Friday, March 22

"NOT FOR SALE" Walaupun DiTawarkan Berjuta-Juta Ringgit...........?


Kalut Sungguh depa nie sampai nak offer macam-macam bukan sikit tapi boleh kaya didalam sekelip mata der....... Kalau harapkan orang lain mesti tak bagi punya.... 

Lama tak dengar cerita trio Datuk T yang dedah video seks China Doll 99.9 peratus tulin.Tengahari Khamis, salah seorang anggota trio itu,Tan Sri Rahim Thamby Chik telah mengadakan sidang akhbar di Ampang dekat Kuala Lumpur.

Tujuan beliau ialah untuk mendedahkan ada usaha pihak tertentu untuk pujuk Datuk Sharzly Eskay Abdullah, bekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat pendedahan berkenaan buat U-Turn dengan janji wang berapa saja mau.

Eskay tidak hadir di sidang akhbar itu atas sebab-sebab keselamatan. Rahim kata baru-baru ini Eskay telah diekori,dihubungi dan kemudiannya dipujuk menandatangai satu akuan bersumpah yang sudah disediakan.

“Hanya tandatangan akuan bersumpah yang sudah siap. Kalau dah sign, berapa saja jumlah pampasan. Tak ada angka...sebut saja berapa jumlah dan namakan akaun dalam atau luar negara,” ujar Rahim.

Bagaimanapunm Rahim menegaskan Datuk T ' is not for sale' sambil mengulangi dakwaan mereka lelaki dalam video berkenaan ialah Anwar.

Semasa isu dakwaan itu hangat dulu Eskay telah angkat sumpah dalam sebuah masjid di Sentul,Kuala Lumpur untuk tunjuk bahawa dakwaan itu benar.

“Kebenaran ini bukan untuk dijual beli. Saya nasihatkan jangan buang masa. Kami bukan seperti orang yang buat u-turn...harga diri mereka ini tidak lagi diterima pakai oleh masyarakat umum,” tegas bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Baru-baru ini  Azlan Lazim bapa kepada Saiful Bukhari yang mendakwa diliwat Anwar membuat u-turn mendakwa beliau diperalat untuk memfitnah Ketua Pembangkang tersebut.

Bagaimanapun, Saiful Bukhari tetap mempertahankan dakwaannya serta sumpah yang dibuat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 2008 dan percaya bapanya dipengaruhi supaya ‘korner baring’.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive