Monday, December 9

VIDEO PENUH KEGANASAN BANGLA TERBALIK KETA POLIS SINGAPURA


Suatu rusuhan berlaku di persimpangan jalan Race Course dan Hempshire Road di daerah Litle India Singapura pada Ahad malam.

Menurut polis, satu kemalangan maut berlaku pada pukul 9.23 malam melibatkan sebuah bas dan seseorang di persimpangan kedua-dua jalan itu.

Tidak lama selepas itu rusuhan tercetus melibatkan sekumpulan kira-kira 400 orang yang merosakkan lima kenderaan polis dan sebuah ambulans.

Beberapa buah kenderaan persendirian turut dirosakkan sementara 10 orang pegawai polis cedera.

Polis menggerakkan anggotanya daripada Pasukan Operasi Khas dan Kontinjen Gurkha ke tempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.

Orang ramai di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak keluar rumah sementara polis meneruskan operasi mengawal keadaan.

Orang ramai di luar kawasan itu juga dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan.

Mereka juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu.


1 comment:

Anonymous said...

mungkin pihak singapok dok intip orang2 ni dok dlm jamban...tu depa2 ni marah...kan singapok pandai bab2 skodeng ni..habis negara2 jiran dia skodeng..x boleh pecaya ini negara.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive