Tuesday, December 10

KERANA TOKONG RAKYAT PAHANG MENDERITA........... #Banjir #Pray4Kuantan


Rupa-rupanya tersebar luas kononnya Pahang dilanda banjir teruk akibat ditimpa bala kerana mahu melaksanakan 1Malaysia Spiritual City walaupun telah beberapa kali ditegaskan tidak akan ada projek seumpama itu baik di Gambang atau di mana-mana kawasan di negeri itu.  

Kepada sesiapa yang ragu dipersilakan jumpa Datuk Seri Adnan Yaakob supaya Menteri Besar Pahang itu boleh menunjukkan bukti hitam putih bahawa projek itu tidak pernah timbul.

Jika timbul pun, projek 1Malaysia Spiritual City itu tidak akan diluluskan sama sekali.

"Bahkan kelulusan tanah kepada syarikat Melayu yang berunding dengan syarikat-syarikat lain itu juga telah dibatalkan," kata Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Menurut ADUN Kuala Sentul itu lagi, fitnah bahawa Pahang akan menjadi pusat 1Malaysia Spiritual City kini menjadi viral dan disebarkan secara berleluasa menerusi pelbagai medium terutamanya media sosial. 

"Saya minta hentikan sebar fitnah ini, sebelum Allah hantar bala yang lagi dahsyat kerana fitnah yang berleluasa," katanya.

Isu tersebut turut menghujani Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 

Katanya, beliau telah mengajukan kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang berhubung perkara tersebut. 

"Ternyata ia satu fitnah besar yg perlu dijernihkan," katanya. 

Menurut Asyraf,  beliau memperoleh penjelasan mengenai "ISU 1MST (1Malaysia Spiritual Tourism) City seperti berikut:

1MST City tidak akan berlaku. Kelulusan tanah kepada syarikat asal bagi tujuan pembangunan bercampur telah ditarik balik. 

Penjelasan ringkas:

1. Kerajaan Negeri luluskan tanah 250 ekar kepada Waras Mekar (WM) bagi tujuan pembangunan bercampur (rumah, kedai). Tiada kaitan langsung mahupun isu dengan 1MST

2. Waras Mekar cari beberapa potential JV. Antaranya Enchant Acres (EA) yg nak buat 1MST tu, tapi tiada persetujuan. Ia di luar pengetahuan Negeri

3. Bila 1MST dipublish online, WM buat laporan polis

4. Menteri Besar buat kenyataan akhbar semasa Mesyuarat MMK menjelaskan ketidaksahihan 1MST

5. Semasa sidang DUN Nov lalu, MB sekali lagi terangkan dalam DUN, dan isytihar tanah yang diluluskan kepada WM ditarik balik.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive