Friday, August 10

Guan Eng Salahguna Kuasa?


Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mengesyaki penjualan tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin oleh Kerajaan Negeri untuk di bangunkan hospital swasta melibatkan kepentingan peribadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Ini berikutan apabila semakan dibuat dengan kepada Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang mendapati tanah itu masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri.

Ketua Penerangan Pemuda BN, H'ng Khoon Leong berkata, ekoran itu pihaknya telah meminta peguam menulis surat kepada Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang untuk mendapat pengesahan status tapak tanah namun masih belum mendapat jawapan.

"Kami Pemuda BN sekarang hairan sama ada Ketua Menteri memberikan 'hak istimewa' kepada pemaju, Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. dengan mengekalkan status pemilik adalah kerajaan DAP negeri bagi membantu pemaju mengelak membayar cukai dan tafsiran tanah.

"Pada masa sama, kerajaan DAP juga menawarkan harga yang banyak kurang daripada harga pasaran pada tahun 2009 iaitu RM11,552,208 dengan mengatakan harga pasaran pada masa itu ialah RM232 setiap kaki per segi sedangkan harga pasaran sebenarnya adalah sekurang-kurangnya RM450 setiap kaki per segi sejak 2006," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN, Jalan Datuk Kramat sini hari ini.



Isu tanah di Taman Manggis yang sepatutnya dibangunkan projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua itu telah dibangkitkan oleh Pemuda BN pada Jun lalu kerana tidak berpuas hati apabila tanah milik rakyat itu telah dijual oleh kerajaan DAP negeri kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.

Dalam pada itu, Khoon Leong mempersoalkan kelulusan membina Hospital Pakar Victoria di bawah Victoria International Medical Centre Sdn Bhd sekiranya tanah masih dimiliki Kerajaan Negeri.

Beliau seterusnya menunjukkan carta yang mendakwa Victoria International Medical Centre Sdn Bhd dan Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd adalah seorang individu berpangkat Datuk yang pernah dianugerahkan Pingat Jasa Pendamai (JP) berasal dari Sabah.

"Sehubungan itu, kami mempertikaikan hubungan Guan Eng dengan Datuk berkenaan dan mengesyaki Ketua Menteri terlibat kepentingan peribadi dalam penjualan tapak tanah ini," dakwanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pemuda BN Oh Tong Keong mendesak Guan Eng menjelaskan hubungan Kerajaan Negeri dengan pemaju tersebut.

Beliau turut menggesa Kerajaan Negeri dengan segera mendeklasifikasi semua kertas dokumen mengenai penjualan tanah Taman Manggis termasuk dua dokumen penjualan tender secara terbuka pada 10 Ogos 2009 dan 16 Februari 2010.

"Banyak soalan dah kami kemukakan dan meminta Guan Eng menjelaskan tetapi sehingga hari ini beliau masih berdiam diri.

"Sekiranya kerajaan DAP negeri masih berbisu dan enggan mendeklasifikasi semua dokumen kepada orang awam, maka, ia bermaksud mereka menyalahgunakan kuasa untuk menjalankan penjualan tanah secara haram," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive