Friday, August 23

HANTU ALTANTUYA BAKAL MENGGANAS KEMBALI....


Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Berikutan pembebasan suspek bagi kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya, ramai dikalangan penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat yang mempersoalkan krebiliti Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan tersebut.

Tak terkecuali juga Ketua Umum Pakatan Rakyat iaitu Anwar Ibrahim. Didalam laman sosial Twitter Ketua Pembangkang tersebut, Anwar dilihat menyokong satu kenyataan yang mengatakan bahawa Altantuya sebenarnya membunuh diri dengan meletupkan dirinya sendiri.

Panel membuat kesimpulan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dengan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan tidak konsisten dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah material. 

Dalam hal bahan letupan, mereka memutuskan bahawa selepas mengaitkan bahan letupan kepada kematian Altantuya, hakim perbicaraan sepatutnya perlu membuat  pencarian seterusnya untuk mengaitkan bahan letupan kepada perayu. 

"Oleh itu, dengan ini, kita membebaskan dan keluarkan kedua-dua perayu," kata Hakim Tengku Maimun.

Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

Satu lagi keputusan 'technical fault' yang membebaskan pihak dituduh. Anwar juga pernah dibebaskan kerana 'technical fault' kes liwat beliau.

Pembebasan kedua-dua orang ini sudah pasti akan menjadi topik panas untuk satu tempoh yang mungkin agak lama.

Sudah tentu akan timbul tuduhan pihak Mahkamah jadi tali barut kerajaan dan sebagainya tetapi mana mungkin pihak Mahkamah seperti yang dituduh kerana Anwar Ibrahim sendiri terlepas daripada 2 kes liwat beliau.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim pernah didedahkan menjadi perancang utama dalam konspirasi menggunakan kes pembunuhan Altantuya Shariibu untuk membunuh karier politik Najib Tun Razak.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive