Saturday, September 14

@NajibRazak RASUAH MELAYU UMNO SEMPENA PEMILIHAN UMNO...


Rasuah!!!!! itu ayat pertama keluar dari mulut ahli parlimen dari Kelang. Mereka nie nampaknya dah meroyan dengan apa yang telah diumumkan oleh Najib Razak pada pagi tadi. Berikut adalah sebahagian daripada ucapannya.

Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13… untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88.

Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun tohmahan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, bagi tempoh 5 tahun akan datang,…. demi meneruskan agenda Melayu dan Bumiputera di tanah air tercinta ini.

Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita.

Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan……, Yes… indeed!!!… we hear you… we hear you loud and clear.

MKP ayat sempoi: lantak apa diaorang nak cakap apa pun tapi Melayu dan Bumiputera telah membuktikan tanpa sokongan dari "tsunami Cina "BN telah berjaya menubuhkan Kerajaan....Adakah salah Najib Razak menjaga kaum yang berbakti padanya....

1 comment:

Anonymous said...

Biasanyer kalau orang tu sendiri yg kuat rasuah maka dia akan tuduh orang lain pon rasuah.......

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive