Tuesday, February 4

ADUN PERAK KELUAR PARTI............. PKR DAH MENGELUPUR @Zahid_Hamidi


YB S.Kesavan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Kawasan N54 Hutan Melintang dalam Parlimen P75 Bagan Datoh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Lepas nie boleh aje bawa bot nie bersiar-siar dan tak payah lagi fikir pasal Anwar dan tipu belitnya.



Dun Hutan Melintang bakal dirampas kembali Barisan Nasional !

Bukti kesungguhan YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sentiasa turun padang di kawasan mungkin memberi tamparan yang hebat kepada YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang) mungkin kerana beliau sedar yang beliau tidak dapat berbuat apa-apa di kawasan Hutan Melintang sehingga terdesak untuk turun sama di dalam program yang dijalankan Barisan Nasional. Gambar di atas menunjukkan YB Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datok bersarapan di Gerai MPTI Simpang 4, Hutan Melintang bersama-sama YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang), YB Dato’ R. Ganesan (Speaker Dewan Undangan Negeri Perak) dan R. Supramaniam (Pengerusi MIC Bahagian Bagan Datok)


Sejurus selepas sarapan pagi bersama, YB Kesavan (PKR-Hutan Melintang) turut sama
Menyertai Prog YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di SMK Hutan Melintang (Pelancaran Program Khidmat Perdana Alumni PLKN) dimana di sekitar kawasan Parlimen Bagan Datok di adakan program gotong-royong bersama JKKK Kampung yang terpilih. Menerusi maklumat yang kami terima, pada mulanya YB Kesavan meninjau di tapak program selapas bersarapan pagi dengan YB Menteri tadi dan dilihat membuat u-turn di hadapan kawasan SMK Hutan Melintang dan menyertai program selepas melihat kehadiran yang ramai di program tersebut. Kot iye pon YB pakai la kasut nak senam erobik..ini pakai selipar! Takda disiplin langsung. Tapi tak mengapa lah….cerita nie sebelum PRU-13....

Wakil Rakyat PKR dari negeri Perak, YB Kesavan secara mengumumkan dirinya bukan lagi ADUN PKR. 

ADUN N54 Hutan Melintang ini telah memberikan surat pengumuman beliau kepada Speaker DUN Negeri Perak pagi. 

Pada surat tersebut YB Kesavan memaklumkan beliau hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim...


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive