangan mereka bagi perkhidmatan LRT antara Shah Alam dan Kelana Jaya, di sini hari ini.   
Shahril menjelaskan pihak berkuasa yang sewajarnya menerima memorandum itu ialah SPAD.BERNAMA

ULASAN SELANJUTNYA KLChronicle

1 comment:

Anonymous said...

Aku rasa CEo Prasarana ni eloklah masuk bidang politik lagi baiik.....

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive