Sunday, November 3

UMNO RASUAH PENGUNDI SURUH KALIH......... #PRKSgLimau


UMNO tidak pernah memujuk atau membayar mana-mana ahli Pas yang mahu menyertai parti itu, sebaliknya penyertaan mereka disebabkan kecewa dengan sikap kepimpinan Pas yang hanya pandai bercakap, tetapi tidak berusaha untuk mengubah nasib rakyat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau ada menerima laporan daripada jentera Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) Sungai Limau mengenai penyertaan ahli Pas itu dengan kesemua mereka masuk UMNO secara sukarela, bukan dibayar.

Katanya, ketika ini sudah ada ahli Pas kecewa dan tidak berpuas hati dengan parti itu, yang kemudian mengambil keputusan hendak bersama UMNO dan Barisan Nasional.

“Ahli Pas yang masuk UMNO itu adalah golongan yang kecewa dengan Pas, bukan dibayar sejumlah wang atau dipujuk.

“Mustahil ahli yang tegar dan penyokong kuat Pas boleh berubah sekelip mata dengan hanya ditawarkan RM100. Ini tidak masuk akal,” katanya kepada wartawan di Pejabat Pusat BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Sungai Limau Dalam di sini, petang ini.

Beliau mengulas dakwaan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang mendedahkan seorang ahli Pas, Ismail Said, 53, mengakui menerima suapan sebanyak RM100 semata-mata untuk mengaku menyertai UMNO.

Mahfuz dilaporkan berkata, ahli Pas itu yang bekerja sebagai tukang kayu dikatakan mendakwa telah dimanipulasikan oleh beberapa orang BN menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sesiapa sahaja yang hendak menjadi ahli UMNO, mereka tidak diberi wang dan parti itu tidak perlu membayar wang.

Mengenai tuduhan pembangkang mengaitkan hubungan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan anaknya, Datuk Mukhriz yang kemungkinan boleh menyebabkan BN akan menerima kekalahan di DUN Sungai Limau, Muhyiddin berkata, ini bukan soal Tun Mahathir.

“Ini adalah pilihan raya kecil. Ia tiada kena mengena dengan Tun Mahathir. Kita nak dapatkan sokongan pengundi, kita bekerjasama turun berkempen. Bukan soal bapa dan anak.

“Kita tidak ada layan sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang kerana apabila berada dalam keadaan terdesak, macam-macam hal mereka cipta isu dan nak memecah belahkan UMNO serta BN,” katanya.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive