Tuesday, October 15

POLITIK WANG MASIH SUBUR DIDALAM UMNO......?


Memang jelas walaupun pemilihan kali ini mengikut sistem terbuka dan siapa sahaja boleh bertanding dan lebih 150,000 perwakilan membuat pilihan, tetapi ketua-ketua bahagian tetap memainkan peranan yang cukup penting.

Walaupun sistem terbuka diharap dapat membanteras politik wang. Ketua-ketua bahagian tetap menjadi `Kingmaker'. Walaupun kedudukan ketua-ketua bahagian belum pasti kerana nasib mereka terletak kepada cawangan, tetapi mereka tetap menjadi talian hayat calon-calon bertanding.

Mereka sumber rujukan yang dekat dengan akar umbi. Ibarat bermain seluncur ombak. Merekalah panduan. Ombak mana yang hendak ditunggang.

Di peringkat inilah duit `dilambak'. Duit yang banyak itu digunakan bagi menyogok para perwakilan secara rambang dikenal pasti. Ada ketua bahagian yang `makan keliling' daripada calon yang bertanding.

Duit yang diperolehi diagihkan kepada perwakilan secara tunai atau dalam bentuk lawatan ke luar negara.

Sesi makan angin ke luar negara ini mengikut `kasta' atau kekuatan kingmaker berkenaan. Semakin kuat pengaruh semakin besarlah peruntukan diperolehi dan semakin jauhlah kaki melangkah ke luar negara.

Bukan itu sahaja kepimpinan redaksi media-media utama juga harus diragui. Jika asyik muka itu sahaja yang disiarkan. Siasatlah puncanya. Pasti ada tangan-tangan ghaib membuat percaturan. SPRM bukalah mata.

Pastinya Jawantankuasa Tatatertib sibuk menganalisis aduan dan laporan yang diperolehi. Bersihkanlah UMNO daripada politik wang dan pemimpin korup. Pemimpin yang korup ini jangan diberi muka. Singkirkan daripada parti. Jangan diberi jawatan besar pula di dalam GLC.

Pemimpin yang sebegitu tidak seharusnya mendapat tempat di dalam kerajaan mahupun di dalam kem pembangkang. Karier politik golongan korup harus dikuburkan.

Jika tidak ia boleh mendatangkan kurap dan kudis kepada parti yang mana kesannya hanya boleh dilihat semasa pilihan raya umum.

Pemilihan sayap telah memberi gambaran sebenar bagaimana sistem baharu pemilihan berjalan. Mereka yang bertanding sanggup berselinsing lengan dan nyaris menyelak kain semata-mata untuk jawatan di bahagian.

Tanggal 19 Oktober ini bakal berlangsung pemilihan jawatan tertingi dipertandingkan iaitu Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi.

Jumlah calon yang bertanding makin mengecil. Ketua-ketua bahagian telah mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Apakah politik wang akan berleluasa dan bermaharajalela? Itu persoalan yang harus diberi perhatian oleh pucuk pimpinan UMNO.

UMNO bersih bermakna negara bersih. Negara bersih, rakyat bersih. Diharapkan hanya pemimpin yang bersih terpilih.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive