Monday, January 21

MALIK KASIM MAIN WAYANG ISU EDAR BIBLE PADA PELAJAR........?


Exco Agama Islam Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim tidak perlu menunggu laporan rasmi untuk bertindak bersabit pengedaran kitab Bible di kalangan masyarakat Islam di negeri itu.

MKP mengesa Malik secara proaktif menyiasat justeru memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan segera.

"Datuk Malik kata Majlis Agama Negeri Islam Pulau Pinang tidak boleh bertindak tanpa terima laporan.

Alasan boleh dikatakan main wayang.MAINPP boleh bertindak atas budicara kuasa yang ada pada mereka. MAINPP perlu mengekang insiden berkenaan sebelum ianya menjadi lebih parah.

Malik sebelum ini berkata pihaknya masih menunggu laporan rasmi untuk diambil tindakan segera oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri itu.

"Sehingga kini, saya masih belum menerima sebarang laporan. Kita tidak boleh ambil tindakan semata-mata merujuk kepada laporan di media.

Kerajaan negeri dan MAINPP tidak meremehkan isu ini memandangkan ia boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini berlaku sekiranya pengedaran Bible ini tidak dikekang dan diatasi dengan segera dalam kalangan penganut Islam.

Dakwaan baru ini berkisar kepada Bible bahasa Inggeris yang turut mengandungi tulisan jawi dikesan diedar di sekolah di Pulau Pinang dipercayai untuk menyebarkan agama Kristian di kalangan pelajar Islam.

Penyebaran itu dipercayai dilakukan oleh dua lelaki tersebut di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, jam 12.30 tengah hari kelmarin.

Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan Bible kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive