Thursday, August 22

POSTER SEMPOI : JANGAN CABAR KAMI RIP 04 @PDRMsia @Zahid_Hamidi


MKP menyokong penuh apa yang telah dilakukan oleh Pihak PDRM terutama di Pulau Pinang. DAP hanya pandai mengambil peluang jika kadar jenayah menurun akan tetapi bila terjadi kes tembakan pihak PDRM pulak dipersalahkan. Alasan yang MKP tak boleh diterima pakai adalah keadilan bagi pihak keluarga mangsa.... ADUN Seri Delima telah menunjukkan belang harimaunya bila mencabar pihak PDRM. Apa nie korang main wayang atau berdrama......?


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberi amaran kepada kumpulan kongsi gelap 04 supaya tidak sesekali menimbulkan kekacauan dan mencabar pihak berkuasa.

"Jangan cuba mencabar kami." tegasnya.

Beliau berkata sedemikian sejurus tindakan beberapa kumpulan kongsi gelap yang menaman diri mereka dengan "04" yang cuba melakukan provokasi dengan melakukan perarakan dan vendalisme di beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang.

Untuk rekod, Ops Cantas dilancarkan pada 18 Ogos 2013 telah menahan lebih 200 penjenayah sehari selepas dilancarkan selain 683 orang ditahan pada 20 Ogos 2013 di Selangor. Ops Cantas Khas dilakukan oleh pihak PDRM sejurus diberikan kebenaran oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bagi mengekang jenayah berat yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive