Friday, April 12

ADA JUGAK MACAI BERDEMO DEMI YUSMADI..........


Sekumpulan penyokong dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membantah keputusan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon 'payung terjun' untuk bertanding kerusi Parlimen Balik Pulau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

Kumpulan seramai 100 orang itu mengadakan perhimpunan secara aman di Jalan Baru di sini semalam bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff untuk mempertahankan kerusi itu.

Wakil kumpulan itu, Noryusmah Wan Yusuf berkata, penyokong PKR Balik Pulau tidak bersetuju dengan calon baharu, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, 48, yang diumumkan oleh Anwar tanpa mengambil kira pandangan mereka.

"Kami mahu pucuk pemimpin PKR mempertimbangkan semula calon baharu itu kerana ia akan mengundang perpecahan dalam parti," katanya kepada pemberita di sini.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohd. Yusmadi memenangi kerusi Parlimen itu dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Norraesah Mohamed dengan majoriti 708 undi. - BERNAMA


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive