Wednesday, November 20

PAS GILA JAWATAN, UMNO PULAK TOLONG PROMO........ @DzainalAbidin


PAS Gila jawatan yang diidamkan untuk mengaut keuntungan individu, bila tak dapat jawatan meroyan nak keluar dari Pakatan Rakyat. MKP agak pelik dan hairan memandangkan BORIA dan drama mereka ini sudah diketahui bahawa ada Udang di Sebalik Batu. Esok Guan Eng bagi apa depa nak yang melopong kami para pejuang Media Baru dipersalahkan. Nak kredit dan politik Milage guna kami bila dah senang korang pegi MAMPOS.Macam jadi Jalang pulak dah nak guna panggil bila tak perlu dipinggirkan. Orang lain dapat laba yang lagi gigit jari kaki sendiri.

DAP pulak ada agenda tersendiri, Pejuang Maya mereka setakat ini masih lagi diberi dana yang terbaik dan ditatang macam minyak yang penuh. Tapi ada jugak kebocoran dari sana yang MKP dapat hidu.

Bukan satu atau dua, tetapi empat kem dijangka menyertai dan memberi kesan kepada pemilihan ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang diadakan 1 Disember nanti.

Secara keseluruhannya, sebanyak 49 orang akan bertanding 15 jawatan dalam jawatankuasa itu.

Dua kem paling berpengaruh dalam pemilihan DAP Pulau Pinang nanti ialah kem tempatan dan kem payung terjun, masing-masing dipimpin Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Satu lagi kumpulan dalam pemilihan itu ialah kem pimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo dan RSN Rayer (ADUN Seri Delima) yang mana hubungan mereka boleh dikaitkan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Kem Jagdeep & Rayer bersama kem keempat yang dikenali sebagai kem berkecuali dikatakan masih merupakan `pengundi' atas pagar yang belum memutuskan untuk menyokong kem tempatan atau payung terjun.

Baru-baru ini, penyokong Guan Eng iaitu Jeff Ooi telah `membuka tembakan' terhadap pusat sehenti pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dikatakan tidak cekap.

Walaupun `serangan' itu adalah menuju kepada pegawai PBT, namun iaterasa oleh kem tempatan dalam DAP Pulau Pinang yang berpendapat Jeff Ooi tidak hormat kepada Kon Yeow sebagai Exco negeri.

Pemerhatian mendapati, kumpulan tempatan yang merupakan penyokong Kon Yeow adalah terdiri daripada pemimpin veteran seperti Phee Boon Boh (Exco), selain Ong Kok Fooi (ADUN Berapit), Teh Yee Cheu (ADUN Tanjong Bunga), Teh lai Heng (ADUN Komtar), Lau Keng Ee (ADUN Pengkalan Kota) serta ahli yang sebelum ini kecewa dengan Guan Eng.

Pemimpin yang menyokong Guan Eng pula ialah Ng Wei Aik (Ahli Parlimen Tanjong), Jeff Oii (Ahli Parlimen Jelutong), Lim Hock Seng (Exco), Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang) dan Soon Lip Chee (ADUN Jawi).

Kem berkecuali pula termasuk Chong Eng (ADUN Padang Lalang), Law Heng Kiang (ADUN Batu Lancang) dan Wong Hon Wai (ADUN Air Itam). Mereka dikatakan masih memerhati.

Difahamkan kem Kon Yeow mahu merahsiakan apa yang sedang berlaku dalam DAP Pulau Pinang, tetapi tetap ada maklumat yang terbocor. Keadaan itu menyebabkan khabar angin bertiup kencang bahawa kem itu mahu menyingkir Wei Aik serta memberi pengajaran kepada Jeff Oii.

Kem itu juga dilaporkan meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya separuh jawatan dalam jawatankuasa DAP Pulau Pinang untuk menunjukkan kekuasaan mereka.

Dalam pemlihan DAP Pulau Pinang nanti, 18 wakil rakyat telah dicalonkan manakala yang tidak dicalonkan ialah Guan Eng, Karpal dan Kasthuri Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan).

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive