Tuesday, June 11

NURUL IZZAH AKAN HILANG KELAYAKAN SEBAGAI AHLI PARLIMEN.........


Kes salah laku melibatkan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar merupakan antara isu 'heavyweight' yang difailkan di dalam petisyen Barisan Nasional (BN), demikian menurut Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Di Parlimen Batu melibatkan YB Tian Chua dikatakan hilang kelayakan untuk bertanding. Manakala di Parlimen Lembah Pantai lebih kepada taktik berkempen melampau YB Nurul Izzah menentang Datuk Raja Nong Chik.

Tian Chua sebelum ini dikatakan hilang kelayakan sebagai calon apabila terlibat dalam satu dakwaan kes jenayah berikutan suatu perhimpunan awam dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000.
 
Manakala Nurul Izzah pula didakwa menggunakan taktik kotor serangan peribadi terhadap pesaingnya di Parlimen Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkaitan isu pembelian tanah dan harta, selain menuduh bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai rasis.

Petisyen yang difailkan BN berasaskan kepada fakta dan bukti kukuh dan tidak menjadikan jumlah petisyen difailkan Pakatan Rakyat yang sebagai satu isu besar.

Maknanya petisyen ini bukan nak tunjuk kita tak puas hati sebab kalah, tetapi mahu undang-undang tidak dipandang remeh, sebaliknya kelayakan menjadi calon parlimen atau DUN adalah paling utama sebelum seseorang dilantik.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive