Friday, September 13

MP DAP Steven Sim Chee Keong PATUT BERDEBAT DENGAN @jamawijaafar BUKAN BOSSNYA....... @DAPmalaysia


Kalau nak diikutkan sepatutnya Saudara Jamawi Jaafar menerima tawaran debat ini demi mempertahankan Bossnya. Ini adalah masanya menunjukan taring yang sebenar sebagai Exco Pemuda UMNO serta Bakal Calon Naib Ketua Pemuda UMNO. Jika tidak dapat mempertahankan Bossnya dengan cabaran yang telah dibuat oleh anak ikan DAP ini rasanya baik simpan aje teloq tue...

Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong hari ini mencabar Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal berdebat mengenai ‘Siapa tokoh pejuang kemerdekaan negara’. 
“Memandangkan Shafie Afdal melabelkan saya ‘buta sejarah’, saya dengan segala hormatnya menjemput beliau berdebat mengenai sejarah dengan tajuk ‘Siapakah tokoh pejuang kemerdekaan negara kita?’ Disebabkan beliau membuat kenyataan menghina itu di Balik Pulau, maka saya juga mencadangkan debat itu diadakan di kawasan Balik Pulau. 
“Saya ingin menggunakan peluang ini untuk menunjukkan bagaimana UMNO-BN telah melakukan revisinisme sejarah termasuk dalam sukatan pelajaran sekolah, sekaligus memperbodohkan rakyat dengan memberi gambaran tidak tepat mengenai sejarah negara. 
“Kalau beliau begitu yakin bahawa UMNO tidak pernah melakukan revisinisme sejarah, maka tiada alasan untuk menolak pelawaan debat ini. Jika beliau tidak berani, saya harap beliau akan memohon maaf atas kenyataan menghina dengan mendakwa saya ‘buta sejarah’. Saya menunggu Pak Menteri memberikan maklum balas,” katanya dalam kenyataan. 
Steven yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Kebangsaan berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Shafie baru-baru ini. 
Shafie pada 8 September lalu menyifatkan Steven sebagai buta sejarah kerana enggan menerima hakikat pembabitan UMNO/BN dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dan mempertahankan Sasterawan Negara, A Samad Said serta aktivis lain yang ditahan kerana memperingati sejarah.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive