Wednesday, July 31

VIDEO : PERAGUT DIBELASAH SAMPAI PENGSAN.......... @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Kejadian Ragut yang berlaku pada 25 hb lepas dimana seorang pemuda dari Indonesia telah ditangkap oleh orang ramai ketika melakukan aktiviti jahatnya. Dulu Malaysia pernah dikejutkan oleh kejadian dimana peragut indon jugak meragut perempuan yang mengandung hingga menemui ajal. Kejadian ini memberikan gambaran yang kurang sihat pada malaysia dimata Dunia. 

MKP berharap pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan cermerlang namun ada jugak segelintir pemimpin pembangkang mengambil kesempatan menyalahkan pihak PDRM. Contoh terbaru apabila ada saja kejadian tembak menembak yang disalahkan adalah pihak PDRM. 

Polis tidak boleh dipersalahkan dalam peningkatan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang dilihat seolah-olah berleluasa sejak kebelakangan ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebaliknya semua pihak perlu memahami bahawa polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota dan peralatan berbanding negara maju.


Sambil mengakui bahawa antara faktor peningkatan kadar jenayah berpunca daripada pembebasan tahanan di Simpang Renggam, Ahmad Zahid berkata kementerian menerusi pelbagai agensinya akan mempertingkat kawalan keselamatan di sempadan negara yang menjadi lokasi untuk menyeludup senjata.

Kembalikan ISA, Ordinan Darurat Sebelum Negara Menjadi Gawat!

Sejak akhir-akhir ini kita dapati pelbagai insiden yang cukup meresahkan berlaku dalam masyarakat kita. Perbuatan hina-menghina sesama agama, keturunan semakin menjadi-jadi. Bab jenayah jangan ceritalah…rompak, samun, bunuh semakin kerap dilaporkan. Lebih menakutkan, kes bunuh menggunakan senjata api juga semakin tinggi kekerapannya.

Apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini?

Bila bercakap tentang peningkatan kes hina-menghina, jenayah dan sebagainya ini…baru kita teringat betapa berkesannya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) yang kini telah pun dimansuhkan. ISA memperuntukkan sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.



1 comment:

Anonymous said...

kena siasat apa cerita ni..yg belasah tu dengar suara keling ja..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive