Wednesday, September 18

KAN DAH JATUH MACAM NANGKA.....PILIH PEMIMPIN BUKAN IKUT MUSIM................. @AzeezPutera


Gambar ini sempat dirakamkan ketika saya melawat rumah Pn. Maznah di Kg. Dalam Wang baru2 ini..Keadaan rumahnya yg uzur sangat medukacitakan saya..Malah saya hampir terjatuh ketika hendak turun dari rumah beliau kerana tangga kayu rumah tersebut bergoyang dan hampir patah..

Saya selaku Ahli Parlimen Baling yg baru akan berasa sangat malu kepada Allah SWT dan masyarakat sekiranya amanah yang diberikan oleh rakyat Baling sebgai pemimpin mereka namun masih membiarkan rakyat mderita dengan keadaan rumah yang sangat uzur dan hampir roboh..Insya Allah saya akan usahakan utk membina sebuah rumah baru kepada Pn. Maznah demi keselesaan beliau dalam masa yang terdekat..DEMI RAKYAT PARLIMEN BALING...
"Bercakap pasal pemilihan UMNO, Abdul Azeez percaya, ahli di peringkat akar umbi kini sudah bijak dan tidak lagi terpedaya dengan pemimpin 'bermusim' yang hanya muncul menjelang pemilihan parti. 
Sebaliknya, kata beliau, perwakilan mengundi yang berjumlah hampir 150,000 orang akan memilih mereka yang diyakini mampu bekerja keras untuk menerajui UMNO. 
Beliau yang akan mempertahankan jawatan ahli MT menarik perhatian bagaimana cabaran menghadapi pilihan raya umum ke-14, yang dijadual pada 2017/2018 lebih getir dan mendebarkan. 
Dalam pilihan raya umum itu nanti, UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) perlu mengembalikan majoriti dua pertiga yang terlepas dua kali itu. 
"Kita kena andaikan PRU-14 lebih kompleks dan rumit berbanding pilihan raya sebelumnya. 
"Sebab itu saya cukup percaya ahli parti sekarang mahukan pemimpin yang benar-benar mampu membawa perubahan bagi mengukuhkan parti, bukannya mereka yang hanya beretorik untuk kepentingan peribadi," katanya. 
Kata beliau lagi: "Rekod kerja cemerlang seseorang pemimpin kini menjadi kayu pengukur kepada ahli menilai kredibiliti seseorang calon yang akan bertanding dalam pemilihan parti nanti. 
"Sekarang bukan masanya untuk golongan pemimpin bermusim yang hanya muncul menjelang pemilihan, selepas itu menghilangkan diri dan kemudian timbul balik.
"Saya percaya ahli akar umbi menolak mentah-mentah pemimpin sebegini."
Datuk Azeez Rahim  
MKP PULAK NAK KATA: pemimpin datang dan pergi umpama dahan yang patah bakal tumbuh kembali Akan tetapi dahan yang rendang itu jika tidak memberikan buah yang elok lebih baik ditebang saja. Usaha menperkasakan UMNO perlu mempunyai Wakil yang benar-benar mendahului rakyat bukan hanya datang seperti Musim Pemilihan sahaja. Jawatan Hampa nak pulun tapi hati rakyat hampa tak mau kampoi susah macam tue.

Walaupun bermacam dugaan serta rintangan dihadapi Datuk Azeez demi merampas Bumi Baling yang penuh kisah suka dan duka hingga terpahat di dalam Sejarah Malaysia. Kisah yang  Pahit itu bakal menjadi ubat yang pastinya mujarab.

2 comments:

Anonymous said...

Saudara Blogger

Mohon anda siarkan posting ini yang sebelumnya telah saya kirim ke Blog Ridhuan Tee sebagai respon kepada artikel beliau bertajuk Mengubat Hati Melayu. Saya mahu supaya semua melayu yang terlalu ghairah dengan Tahalus Siasi PAS-DAP nampak kesan buruk yang menanti kita (melayu/islam) jika PAS masih mahu berTahalus Siasi dengan DAP. Berbanyak terima kasih dari saya jika anda sudi menyiarkan.

TAHALUS SIASI atau TAHALUS SIAO-SI. Which is which ? (Yang mana satu ?)

(Melayu tidak bersatu hati. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Melayu tidak mahu dengar nasihat sesama Melayu. Melayu memandang rendah sesama Melayu. Inilah hati Melayu) .. seperti yang ditulis oleh Ridhuan Tee

Benar dan benar dan memang benaaarrrrrrrrr ........

Ini lah dia puncanya melayu semakin lama semakin lemah dalam penguasaan politik di negara ini.

Saudara Ridhuan, izinkan saya menambah sikit lagi kepada kenyataan anda itu ...

" Melayu adalah satu kelombok masyarakat yang hidup penuh dengan kepura-puraan. Melayu juga adalah pelakon yang paling hebat di pentas sandiwara di negara ini "

Saya ada fakta, ini bukan tuduhan liar. Hanya melayu yang " membuta babi " sahaja yang tidak mahu menerima hakikat. Ini dia faktanya :

MELAYU BERSATU HATI, BERSATU MATLAMAT, BERSATU PERBUATAN DALAM SOLAT TAK KIRA SAMA ADA SOLAT NAFSI (SENDIRI-SENDIRI) ATAU SOLAT JAMAAH KERANA AGAMA MEREKA HANYA MENERIMA DAN MENGIKTIRAF SOLAT YANG SEBEGITU RUPA SAHAJA. LALU MEREKA MENIPU TUHAN MEREKA (ALLAH) SEOLAH-OLAH MEREKA BERSATU SEBAGAIMANA YANG DIPERINTAHKAN OLEH TUHAN MEREKA. SETELAH SELESAI SOLAT MAKA MEREKA KEMBALI BERCAKARAN HANYA KERANA MEREBUT KUASA DAN BAHAGIAN, WALHAL MEREKA SEPATUTNYA DUDUK BERBINCANG SESAMA JAMAAH UNTUK MEMBAHAGIKAN KUASA DAN BAHAGIAN SAMA RATA SAMA ADIL DI KALANGAN MEREKA ATAS NAMA SEMANGAT PERMUAFAKATAN ISLAM.

Saya tidak takut mahu mengatakan ADA MELAYU YANG SANGAT SADIS KEPADA TUHAN MEREKA SEHINGGA TERGAMAK BERPAKAT DENGAN MUSUH ISLAM UNTUK MENEGAKKAN ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI SEDANGKAN SAUDARA SEISLAM ADA DI SEKELILING MEREKA.

Saya ingin mengingatkan kepada kelompok melayu tersebut HANYA MUSUH ISLAM YANG GILA (SAKIT MENTAL) SAHAJA YANG AKAN DENGAN IKHLAS MEMBANTU ANDA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM.

Saya ingin bertanya kepada kelompok melayu tersebut ANDAI KATA MEREKA (MUSUH ISLAM) MINTA ANDA MEMBANTU MEREKA BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN AGAMA MEREKA ADAKAH ANDA SANGGUP ATAS NAMA TAHALUS SIASI.

Saya ingin memperbetulkan persepsi anda ANDAI KATA ANDA TIDAK SANGGUP UNTUK MEMBANTU MUSUH ISLAM DALAM PERJUANGAN MENEGAKKAN AGAMA MEREKA, SEDANGKAN ANDA DI BANTU OLEH MEREKA (MUSUH ISLAM) DALAM PERJUANGAN UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM .. Jangan anda sebut permuafakatan anda dengan mereka sebagai TAHALUS SIASI .. paling tepat sebut saja sebagai TAHALUS SIAO-SI (KERJASAMA GILA-MATI).

Apa itu TAHALUS SIAO-SI : Satu pakatan diantara dua pihak yang secara terang dan nyata bermusuhan sejak berzaman, dengan matlamat untuk mengalahkan satu lagi pihak yang menjadi musuh bersama mereka, dan setelah berjaya mengalahkan musuh bersama, mereka akan kembali bermusuhan seperti keadaan sebelum terbentuknya TAHALUS SIAO-SI diantara mereka.

Saya katakan pakatan PAS-DAP sebenarnya jatuh dalam kategori TAHALUS SIAO-SI. Maksud saya, setelah Umno berjaya dijatuhkan maka PAS dan DAP akan kembali bermusuhan seperti sebelumnya, malah saya jangka akan lebih dahsyat lagi. Dan akhirnya keamanan dan kesejahteraan negara akan menjadi GILA dan akan ada rakyat yang MATI (Terkorban).

Wahai umat islam khasnya yang menyokong PAS, ingat lah BAHAWA PARA PEMIMPIN PARTI KAMU SEDANGKAN MENGADAKAN SATU BENTUK PAKATAN GILA DENGAN DAP (MUSUH ISLAM) YANG AKHIRNYA BOLEH MENYEBABKAN ISLAM MATI DI BUMI MALAYSIA INI.

Sedar lah kalian sebelum terlambat. Hayati dan fahami kebimbangan yang diluahkan oleh seorang lelaki bangsa Cina yang dahulunya bernama Tee Chuan Seng tetapi kini beliau merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bangsa Melayu kerana beliau seagama dengan kita.

Ana Muslimah

Budak Sri Kinta said...

salam perjuangan, moon jasa baik tuan utk link kan blog sy pada blog list hebat tuan, budaksrikinta.blogspot.com
terima kasih...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive