Tuesday, August 28

Misi KP1M ke-27 Untuk Sesama Islam.


Kumpulan pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya akan menghantar kumpulan pertamanya yang terdiri dari empat orang anggota Kelab Putera 1Malaysia pada awal pagi tadi ke Bangladesh sebagai permulaan misi ke-27 sejak kelab itu ditubuhkan.

Presiden kelab tersebut, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kumpulan pertama itu dihantar awal bagi menyediakan kemudahan dan menguruskan urusan logistik misi bantuan kepada masyarakat Islam Rohingya di sana.

Seramai 44 orang peserta telah dikenal pasti bagi menjayakan misi tersebut di mana kumpulan kedua dijangka akan bertolak pada 31 Ogos ini melalui jalan laut membawa barangan bantuan keperluan asas dan ubat-ubatan dengan kerjasama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Manakala kumpulan ketiga yang terdiri dari doktor, sekretariat kelab dan media pula dijangka akan bertolak pada awal September ini sebagai pasukan utama bagi mengagih-agihkan bantuan yang berjaya dikumpul di Malaysia kepada etnik Rohingya.

Menurut Abdul Azeez, kempen misi tersebut telah berjaya mengumpul barangan bantuan seberat 280 tan dan memaklumkan bahawa jumlah kapasiti barangan bantuan itu disasarkan sebanyak 480 tan hingga 500 tan.

Justeru itu beliau menyeru dan mengalu-alukan rakyat Malaysia yang prihatin untuk turut sama membantu serta menyokong misi bantuan kemanusiaan itu dengan menghulurkan derma kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan dari orang ramai boleh disalurkan menerusi pembelian barangan keperluan hidup di mana-mana pusat membeli-belah Giant atau Mydin yang berdekatan.

Selain itu, di dalam sidang akhbar yang diadakan di sini semalam, beliau beberapa kali menegaskan bahawa misi tersebut tidak akan menyentuh sebarang sentimen politik dan hanya semata-mata bertumpu kepada sifat bantu-membantu sesama manusia serta saudara seagama.MyNewshub

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive