Sunday, September 8

JOM KASI POTONG GAJI @KhairyKJ


Khairy Jamaluddin hari ini membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kabinet bayangan PR.

Sebaliknya, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Anwar tidak perlu memberi jawapan angkuh sekiranya tidak berani mengumumkan Kabinet bayangan PR.



Menurutnya yang dipetik dalam akaun Twitternya pagi tadi, perkara itu turut digesa oleh pengundi "atas pagar" supaya PR mempunyai Kabinet mereka sendiri.

"Kalau tak berani umum Kabinet bayangan, cakap sahajalah tak payah bagi jawapan angkuh.

"Ramai pengundi atas pagar desak PR umum Kabinet bayangan. Mungkin boleh biarkan permintaan saya, tapi bolehkah biarkan permintaan mereka?," katanya.

Anwar sebelum ini menyelar Khairy dan mengingatkannya agar tidak mencampuri urusan Pakatan Rakyat (PR).

"Dia patut buat kerja dia dan lebih baik fokus kepada tugasnya terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan PR," kata Anwar merujuk kepada kenyataan Khairy menggesa pembangkang mewujudkan Kabinet bayangan.

Kenyataan itu dibuat ekoran Khairy dilihat menyuarakan pendapat sama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berhubung perkara itu.

"Kita cabar mereka, sebab desakan sekarang datang daripada ahli Parlimen pihak mereka. Jadi jangan berdolak dalih lagi...namakan Kabinet banyangan dalam masa terdekat," kata Khairy.

Merujuk kepada laporan media sebelum ini, Anwar berkata kenyataan beliau disalah erti oleh pemimpin Umno, dan menambah beliau tidak pernah mencadangkan kerajaan perpaduan.

Tegas Anwar lagi, Khairy tidak membaca perutusan Merdekanya di mana kenyataan beliau sebelum ini merujuk kepada dialog. AntaraPOS

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive