Monday, November 26

KARPAL MELENTING TERESA COCK KENA BALUN.....



Keangkuhan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok sekali lagi dicabar oleh bekas rakan seangkatannya dalam perjuangan politik di bawah parti DAP.

Kredibiliti Teresa yang semakin lama semakin terhakis dek kerana sikap tamak dan bongkaknya sendiri itu telah disuarakan oleh Bekas Ahli DAP iaitu Tan Tuan Tat dalam satu sidang media hari ini.

Menurut Tan, sebagai seorang pemimpin, Teresa gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik dan telus kepada rakyat malah Exco Kerajaan Selangor itu juga semakin memperlihatkan belangnya dengan menggunakan kuasa yang ada.




“Teresa bukanlah seorang pemimpin yang baik dan dia juga tak kompeten dengan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan sebagai wakil rakyat selain seorang ketua yang lemah.

Menurut Tan, pemimpin DAP itu sememangnya seorang ‘Pelakon’ yang baik dalam mempamerkan imej positif kepada rakyat selain untuk mendapatkan apa-apa jawatan dalam organisasi tertentu.

Katanya, Teresa sememangnya bijak dalam aspek mengalih serta menggoda perhatian umum selain menggambarkan dirinya seperti seorang yang berjiwa suci dan murni.

Beliau menambah, Teresa hanya pandai ‘Mengipas’ anggota parti di peringkat akar umbi dan sikap itu dilihat telah membuahkan hasil apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor.

“Apa yang lebih teruk adalah apabila Teresa diumumkan sebagai Pengerusi DAP Selangor sedangkan beliau bukan sahaja tidak berupaya malahan langsung tidak layak memegang jawatan itu.

“Selepas mendapat jawatan itu, Teresa dengan bangganya mengatakan sejak berada di bawah DAP Selangor , beliau telah ‘berjaya’ menjalinkan kerjasama erat dengan jawatankuasa negeri parti itu, dan juga wakil2 yang dipilih sedangkan itu semua tidak benar sama sekali.

Jelas Tan, pemimpin DAP itu sebelum ini membuat pelbagai kenyataan mengenai dirinya yang telah mengambil keputusan untuk keluar parti termasuk mendakwa tidak mengenali Tan sebagai ahli parti itu.
Bagaimanapun katanya, perkara itu sememangnya satu lagi pembohongan yang cuba dilakukan Teresa dalam usaha untuk meraih simpati rakyat kononnya beliau telah difitnah.

“Dia mengatakan bahawa dia tidak mengenali saya dan ini benar-benar tidak benar, kerana saya adalah Setiausaha Publisiti dalam parti selain memegang jawatan sebagai Auditor untuk kerajaan Selangor.

“Macam mana seorang exco kerajaan negeri boleh tidak kenal dengan auditor untuk kerajaan negeri juga… memang pelik tetapi ini semua adalah lakonan Teresa.

Menurut Tan lagi, apa yang sebenarnya berlaku adalah Teresa selama ini langsung tidak sensitif dengan suara akar umbi DAP selain gagal berdepan dengan isu2-isu yang panas yang melanda parti itu.

Katanya, susulan ketaksuban Teresa dalam memegang 7 jawatan dalam organisasi besar milik kerajaan negeri ia seolah-olah membuat pemimpin itu semakin gelap mata dan hilang arah.

“Cuba bayangkan Teresa seorang sahaja telah pegang terlalu banyak jawatan… kerja-kerja untuk rakyat dia gagal buat sebaliknya lebih fokus kepada nak dapat kuasa dan wang yang lebih.

“Apalah guna rakyat memilih dia sebagai pemimpin kalau Teresa secara terang-terangan gagal melaksanakan tanggungjawab itu.

“Sebagai exco, dibawah bidang kuasa Teresa… begitu banyak masalah serta isu-isu hangat yang timbul… mengapa ini semua terjadi… sebagai ketua atau pemimpin sepatutnya dia selesaikan isu-isu ini dengan cepat.

Tan menambah, Cocky Teresa adalah seorang ahli politik yang mementingkan kroni dan langsung tidak mempedulikan ahli-ahli DAP yang tidak berkaitannya dengannya.

Tidak dapat disangkal lagi, slogan kononnya ingin menghapuskan rasuah serta hapuskan kroni sebenarnya hanyalah madah-madah di mulut sahaja.

Hakikat sebenar yang berlaku kini telah disahkan sendiri oleh bekas rakan seperjuangan Teresa dalam DAP dimana pemimpin itu begitu bijak menggunakan dirinya sendiri untuk mengaburi mata sesetengah pihak terutama dikalangan pemimpin tertinggi Selangor.

“Teresa bukan pemimpin yang berkaliber… sebelum ini seperti yang sedia maklum Lim Kit Siang sendiri terpaksa menyelesaikan masalah 5 orang ahli majlis DAP yang digugur dalam jawatankuasa parti negeri.

“Perkara itu sahaja dah menunjukkan siapa sebenarnya Teresa… mengenai isu itu sehingga kini beliau masih gagal bagi maklum balas malah saya tengok dia cuba menutup terus kes ini tanpa membawa isu ini kepada CEC (Jawatankuasa Esekutif Pusat DAP).

“Saya tak kisah kalau selepas ini ada pihak-pihak yang nak cakap saya terima rasuah atau dibayar oleh parti lain… sebab semua itu tidak benar… saya adalah saya dan saya tidak memerlukan apa-apa bayaran untuk membongkarkan siapa sebenarnya Teresa,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Tan lagi, rakyat sekarang semakin bijak dalam membezakan pemimpin mana yang benar-benar bekerja untuk mereka dan wakil rakyat mana yang hanya menikmati wang atas angin.

Justeru, beliau menyeru supaya semua ahli-ahli serta penyokong DAP supaya sedar akan kewujudan ‘Pelakon Nombor Satu Negara’ yang ada dalam parti itu. - The Mole

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive