Thursday, December 13

KENAPA KAUM INDIA LUAR BANDAR MASIH TIADA KAD PENGENALAN....


Kekecohan yang berlaku di Putrajaya semalam sebenarnya taktik kotor pembangkang yang cuba memanipulasikan isu kad pengenalan merah ini....Tapi dari maklumat yang MKP perolehi dari Mr Google timbul pulak cita nie....Kenapa majoriti kaum India mempunyai masalah?

Perkahwinan seawal usia 12 tahun masih lagi banyak berlaku dalam kalangan kaum India di estet di Negeri Sembilan antaranya disebabkan tahap pendidikan yang rendah. 
Sami Kuil Mariamman di Ladang Geddes yang hanya mahu dikenali sebagai Velanaranie, 78, berkata bahawa pada tahun 2009 sahaja, beliau sudah mengkahwinkan lima pasangan kekasih yang masih muda. 
"Kelima-lima pasangan ini tidak mendaftarkan perkahwinan mereka tetapi cuma mengikat Thali (tali sebagai simbol pernikahan). Dua orang pengantin perempuan yang saya nikah itu langsung tidak mempunyai kad pengenalan," katanya. 
Masalah lahir tanpa dokumen dan ketiadaan kad pengenalan adalah satu lagi isu biasa dalam kalangan kaum India yang tinggal di estet. 
Dalam kelima-lima kes itu, Velanaranie mengkahwinkan mereka tanpa kehadiran ahli keluarga. 
Beberapa orang daripada pasangan itu tidak pernah menamatkan alam persekolahan mereka. 
Velanaranie berkata beliau difahamkan terdapat sekurang-kurangnya enam pasangan yang lari dari rumah di ladang itu pada usia di bawah 18 tahun. 
"Antara sebab perkara ini terjadi adalah ibu bapa tidak benarkan mereka untuk berkahwin, jadi mereka meninggalkan rumah. Ada juga yang berkahwin kerana sudah mengandung," katanya. 
Ketua Kampung Ladang Geddes, Tam Lui Chong, 56, berkata masalah perkahwinan seperti itu menyebabkan ramai keluarga India di ladang itu mempunyai anak yang tidak pernah didaftarkan kelahiran mereka. 
"Akibatnya keturunan yang selepas itu mengikut jejak emak bapa dia. Walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi, mereka tidak terlibat dalam kegiatan jenayah, cuma masalahnya, pengetahuan am mereka sangat kurang," katanya. 
Semasa bancian daftar mengundi di buat baru-baru ini, daripada 160 orang yang mendaftarkan diri, 20 orang masih menggunakan kad pengenalan lama dan tujuh tidak mempunyai kad pengenalan langsung. 
"Ini mungkin disebabkan mereka kurang pendidikan dan menjadikan mereka tidak berminat untuk mengetahui apa yang berlaku di sekitar mereka," katanya. 
Pemandu lori, K. Naryanan, 24, mengahwini isterinya, M. Kaladevi, 21, ketika wanita itu berusia 15 tahun di Ladang Geddes. 
Naryanan, yang berhenti sekolah pada Tahun Enam, mengakui dia sudah belajar bercinta pada usia 14 tahun dan kahwin semasa berusia 18 tahun selepas Kaladevi mengandung.
"Saya beritahu keluarga, kekasih saya sudah mengandung dan mahu mengahwininya, tetapi mereka menentang hasrat saya dan saya keluar dari rumah untuk kahwin dengan Kaladevi," katanya. 
Naryanan yang berpendapatan RM600 sebulan mengaku menyesal dengan perbuatannya kerana gajinya hari ini tidak mencukupi, menyebabkan dia dan isteri serta empat anak mereka tinggal dalam sebuah rumah kecil dengan satu tandas tanpa sebarang bilik. 
Walaupun miskin, Naryanan tidak pernah memohon sebarang bantuan daripada kerajaan, kerana beliau sendiri tidak tahu adanya bantuan seperti yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerana jarang membaca akhbar. 
Kaladevi pula berkata beliau tidak pernah bersekolah dan keluar dari rumah kerana perkahwinannya dengan Naryanan tidak direstui oleh ibu bapa. 
"Saya ada empat orang anak. Anak sulung saya yang berusia tujuh tahun tidak bersekolah kerana suami tidak mampu," katanya. - BERNAMA
Takkan semua masalah nak diletakkan dibahu JPN beb....Jika 28juta rakyat Malaysia hendak dijaga dan hanya segolongan kecil sahaja yang tercicir apalah sangat...jika hendak dikira peratusannya tak sampai 0.01% rasanya dari angka 28juta Rakyat Malaysia...Tapi semalam pihak JPN menerima semua permohonan mereka ini dan DS Hishamuddin menyatakan hanya 308 permohonan diterima daripada sekumpulan kecil yang berhimpun di hadapan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

So apa lagi yang korang nak politikkan isu ini lagi...Pada pemimpin pakatan harami nie tak payahlah nak pembohong mengatakan bahawa jumlahnya sampai 300ribu.. yang menarik perhatian MKP adalah daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive