Thursday, August 15

VIDEO 18SG : MAYAT TERBAKAR.............


Video ini telah dimuat turun kelaman Facebook untuk tatapan umum keganasan yang telah berlaku di Mesir. Inilah yang bakal terjadi bila keadaan sebuah negara tidak tenteram. Kestabilan politik sesebuah negara amatlah penting.Jika politik Malaysia tidak stabil mungkin inilah nasib yang menimpa rakyat Malaysia. Pembangkang terutama Anwar cuba menghuru-harakan Malaysia tercinta ini namun percubaan mereka hingga kini tidak tercapai. 

Pergerakan Pemuda UMNO mahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Liga Arab mengadakan mesyuarat segera dan menetapkan resolusi bagi membolehkan campur tangan kemanusiaan di Mesir.

Sambil mengutuk keganasan yang dilakukan terhadap penyokong Morsi, Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata Pemuda UMNO mengecam kegagalan pihak berkuasa sementara Mesir menangani masalah di negara itu hingga mengorbankan ramai nyawa sehingga hari ini.

“Ketika umat Islam di seluruh dunia bergembira menyambut Aidilfitri yang baru melepasi minggu pertama Syawal, saudara-saudara kami di Mesir berada dalam ketidaktentuan akibat perbalahan politik sesama sendiri.

“Terbaharu, pihak berkuasa Mesir menggempur penyokong bekas Morsi dan mengakibatkan banyak kematian dalam kalangan orang awam. Operasi ini merupakan satu kekejaman yang tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pihak berkuasa Mesir perlu sedar kekecohan di negara itu akibat rampasan kuasa yang dilakukan terhadap pemerintahan Morsi yang dipilih sebagai Presiden melalui proses pilihan raya yang sah.

Jelas beliau, apabila pihak tertentu melanggar prinsip demokrasi dengan menggulingkan Mursi, ia secara jelas mengkhianati amanah rakyat.

Justeru Pemuda UMNO menggesa pihak berkuasa Mesir menghentikan serta-merta tindakan membunuh penunjuk perasaan dan berharap perisytiharan darurat ditarik balik selari dengan semangat dan kemuliaan bulan Syawal.

“Pemuda UMNO juga ingin menasihatkan rakyat Malaysia di Mesir terutama pelajar supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa di laman-laman sosial dan berhubung dengan Kedutaan Malaysia di sana bagi mengetahui kenyataan rasmi negara dan Kementerian Luar,” katanya


1 comment:

Unknown said...

salam..saya amat berminat dengan blog tuan..kalau boleh tuan tolong link kan blog saya dlam blog tuan..blog tuan telah saya pautkan ke blog saya..terima kasih.

http://datozainisma.blogspot.com

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive