Friday, August 16

Kenyataan PMO : Tiada Perbincangan Kerajaan Perpaduan @PMOMalaysia


KENYATAAN AKHBAR

l. Kebelakangan ini beberapa portal berita Online telah menyiarkan laporan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Sedang berusaha mewujudkan sebuah kerajaan perpacluan bersama Ketua Pcmbangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Laporan portal berita tersebut yang memetik “sumber yang boleh dipercayai dan rapat dengan kem” Dato’ Sri Mohd Najib adalah merupakan “daya imaginasi” penulis tersebut kerana tídak ada sebarang usaha ke arah mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan.

3. Perbincangan mengenai sebuah kerajaan perpaduan tidak mungkin berlaku selagi pihak pembangkang terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kepimpínan Pakatan Rakyat sehingga kini masih tídak dapat meneríma keputusan Pilihanraya Umum ke- 13 dan mempertíkai keputusan tersebut.

4. Laporan yang memetìk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaba yang dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib ke arah mewujudkan  kerajaan perpaduan merupakan satu “kenyataan politik yang berniat nakal”.

5. Usaha yang dilakukan oleh bekas Naib Presíden Indonesia Jusuf Kalla sebelum PRUI3 bagí mendapat persetujuan Dato’ Sri Mohd Najib dan Datuk Seri Anwar agar mengelak daripada menyerang antara satu sama lain dan menerima keputusan pilíhanraya merupakan satu~satunya perjanjian politik yang ada.

6. Menurut Jusuf Kalla, Anwar telah berhubung dengan beliau sebelum PRUI3  bagí mendapatkan perjanjian politik tersebut dari Dato’ Sri Mohd Najib agar menghormatí keputusan rakyat yang mana telah dipersetujui oleh Perdana Menteri. Namun, Datuk Seri Anwar enggan berbuat demikian kerana mendakwa berlaku penipuan dalam preses PRUl3.

7. Oleh itu, kenyataan Datuk Seri Anwar mengesahkan adanya usaba baru ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan merupakan satu “ciptaan dan rekaan” bagi kepeptingan politik pembangkang khususnya ketuanya.

Pejabat Perdana Menteri

16 Ogos 2013

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive