Saturday, October 26

SUKA HATI MAKBAPAK DIA SAJA @CMLimGuanEng


Kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan nombor pendaftaran PG1 cetus kontroversi lagi!

Selepas menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk Pulau Pinang kerana didedahkan diletakkan di kawasan larangan pada Ogos lalu, PG1 sekali lagi dikesan dihentikan di kawasan tidak sepatutnya.

Kali ini, kelibat PG1 dirakam diletakkan di kawasan yang tidak mempunyai petak letak kereta di Jalan Chulia lalu menyusahkan kenderaan lain yang mahu membelok.

Gambar diatas menunjukan sikap kebiadapan. Kereta rasmi Guan Eng diletakkan di kawasan larangan dan dikatakan menyusahkan pemandu lain.
Ketua Menteri Pulau Pinang di Jalan Chulia di mana kereta itu diletakkan di tepi jalan yang sempit.
Ia juga merupakan tempat untuk membelok, sekali gus menyusahkan pemandu kenderaan lain yang ingin membelok ke jalan besar. Keadaan ini turut meningkatkan risiko kemalangan.
Sebagai pemimpin utama di negeri ini, bukankah beliau harus menunjukkan teladan yang baik kepada orang lain.

Sebagai maklumat, PG1 sebelum ini juga pernah dirakam dihentikan di kawasan larangan yang juga merupakan kawasan kunci tayar Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Semasa kejadian, Guan Eng dikatakan sedang minum dan berborak dengan orang lain dalam sebuah kedai kopi sementara pemandunya meletakkan PG1 dalam kawasan larangan.

Selepas gambar itu tersebar dan menjadi topik hangat, Guan Eng dilaporkan telah menasihatkan pemandunya supaya tidak meletak kenderaan di kawasan larangan

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive