Saturday, March 16

TERKINI : #LahadDatu SITI NUHALIZA PULAK ANGKAT SENJATA..............?

 

Datuk Siti Nurhazila mengecam perbuatan memperlekehkan anggota keelamatn oleh pihak yang kurang akal serta jahil kerna tidak bersyukur dan mengecapi keamanan negara adalah hasil perjuangan anggota keselamatan.

eloklah juga tindakan yang tegas diambil pada mereka semoga menjadi pengajaran pada orang lain.Jika dibiarkan sudah pasti ramai penyokong dari pihak pembangkang yang taksub dengan ajaran serta amanat dari puak yang mengambil kesempatan demi kepentingan politik sempit.

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, hari ini menyumbang RM20,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu, Media Prima Berhad sebagai tanda keprihatinannya kepada ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban.

Jelas Siti, beliau terpanggil untuk menghulurkan bantuan kerana dapat merasakan keperitan yang dihadapi oleh ahli keluarga anggota keselamatan terbabit. Sebagai insan seni dia menganggap pemberiannya itu sebagai satu tanggungjawab sosial yang harus dilaksanakan.

“Daripada jumlah RM20,000 ribu itu, RM10,000 adalah sumbangan daripada Siti Nurhaliza Production Sdn Bhd dan RM10,000 lagi daripada SimplySiti Sdn Bhd. Siti rasa terpanggil untuk menderma kerana Siti ingin menghargai jasa anggota keselamatan kita yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan keamanan negara. 

Siti juga anak anggota polis, jadi Siti dapat merasakan keperitan yang dialami oleh ahli keluarga anggota keselamatan terbabit.

Selain itu, Siti juga salah seorang askar Wataniah. Ini adalah salah satu tanggungjawab sosial yang harus Siti lakukan sebagai tanda prihatin kepada wira-wira negara kita,” ujar Siti yang hadir sendiri ke Sri Pentas untuk menyerahkan cek sumbangan beliau kepada Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar pada Selasa.

MKP Ayat Sempoi : Tabik Spring pada Datuk Siti mesti ramai lagi yang akan berbuat demikian lepas nie.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive