Monday, November 19

ADA YG TIDAK KENA PADA GAMBAR INI?


Apa yang korang nampak didalam gambar nie? Sudah tentu yang menjadi perhatian adalah kerektor yang di mainkan oleh Tokong Crocky Erogan LGE...

Bagi MKP gambar ini menunjukan sikap diktator tokong meluahkan bahawa Pulau Pinang adalah miliknya....


Gambar diatas menunjukkan kesamaan kedua-duanya...cuma berbeza cara penyampaiannya...



Parti PKR dan DAP mempunyai banyak persamaan kerana itu perkahwinan poligami mereka dengan PAS menyaksikan kemesraan yang lebih antara antara mereka berdua, berbanding dengan PAS.

Persefahaman antara mereka cukup utuh terutamanya dari segi matlamat iaitu ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Republik, berfahaman plural, berpegang kepada prinsip liberal sekali gus menolak Islam sebagai agama rasmi, menghapuskan Raja-raja Melayu serta hak istimewa bumiputera.

Bagaimanapun, menyedari yang mereka tidak mungkin dapat meraih sokongan ramai jika mempromosi matlamat tersebut secara terang-terangan dan drastik maka cara halus dan perlahan-lahan digunakan untuk merombak fikiran rakyat. Ini dilakukan dengan berbagai cara menggunakan berbagai wajah seperti BERSIH, Seksuality Merdeka, SUARAM, SUHAKAM dan termasuklah menjemput Irshad Manji, lesbian tersohor dunia untuk mengasak minda muda-mudi kita agar menerima pemikiran ini.

Seharusnya dengan persefahaman yang sedemikian, PKR dan DAP sudah boleh bergabung sebagai satu parti. Lagipun, kedua-duanya sama-sama mempromosi diri sebagai parti berbagai kaum. Tidak lupa juga, kedua-dua mereka merupakan parti pengamal nepotisme dan kronisme yang nyata kerana diterajui oleh keluarga dan sahabat handai pemimpin tertinggi.

Justeru, jika matlamat, prinsip, pegangan dan hala tujunya sama, kenapakah mereka masih menjadi dua komponen berasingan? 

Jawapannya, kerana pemimpin-pemimpin mereka gila kuasa, ingin bergelar Ketua dan tidak sanggup menjadi orang nombor dua. Walaupun DAP secara lahirnya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri tetapi umum tahu bahawa DAP mempunyai kuasa penuh ke atas Anwar kerana menyimpan segala bukti rahsia gelapnya. 

Anwar pula, lebih rela menjadi boneka kepada DAP asalkan di atas kertas, jawatannya tertera sebagai orang nombor satu. Baginya, sekurang-kurangnya tanpa bergabung dengan DAP, dapatlah juga beliau mendabik dada sebagai Ketua yang sebenar iaitu kepada juak-juak dalam partinya yang akan sentiasa setia buta tuli kepadanya. Jika bergabung dengan DAP, pasti semua juak-juaknya menjadi keliru perintah mana yang perlu diikut, perintah Ketua Boneka atau Ketua yang sebenar? 

Masalah yang lebih besar dari sekadar hairaki jawatan ialah sifat Anwar dan juga keluarga Lim itu sendiri iaitu mereka semua mempunyai sifat diktator tegar. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive