Saturday, February 23

AKSI : TAYANG BAJU STACY AF3 TERLAMPAU........


Mungkin ada yang makan hati dengan artikel nie!!!! Lain tak ade ke korang nie suka sangat main cerita artis????? Bukan apa nanti ada pulak mulut bangsat mencerca dan meroyan bukan-bukan...MKP tinggal setakat ini aje komen tue!!!! akan disambung kelak... 

cuba korang tengok betul-betul baju apa yang dipakai oleh Stacy nie.. Baju Barisan Nasional tue siap ada Program BN Pilihan Orang Muda lagi...Mungkin Cai-Cai pakatan meroyan lepas nie..Apa kelas Cai-cai pakatan dok julang Abby-Albody yang dah KERTU tue..Penyanyi atau pelakon dan nak tamat tempoh aje yang sokong korang..

Walaupun Stacy nie menyokong BN tapi tak lah melampau macam Abby Albody......Ini adalah baju yang MKP maksudkan kat atas tue cuma propa aje...



Lebih 100 artis tempatan yang mewakili enam persatuan artis dan penggiat seni Sabah menyatakan tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Persatuan artis berkenaan adalah Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS), Kelab Artis 1Malaysia (KA1M), Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA), Persatuan Usahawan Industri Muzik dan Perfileman Sabah (PERINTIS), Sabah Creative Industry Group Movement (SCGIM) dan Persatuan Industri Kreatif Filem dan Muzik.

Presiden PARAS Abu Bakar Ellah yang dilantik pengerusi Sekretariat Artis Sabah sebagai badan antara artis dan kerajaan, akan turut sama membantu melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan kemasyarakatan.

Beliau berkata sebagai pertubuhan yang menghimpunkan barisan artis dan penggiat seni tanah air, sekretariat itu akan berusaha membabitkan penyertaan seberapa ramai penggiat seni dan artis dalam pelbagai program bersama pemimpin dan masyarakat.

"Kami akan merangka jawatankuasa bagi membentuk ruang dan cara untuk terlibat secara langsung membantu kerajaan dalam pilihan raya umum. Kita akan mencari ruang mendekati masyarakat secara lebih santai dan mudah diterima," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis khas bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Abu Bakar berkata pihaknya merancang untuk menambah keanggotaan badan itu kerana percaya kerajaan hari ini sentiasa prihatin dan menghargai penggiat seni tempatan.

Presiden SCGIM Rozza Rothman yang juga penyanyi tempatan berkata persatuannya baru ditubuhkan pada 7 Januari lepas menghimpunkan penggiat seni kreatif termasuk mereka yang bertugas di belakang tabir akan berpadu tenaga menyatakan sokongan kepada kepimpinan negara.

Sementara itu, Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah Mohd Joh Wid berkata peranan penggiat seni dan artis tempatan yang berada 'di belakang tabir' sememangnya dihargai kerana memainkan peranan penting membangunkan negara.

"Majlis seumpama itu dapat mewujudkan hubungan rapat antara penggiat seni dan ketua menteri, oleh sebab itu satu majlis besar-besaran mengumpulkan lebih ramai penglibatan mereka akan diadakan dalam masa terdekat," katanya.

Pada majlis sarapan pagi secara santai itu, Abu Bakar turut menyampaikan Direktori Artis Sabah yang menyenaraikan persatuan dan artis yang akan membantu BN untuk  diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada majlis itu, Ebi Kornelis Af5 turut menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada Musa dan berikar untuk menambah lagi barisan artis menjejaki langkah sepertinya. - Bernama




No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive