Sunday, October 20

Media Pembangkang Bantu Popularkan @Zahid_Hamidi


Kalau tanpa kontroversi dari pihak pembangkang mungkin populariti DS Zahid tak macam nie. Tapi bagus jugak ada kontroversi dan sememangnya perwakilan bijak memilih diantara Batu dan Permata.

DS Zahid Hamidi berkata, media cetak dan elektronik banyak membantu beliau dalam mempertahankan jawatan naib presiden bagi pemilihan kàli ini.

Beliau berkata, media pro-pembangkang turut mempengaruhi undi yang diperolehi dan membantu dari segi meraih populariti politik.

"Saya ucapkan terima kasih kepada portal-portal, majalah dan bahan-bahan liputan di media sosial pro-pembangkang".

Ahmad Zahid berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai naib presiden dalam pemilihan kali ini bersama dua lagi penyandang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau mendapat 185 undi, Shafie 174 undi dan Hishammuddin mendapat 100 undi.

Tiga lagi pencabar bagi jawatan tersebut iaitu Datuk Mukhriz Mahathir mendapat 91 undi dan Tan Sri Isa Samad serta Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing mendapat tujuh undi.

Beliau menambah, liputan yang diberikan dan isu-isu yang dimainkan media pembangkang banyak memberi keuntungan kepada beliau.

"Saya harap lepas ini mereka (pembangkang) jangan menyesal memberikan liputan kepada saya.

"Ini memberikan keberuntungan kepada saya dalam politik Umno," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri ini juga menjelaskan bahawa beliau bersama dua naib presiden lagi akan meneruskan agenda transformasi dan proses keremajaan Umno.

Katanya, beliau tidak mahu menjadi pemimpin bermusim dan sentiasa bersedia mendengar pandangan ahli sehingga peringkat akar umbi.

"Saya telah diberi kepercayaan oleh perwakilan di peringkat akar umbi dan bahagian untuk meneruskan agenda Umno.

"Saya yakin dengan prinsip yang saya pegang selama ini bahawa saya tidak mahu jadi pemimpin bermusim yang hanya bertemu rakan-rakan politik pada pilihan raya atau pemilihan parti sahaja," katanya.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive