Monday, January 20

Kumpulan Individu Halang Projek Jajaran LRT @ShahrilMokhtar @MyRapidKL


Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Prasarana Zulkifli Mohd Yusof (kanan) menunjukkan pelan susun atur kejuruteraan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Castlefield, Puchong.Turut hadir Naib Presiden Kanan Jabatan Keselamatan Prasarana Abdul Rahim Shariff (kiri). Pembinaan laluan bagi projek penyambungan jajaran LRT (LEP) Ampang sekali lagi terbantut selepas pekerjanya dihalang sekumpulan individu yang bertindak liar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Castlefield, Puchong.

LATAR BELAKANG KES PRASARANA DENGAN SRJK CASTLEFIELD

MKP merujuk kenyataan media yang dikeluarkan oleh Syarikat PRASARANA Negara Berhad (PRASARANA) yang kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab beberapa individu di Klang yang telah menghalang kontraktor PRASARANA memulakan kerja construction di tapak pembinaan yang telah disediakan.

Tindakan kumpulan ini telah melanggar perintah mahkamah yang diterima oleh PRASARANA dimana mahkamah telah membenarkan PRASARANA memulakan construction ditapak SRJK CASTLEFIELD.  Bukan itu sahaja malah kumpulan individu ini telah bertindak ganas sehingga mencederakan anggota polis bantuan PRASARANA bagi MKP individu ini harus disiasat dan ditangkap oleh pihak PDRM.

LATAR BELAKANG

Pada tahun 2009, kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penambahbaikkan system LRT di Kuala Lumpur. Keputusan yang dibuat ialah untuk memanjangkan line LRT Ampang (AMG) dan Kelana Jaya (KLJ) untuk menampung permintaan dari rakyat yang inginkan kemudahan awam yang lebih inclusive dan integrated.

Line AMG ini akan dipanjangkan sejauh 17.7 KM dan akan melalui kawasan Bukit Jalil, Bandar Kinrara, Puchong, Kg Sri Aman dan Putra Heights. Disinilah bermula masalah dengan pihak SRJK CASTLEFIELD.

Sebanyak lima tiang (pillar) Line AMG ini akan memasuki kawasan SRJK CASTLEFIELD dan sebab itu pihak sekolah telah membangkang pembinaan Line AMG dan telah mula “demand” macam-macam daripada pihak PRASARANA.

JUMLAH LUAS KAWASAN YANG TERLIBAT

Jumlah keluasan tanah kosong di SRJK CASTLEFIELD adalah 2.8 hektar. Untuk membina laluan Line AMG ini PRASARANA memerlukan  0.47 acres  iaitu 16% sahaja. Selepas siap pembinaan kelima-lima tiang line AMG ini, pihak PRASARANA hanya akan menggunakan kawasan seluas 20m2    iaitu (5 tiang x (luas 2m x 2m/per tiang).

MKP berharap para pembaca telah faham isu SRJK Castlefiled ini. Dalam bahasa mudah:

1. Line AMG masuk kawasan sekolah CASTLEFIELD.

2. PRASARANA nak guna 16% kawasan kosong sekolah, bila siap kawasan yang akan digunakan Cuma 20m2    iaitu (5 tiang x (luas 2m x 2m/per tiang).

3. Pihak sekolah tak bagi, demand macam-macam.

ARTIKEL KEDUA BAKAL MENYUSUL...........

BACA JUGAK DISINI REZQEEN HILL

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive