Friday, October 11

DAP DAH HANCUR DI SELATAN....... UTARA BILA LAGI.........?


DAP Melaka bagaikan sudah 'terbakar' selepas Pengerusinya, Goh Leong San menerima kritikan hebat dari kem lawan kerana memuji Ketua Menteri, Datuk Idris Haron.

Seorang editor kanan Sin Chew Daily memberi ulasan dan analisis mengenai pertelingkahan antara dua kem di Melaka. Berikut merupakan rencana tersebut.

Selama ini, DAP Melaka terdiri daripada dua kem iatu kem yang pro kepada Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew serta kem yang pro kepada Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San.

Ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 atau 505, Betty telah mencadangkan bekas pembantunya (seorang lelaki) manakala Leong San mencadangkan tiga calon wanita yang dianggap berpotensi untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana.

Guan Eng selalu menegaskan perlu memberi peluang lebih banyak kepada ahli politik wanita, tetapi kali ini beliau mengorbankan wanita dan memberi peluang kepada lelaki. Sebabnya tidak jelas. (Orang luar tidak boleh campur tangan pertelingkahan dalaman DAP. Tetapi ia akan memberi kesan kepada soal kualiti calon. Jadi adakah pengundi berhak mengetahui sebabnya?)

Akhirnya, seorang lagi calon pilihan Betty iaitu Lai Keun Ban dipilih untuk mewakili DAP. Orang luar bagaimanapun berpendapat Keun Ban mempunyai reputasi kurang baik.

Keadaan itu menyebabkan Sim Tong Him (kini Ahli Parlimen Kota Melaka) mengambil tindakan bertanding sebagai calon bebas di Kota Laksamana (tetapi menarik diri).

Melalui campur tangan Lim Kit Siang, Leong San dan Tong Him terpaksa 'menelan' kegeraman mereka.

Selepas 505, penduduk Melaka sering meliht kemunculan Keun Ban dan Khoo Poay Tiong dalam akhbar. Keadaan ini berlainan dengan Leong San dan Tong Him yang lebih 'senyap'.

Untuk muncul dalam akhbar, mereka perlu mengeluarkan banyak kenyataan akhbar. Untuk berkhidmat kepada rakyat, mereka perlu satu pasukan yang kuat.

Keun Ban dan Poay Tiong mendapat sokongan kuat pemimpin DAP pusat, membolehkan mereka wujudkan pasukan kerja sendiri selain miliki sumber yang banyak. Walaupun Leong San tidak dibalas dendam selepas 505, tetapi tetap rugi. (Yang paling rugi ialah pengundi, mereka gagal menikmati kemudahan tertentu hanya kerana ADUN mereka berasal dari kem lain dalam parti).

Keun Ban pula mahu hapuskan persepsi bahawa beliau tidak sesuai menjadi ADUN. Kebetulan berlaku isu Jonker Walk yang memberi peluang kepadanya untuk memainkan peranan. Tetapi ramai yang mengesan kempen Keun Ban tidak menerima sokongan satu lagi kem.

DAP Melaka pernah membantah kewujudan Jonker Walk 13 tahun lalu. Kini Keun Ban pula mahu mempertahankan Jonker Walk, jadi tindakan Keun Ban ini meletakkan DAP dalam keadaan yang agak 'segan'.

Pertelingkahan antara kedua-dua kem juga semakin jelas dan sukar disembunyikan.

Beberapa bulan lalu, Leong San tiba-tiba membuka serangan mendakwa ada pemimpin DAP menyeleweng sumber parti untuk beli kereta.

Selepas itu, banyak 'gerak-geri' telah dikesan dalam kedua-dua kem. Siapa yang betul dan silap? Jawapan masih ditunggu.

Apa yang paling diambil berat adalah penyelewengan sumber kewangan parti. Sudahkah ada penyelesaiannya atau berakhir begitu sahaja?  (Dana DAP kebanyakannya dipungut melalui kempen derma, adakah orang awam mempunyai hak untuk mengetahui perkara sebenar?)

Sebelum 505, saya pernah meramalkan DAP Melaka yang dibelenggu masalah kem akan menjadi negeri pertama yang 'terbakar'. Melainkan DAP pusat menggunakan 'tekanan besar' untuk 'mencabut akar' kem tidak sehaluan di Melaka.

Jika tidak, 'kebakaran' ini sukar dipadamkan. Atau pun ia mungkin mengundang kekecewaan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive