Sunday, August 12

Tamrin Ghafar sertai PAS?


Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin akhirnya menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian malam tadi.

Ghafar menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak malam tadi.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat.

Harakahdaily memetik Tamrin berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," kata beliau.

Laporan itu menyebut Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.

"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.

"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan PAS," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

UMNO dah tergelincir dari landasan..?Kelakar lah dato ni..mcm dia balun sewaktu dlm kerajaan dulu..kerajaan serba salah sebab dia anak bekas TPM..bila dh tak dapat apa yg dia nak lompat masuk PAS..jd sebabnya bukan UMNO tergelincir dr landasan..dia yg sudah tergelincir

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive