Saturday, November 23

KAMBING HITAM LETAK JAWATAN DEMI RIBUT DIDALAM CAWAN


Mana satu betul nie, Takkan benda sebegini pun PAS tak boleh selesai. Nampaknya ribut didalam cawan ciptaan Khalid Samad ternyata tidak berjaya. Kantoi tahap gaban der...

Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Pas Pusat, Asmuni Awi meletak jawatan berkuatkuasa serta merta berhubung kesilapan teknikal proses pemilihan ahli jawatankuasa Pas Pusat petang semalam.

"Saya dengan ini bertanggungjawab di atas kesilapan semalam dan telah memohon maaf kepada semua perwakilan dan pucuk kepimpinan parti. Dengan ini saya mengumumkan untuk meletak  jawatan sebagai Pengerusi Pemilih Pas Pusat.

"Apabila menyedari berlaku kesilapan, saya mengambil keputusan untuk memberhentikan proses pemilihan dan diteruskan semula pagi ini," katanya ketika mencelah sesi perbahasan usul perwakilan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapa Ali berkata, pihaknya menerima permohonan maaf itu dan tidak semestinya Asmuni meletakkan jawatan.

Katanya, Pas masih memrlukan khidmat Asmuni dan berharap beliau memikirkannya semula.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive