Saturday, July 27

MENTERI AYAM aka @DatoHasanMalek BERKOKOK, SUARANYA SUMBANG



Ini adalah senarai Pegawai kepada Menteri Ayam yang kurang bijak apabila diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia memikul tanggugjawab yang telah diamanahkan. Korang nie kalau nak duduk kat pejabat dan tidak membuat kerja dengan penuh rasa tanggjungjawab lebih baik berhenti kerja. MKP bukan menghentam pemimpin akan tetapi cara berkerja korang macam melepaskan batuk ditangga.

Apabila tibanya musim perayaan terutamanya sambutan Aidilfitri, perkara pertama yang akan selalu kedengaran ialah bekalan makanan dijamin mencukupi. Lega apabila kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan makanan mentah mencukupi dan meletakkan 20 jenis barangan ditentukan harga maksimum di bawah skim kawalan.

Ini termasuk juga dengan harga sekilogram ayam diletakkan pada kadar serata RM7.70 untuk musim perayaan tahun ini. Tahun akan datang tak tau la lagi.Tetapi seperkara yang saya ingin tanyakan kepada Menteri KPDNKK, Datuk Hasan Malek adakah beliau boleh menjamin tidak ada pengusaha, pembekal dan peniaga yang tidak menaikkan harga barangan kawalan sepanjang musim perayaan ini.

Melalui jawapan yang pernah beliau berikan tempoh hari yang telah menyebabkan rakyat Malaysia terkilan dan pengusaha serta pembekal tersenyum lebar dek kerana kebodohan Menteri terbabit yang dirasakan telah memberikan respon paling bodoh sepanjang kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah Negara.

“Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula,” katanya.

Adakah ini jawapan yang rakyat perlukan daripada Menteri yang diberikan mandat oleh rakyat untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara di luar bidang kuasa mereka?

Atau sebenarnya Datuk Hasan Malek tidak memakan ayam selama ini?

Saya amat kasihan melihat Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke hulu hilir ke seluruh Negara semata-mata untuk meyakinkan rakyat bahawa inilah kerajaan yang benar-benar TERBAIK buat rakyat Malaysia tetapi telah dispoiledkan oleh seorang Menteri yang gagal memahami kehendak makanan feberet rakyat Malaysia.

Suka saya memberitahu kepada Datuk Hasan Malek, kadar perkapita seorang rakyat Malaysia memakan ayam setahun ialah sebanyak 35kg bersamaan 23 ekor ayam setahun. So janganlah sesuka hati tukar selera rakyat Malaysia daripada ayam kepada daging pula. Kan rasanya berbeza-beza.RQ

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive