Tuesday, September 3

SALAHKAH MKP MEMBELA!!!! TAPI DICERCA #Macai20sen #20sen


Walaupun kurang bersetuju dengan pengumuman kenaikan harga minyak RON 95 semalam oleh Perdana Menteri semalam ianya telah menjadi BOLA TANGGUNG pada Kerajaan Barisan Nasional. Jenuh bersilat dan bertaici dengan pembangkang dialam maya namun pelbagai alasan diberi tidak meyakinkan mereka serta kaum pertengahan yang terlibat.

Ada PEMUDA UMNO di Kalangan EXCO Pemuda  yang bersuara lantang tapi menikus bila ditanya persoalan ini. Korang nie diberikan tanggungjawab untuk membela Kerajaan Barisan Nasional oleh perwakilan yang mengundi tapi bila ada isu yang perlu dijawab lari menikus. Namun hanya seorang sahaja yang ada teloq....

Harga petrol di Malaysia sepanjang zaman...(dalam masa 23 tahun - sejak 1990)

Sebelum 90 - RM 0.89

Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)

01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)

01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)

01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)

16/07/2010 - RM 1.85

04/12/2010 - RM 1.90

03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)

Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak 46sen.

Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak 1.38sen dan turun sebanyak 90sen.

Zaman era pemerintahan Dato'Seri Najib TunRazak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak 25sen.

Rakyat perlu sedar bahawa harga ini dipengaruhi oleh harga minyak dunia. Zaman 90an, harga minyak dunia hanya USD 15-25 satu tong, itu sebab Anwar mendabik dada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan harga minyak hanya RM1.10 seliter.

Tapi  zaman Pak Lah, harga minyak dunia naik hingga USD 143 satu tong. Harga minyak hari ini sekitar USD110 satu tong.

Anwar boleh janjikan bulan dan bintang pada rakyat, cuma mari kita guna akal kita...bolehkah Anwar turunkan harga minyak 50sen (Kos RM10.5b) dan dlm masa yg sama nak naikkan royalti minyak Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dari 5% kepada 20%.

Bagaimana mungkin Anwar boleh tunaikan janji tambahkan subsidi minyak 50 sen jika dlm masa yg sama dia buat janji bg royalti minyak 20% yg pasti menggurangkan pendapatan negara.

Sebelum buat janji baru, tunaikanlah dulu 85% janji lama yg dia buat tahun 2008 di Selangor

Apapun alasan diiberikan untuk menghalalkan kenaikan harga RON 95 dan Diesel kali ini,  saya tetap kecewa dengan kerana buat pertama kalinya, kita telah secara jelas melanggar perjanjian bahawa usaha akan dilakukan untuk menggurangkan beban rakyat.

Memang sukar untuk mengambil keputusan berat ini, namun saya masih mengharap YAB Perdana Menteri dapat mencari solusi bagi mengembalikan subsidi untuk Ron95 setidak-tidaknya kepada golongan yang berpendapatan RM5,000 kebawah.  Samada memberikan vaucher subsidi petrol tambahan atau pemberian fleet card untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau.

Lokman Noor Bin Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia



1 comment:

Anonymous said...

yang penting kenapa harga RON95+subsidi=RM2.73 lebih mahal dari RON 97=RM2.70 tanpa subsidi..kat sini apa yang mahu dibohongi lagi????

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive