Thursday, June 27

PULAU PINANG BAKAL MENGADAKAN PRK PARLIMEN BUKIT BENDERA P048...


Zairil Khir Johari Ahli Parlimen Bukit Bendera bakal dilucutkan Jawatan Yang Berhormat Ahli Parlimen secara outomatik jika mahkamah menjatuhkan hukuman keatasnya dengan dakwaan menfitnah. Apa punya Mangkok Hayun Ahli Parlimen DAP nie sampai isu yang tak betul pun depa buat cerita. Banner Zairil dan undilah tanpa WAS-WAS ini pastinya akan dinaikan sekali lagi. Meriah jugak bila kempen iklan Zaitun dikitar semula oleh DAP nie. Pastinya Zairil takkan sebut " Comel Tak KAK TON".....HUHUHUHU

Dah lama MKP tengok Menteri BN nie dok diam dan tak mau pertahankan diri bila difitnah. Tapi tidak dengan Datuk Richard Riot. Memang hampa cari pasal dengan silap orang. Tapi nak tengok pulak Peguam Negara buat keja macam mana? Harap kali nie  kes nie Menang dan padan muka dengan depa 3 ekoq nie. Baru ada akai skit.

Dakwaan Ijazah Palsu: Richard Riot Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap MP DAP

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen DAP, Ong Kiang Ming (Serdang, Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Justin Tan (Stampin) berhubung dakwaan dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memiliki ijazah palsu.

“Saya dengan sekeras-kerasnya membidas kandungan kenyataan mereka. Kerana ia dilakukan di luar Dewan Rakyat, apa yang saya akan lakukan ialah meminta peguam-peguam saya mengendalikan hal ini,” katanya kepada pada pemberita di sini, Rabu.

Beliau menambah, ia merupakan tuduhan “fitnah yang serius”.

“Ijazah Sarjana saya dalam Sumber Manusia daripada Hertfordshire, London, begitu juga Ijazah saya dalam Sumber Manusia. Sebab itu saya dalam Kementerian Sumber Manusia.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawan, saya membidas perkara ini sebagai satu fitnah. Biar peguam saya mengendalikannya.”

Terdahulu, Ong, bersama dua lagi Ahli Parlimen mendakwa kedua-dua Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin memiliki ijazah palsu.

Ong berkata, dalam laman web Kementerian Sumber Manusia, Riot disenaraikan memiliki ijazah ‘Charted Institute of Business Management’ di Ireland, dan Universiti Preston di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, Universiti Preston adalah sangat terkenal sebagai universiti yang palsu sebagaimana dilaporkan oleh beberapa laporan akhbar, sambil menambah bahawa beliau tidak dapat menjumpai laman web untuk Charted Institute of Business Management’ Ireland.

Ong menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kedua-dua individu itu meletakkan jawatan sekiranya beliau serius terhadap integriti dalam Kabinetnya.

Mengenai isu Ewon, Riot tidak mengulasnya.

“Saya hanya tahu tentang diri saya.”

Katanya, beliau tidak tahu di mana Ong mendapat maklumat mengenai “ijazah palsu” dan di mana sahaja mereka mendapatkannya tidak penting.

“Apabila Perdana Menteri melantik seseorang menyertai Kabinetnya, beliau akan memastikan pilihannya itu dalam menjalankan tugas. Dan tugas di Kementerian Sumber Manusia bukannya mudah,” kata Riot.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive