Wednesday, September 12

KERANA NASHA PEMUDA PAS TURUNKAN PAPAN TANDA?

PAS tidak mengeluarkan sebarang amaran kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa terhadap kritikannya terhadap DAP dan Karpal Singh dalam isu hudud.Akan tetapi Puak Anwaris dah mula tunjjuk belang dengan protes dalam diam....

Seimbas lalu seakan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa sudah boleh bernafas lega setidak-tidaknya untuk beberapa ketika selepas meraih kejayaan tersendiri dalam pengelutan sengit berdepan dengan cubaan kumpulan Anwarinas yang mahu menyingkirnya dari PAS.

Tanggal 9 September yang awalnya dianggap bakal menamatkan riwayat politik Nasharudin dalam PAS semacam sudah berubah rentak menjadi tarikh yang maha sial pula untuk kumpulan Anwarinas yang diketahui umum amat memusuhi Nasharudin sejak 4 tahun lalu.



Dalam perkembangan sebelum ini, kumpulan Anwarinas telah mengkritik tindakan bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat mesra dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak semasa di Mekah selain mengecam keras kenyataan Nasharudin yang meminta PAS mengkaji semula hubungannya dengan DAP.

Kemudiannya diikuti dengan kenyataan menghina dan ‘arahan berlapik’ dari Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat merangkap Mursyidul Am PAS yang secara terbuka memberi kata dua kepada Nasharudin supaya keluar dari PAS.

Selepas itu desakan bertali arus datang dari beberapa pemimpin PAS Kelantan dan Dewan Pemuda PAS negeri tersebut yang mahu Nasharudin melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen PAS Bachok atas alasan telah melanggar dasar perjuangan PAS.

Selanjutnya timbullah ‘arahan’ dari si Presiden yang makin longgar cengkamannya yang mahu isu tersebut dan kedudukan Nasharudin sendiri dibincangkan oleh Majlis Syura berikutan ketidakupayaan Lajnah Politik PAS memuktamadkan kes tersebut atas sebab Nasharudin adalah ahli jawatankuasa dalam badan tertinggi PAS itu.

Dengan perkembangan ini seandainya benar tiada perbincangan mengenai kedudukan Nasharudin, kelihatannya Majlis Syura PAS seperti berpihak pada Nasharudin apabila sengaja tidak melayan kehendak kumpulan Anwarinas dan tuan Presidennya, Hadi Awang yang mahu badan tersebut membincangkan tindakan selanjutnya terhadap Nasharudin.

Jika betul tiada perbincangan mengenai isu Nasharudin seperti diumumkan oleh PAS ia nyata satu langkah yang agak songsang seakan merendahkan ‘arahan’ Presiden yang sudah sedia rendah berbanding badan tersebut disamping agak memalukan golongan Anwarinas yang kuat menghentam bekas Timbalan Presiden mereka sendiri.

Nik Aziz yang selama ini menjadi pasak kekuatan kumpulan Anwarinas pun akan termalu sama kerana sebelum ini telah memperlekehkan maruah Nasharudin dengan menghalaunya keluar dari PAS. Mungkinkah sebab kecewa tiada agenda berkaitan isu Nasharudin telah memaksanya menggunakan alasan keletihan untuk keluar dari mesyuarat walaupun baru setengah jam bermula?.

Ini juga akan membuktikan tidak semua golongan pemimpin PAS terutama dari kalangan yang memiliki latarbelakang pendidikan agama sanggup dan tergamak tunduk pada tekanan pengaruh dan arahan keras Nik Aziz.

Kesannya agak buruk terhadap keupayaan Nik Aziz sebagai MB di negerinya sendiri kerana ramai akan mempersoalkan kenapa cakapnya sudah tidak laku dikalangan ulamak PAS sendiri.

Plot terkini nampaknya boleh dianggap sebagai kejayaan bagi Nasharudin tidak kira ianya sementara atau berkekalan, tapi yang pentingnya ia tetap satu kekalahan yang memalukan geng Anwarinas serta tentunya mengecewakan Nik Aziz yang selama ini cukup riak dan takbur dengan kepatuhan para pemimpin PAS terhadap cakap-cakapnya.

Tapi, sekiranya kenyataan Hadi berhubung perkembangan mesyuarat 9 September itu hanya wayang semata-mata untuk mengurangkan impak negatif terhadap PAS menjelang PRU 13 berikutan iktibar dari tindakan tergesa-gesa PAS memecat Hasan Ali sebelum ini, bermakna kita boleh andaikan hayat politik Nasharudin sudah disejuk bekukan sehinggalah PRU 13 berakhir.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive